Sunday 3 April 2011

"Aku rasa Sungai Nil dan Mesir adalah Jodoh"










Teringat Bait kata yang aku baca dalam blog seorang sahabat. Bertemu kembali ketika menonton sebuah filem Indonesia yang berlatar belakangkan tanah bumi Anbiya iaitu "Ayat-ayat Cinta". Ya, bagi aku juga Sg. Nil dan Mesir itu Jodoh. Mesir itu sangat indah bersama sungai yang terpanjang di dunia, tanpa sungai Nil malam dan siang di Mesir itu bagaikan tidak hidup. Kedinginan Mesir masih lagi ditemani sungai Nil hingga kini. Tidak pernah ia meninggalkannya. ..dan tidak pernah pula ianya kering. sungai Nil penyejuk hati Mesir ...Mesir itu sangat memerlukan sungai Nil dalam kehidupannya begitu juga sebaliknya kerana itulah juga ku merasakan sungai Nil dan Mesir bertemu.




Ah!!! tetiba jak ne rindu pada Mesir ( ceh trip jak ne padahal tak pernah pergi sana pon..cma dengar creta kwn jak hehehe) hembusan angin yang begitu halus di waktu petang. sambil sayu melihat arus sungai Nil boleh membuatkan jiwa ku tenang dari gusar. Sungguh rindu melihat wajah sungai Nil yang sentiasa mengingatkan aku pada kisah Nabi Musa a.s. yang di hanyutkan oleh ibunya, khuatir anaknya di bunuh oleh Firaun Laknatullah


"aku rasa sungai Nil banyak mengajar ku erti kesabaran dan ketabahan "


"Ya Allah jika jodohku jauh, dekatkanlah"


"jika jodohku sukar permudahkanlah"


ne doa yang biasa org amalkan lah...
"Kurniakanlah aku ya Allah suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan soleha, keluarga sakinah, mawadah dan warohmah, agar aku dapat mengenal erti cinta kepadaMu"


p/s : beramal soleh di jalan Allah..nawaitu untukNya.. :)

No comments:

Post a Comment