Sunday 3 April 2011

Selawat Cinta

Tak perlu mencari teman seumpama Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,


Tak mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Hajar,
mengapa di dambakan hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.


Bimbinglah dirinya,
terimalah kekurangannya sebagai satu keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah...
dia akan terus menjadi milikmu.


Pesanku,
orang yang dapat menguasai cintanya,
adalah lebih gagah daripa Jeneral yang dapat menakluki 1 bandar,
cinta bukan untuk melemahkan hati bukan jua untuk membawa putus asa atau tagisan,
tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
Berani menempuh onak dan duri sebuah kehidupan.


Carilah cinta yang dapat memberikan kegembiraan berpanjangan,
bukan yang membuatkan kita menderita berzaman-zaman!!!
ingatlah kata ulama',
"untuk bahagia,cintailah sesiapa yang mencintai dirimu, bukan sesiapa yang engkau cintai."
mungkin aku seorang yang tidak ada apa-apa,
tetapi aku jua mempunyai jiwa,
jiwa cinta ini penemanku,
dunia dan akhirat.


p/s : cintailah dirinya bkn krna paras rupa dan harta'y, ttpi cintai diri keranaNya..hadir dirinya untuk mu kerana di pertemukan izinNya..oleh itu cintai diri Tuhanmu terlbh dhulu bru dirimu, ahli keluargamu, org d'sekeliling mu n baru manusia yg hadir sebagai pendamping hidupmu buat selama2'y......

No comments:

Post a Comment