Sunday 3 April 2011

Kekasih ALLAH..



Malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih ALLAH
kerana dia insan mulia,
sedangkan diriku insan biasa


Kupujuk jua hati dan jiwa,
meluahkan rasa cinta membara
didalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat


Selagi upaya kuturuti ajaranya,
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga didunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat


kerana peribadi aq terpesona
kerana budi aku jatuh cinta
rinduku padanya tidak terkata
nantikanlah daku di taman syurga


sesungguhnya apa yang ku dambakan
adalah cinta Allah yang Esa
kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada ALLAH..


p/s : bnyk2 la selawat..demi kebahagian dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment