Saturday 2 April 2011

4 Golongan Lelaki Masuk Neraka Kerana WANITA!!!

Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk kedalan NERAKA ALLAH. Bnyk llk yg trjebak ke alam maksiat kerana perhiasan wanita trutama'y pda zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mededahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya.


Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya maksiat. Contohnya di sebuah kedai kereta itu mempunyai wanita seksi, mesti ramai lelaki yang mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli keretanya malahan nak tengok pompuan seksi tu je...


Firman ALLAH yang bermaksud "janganlah kamu menghampiri zina".
Firman ALLAH lagi "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,, dimana bahan pembakarnyaialah manusia dan batu-batuan..."


Terdapat 4 golongan lelaki yang ditarik ke NERAKA disebabkan WANITA ,sepertimana yang di jelaskan dalam artikel ini!!!....


1. AYAH
Apabila seorang bergelar AYAH tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan atau kebajikan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat....tidak cukup kalau hanya memberikan kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke dalam....!!! NERAKA


2. SUAMI
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isteri, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suaminya tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya, apabila suami berdiam diri...walaupun dia seorang alim ulama (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik jua oleh isterinya...


3. ABANG 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita itu jatuh pula kepada abang-abangnya jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya di biar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan dari adiknya di AKHIRAT 


4.ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya perihal perilakunya yang haram disisi ISLAM, maka anak itu di soal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan seorang ibu di sana (akhirat)...


Empat golongan inilah yang akan menghidu bau-bau neraka (masuk ke dalam neraka) disebabkan oleh wanita mari bermuhasab diri masing-masing, adakah kita tergolong dalam golongan ini, kalau tergolong marilah cepat-cepat bertaubat, beristigfar, dan cepat-cepat memohon ampun kepada  ALLAH akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. Kepada kawan-kawan q yang tersayang jika ada trsasul kata dalam artikel saya dijemput, diundang n dipersilakan untuk memberi komen..sma ada yg membina mahupun tidak itu amat bermakna untuk saya memperbaikan kesilapan yang saya lakukan...


p/s: berubahlah demi kebaikan bersama...sentiasa tanam dalam diri sifat istiqomah, istigfar n muhasabah dlm dri untuk kepentingan bersama...kerana mulut badan binasa...hehehehe

No comments:

Post a Comment