Thursday, 9 June 2011

Manfaat Bercouple....he2~

1) Seronok (dapat fitnah)
2) Seronok (dapat dosa)
3) Seronok (dapat geng dgn syaitan)
4) Dapat luahkan segala masalah(ALLAH kan ada)

5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk bersedekah)

6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas.... berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik berdating tak risau)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah tak kisah).

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak takut pulak)

10)Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukanya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. ..

heeeeeeeeeeeeee~

No comments:

Post a Comment