Saturday 2 April 2011

18 Tanda Suami Soleh

1. Suami yang iklas melaksanakan perintah ALLAH  dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya ke jalan ALLAH.

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada yang zahir mahu pun batin..(jan senyum2 plak klo bca ne hehehe....)

3. Suami yang sedia memberikan nasihat , bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tanggah juga terhadap Allah s.w.t.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan perhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatan.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makan yang sempurna mengikut kemampuan.

7. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik kepada isteri.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain .

11. Suami yang iklas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anaknya.

12. Suami yang menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, menipu, berzina, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami haruslah bijak memahami isi hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jagan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami haruslah menahan dirinya daripada bergaul bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

p/s : aq inginkan suami soleh tpi aq rsa dri bukan cri2 wanita soleha..
       (hehehehhe ne lum wajib kawin lagi r...jan salah anggap)

No comments:

Post a Comment