Saturday, 23 July 2011

sejak masuk tingkatan 6 ne..erm lagi busy la mana dengar kertas projek sekolah lagi..dengan hafalan quran dan sekarang lagi busy dengan exam topikal sekolah jadi tiada masa untuk update blog lagi..

habis exam nanti nak g pulau untuk hilangkan tekanan beberapa hari ni..oleh itu,sekarang dalam perancangan cari pulan yang terbaik untur d p...kapallai ngan mataking, mabul dan sipadan black list dah coz jarak trlalu jauh dan melampau dalam jurangnya

apa2 pun tengok lah nanti macam mana

Saturday, 9 July 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.


(¯`v´¯).♥RESEPI WANITA SYURGA♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·` ..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(​​¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥.. ♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•​​.¸¸¸¸.•*¨*•♥



Sememangnya mudah untuk kaum wanita untuk masuk syurga. Tidak perlu untuk terlalu bersusah payah kerana hanya empat resepi yang perlu dilakukan sebaiknya, sebagaimana dalam sebuah hadis Nabi menyatakan:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) Jelaslah, 4 resepi ini adalah bukan sukar untuk dilaksanakan. Pertama, menjaga solat lima waktu dengan tidak sengaja meninggalkannya atau lalai dalam mengerjakannya. Kedua, berpuasa di bulan Ramadhan, dan ditambah lagi dengan puasa-puasa sunat yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Ketiga, menjaga kehormatan diri. Dan keempat, taat kepada suami. RESEPI PERTAMA: Solat Lima Waktu Solat merupakan perkara paling penting dalam menentukan seseorang itu calon syurga atau neraka. Dan solat juga merupakan perkara pertama yang akan disoal Allah SWT di akhirat kelak. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah solat; sekiranya solat itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) Apabila seseorang wanita dapat menjaga solatnya, maka telah luluslah dalam merencanakan resepi yang pertama ini. RESEPI KEDUA: Berpuasa Di Bulan Ramadhan Selain dari menjaga solat, berpuasa di bulan ramadhan juga merupakan langkah terbaik bagi menuju syurga Allah SWT. Memang tidak dinafikan, kemungkinan wanita untuk berpuasa penuh adalah agak sukar, namun tekad dan usaha untuk melaksanakan perintah Allah ini dengan penuh ketaatan, adalah lebih baik. Apabila tertunainya amanah ini, semakin mudahlah untuk wanita bagi memilih sebarang pintu syurga yang ingin dimasukinya. RESEPI KETIGA: Menjaga Kehormatan Diri Menjaga kehormatan diri adalah termasuklah mempunyai sifat malu dalam diri. Apabila suami tiada di rumah, isteri tidak boleh mengajak lelaki lain untuk masuk ke rumah tanpa suaminya. Selain itu, isteri tidak boleh mengucapkan sesuatu yang tidak baik, bahkan yang kurang sopan di hadapan suaminya. Apabila sifat malu dan sopan ini tidak ada dalam diri, maka akan akan hilanglah keimanan di dalam diri, secara tidak langsung gugurlah satu syarat untuk memilih pintu-pintu syurga Allah tersebut. Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi) RESEPI KEEMPAT: Taat Kepada Suami Setelah selesai menunaikan hak-hak kepada Allah, hak kepada suami juga tidak boleh diabaikan dan diambil mudah. Ini adalah tanggungjawab isteri yang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) Dengan sikap inilah akan melahirkan suasana bahagia bersama suami dan anak-anak. Isteri yang taat kepada suami adalah lebih mudah untuk menjadi contoh ikutan buat anak-anak kerana isteri merupakan pusat rujukan dan contoh utama selain suami untuk diikuti oleh anak-anak. Isteri perlulah mempunyai kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam mengharungi liku-liku kehidupan berumah tangga. JANGAN JADI WANITA YANG RUGI Lihatlah betapa besarnya ganjaran yang diberikan Allah kepada kaum wanita, hanya dengan menunaikan beberapa perkara, Allah SWT memberi peluang kepada wanita untuk memilih mana satu pintu-pintu syurga pilihannya. Dan yang paling penting, niat semestinya perlu tulus ikhlas, semata-mata bagi mencari redha Allah SWT. Jangan menjadi golongan yang rugi, yang tidak mengambil iktibar dari peringatan Allah ini. Sesungguhnya Allah telah membuka rahmatNya seluas-luasnya kepada kita, hanya kita yang perlu mencari dan mensyukuri nikmatNya. Elaklah diri para wanita dari menjadi menjadi celaan Allah SWT di akhirat kelak, seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar RA, bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai) Wallahua’alam… Sekadar Perkongsian…moga bermanfaat dan kita amalkan MARILAH UKHTY KU ..... JANGAN KITA MERUGIKAN DIRI KITA SENDIRI.. KELAK BINASALAH KITA... TEGUHKAN HATIMU... JANGAN MUDAH MENGALAH.. SEBERAT MANA UJIANMU.. HIDUP MESTI DITERUSKAN.... PASTIKAN CINTA ALLAH... CINTA TERTINGGI DI HATIMU, BAHAGIALAH SENATIASA.. KERNA DIA ADA DISISI... Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin. ♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Thursday, 7 July 2011

PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian.Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...

WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita.Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah.Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda:

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2.Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.Nauzubillahi min zalik.

wassalam
Bulletin:

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anakAdam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam,mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takdestyle langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahaimanusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnyaAllah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya AllahMaha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun mudahanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mestiseronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yangdimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

manusia: wah...cantik juga baju nie...
malaikat: wahai anak Adam berjimatlah..jimat itu amalan mulia..
syaitan:lantak lah...habis duit ble hutang.yg penting aku bergaya dan nampak seksi(org pompuan)...

Wednesday, 6 July 2011

Hukum menaip ayat seperti doa di Status Facebook..

"Ya Allah semoga engkau jadikan esok hari yang lebih baek tuk ku"
"Ya Allah, jadikan ku anak2 yang soleh"

Ini antara status facebook yang ak dapat cari mase online Facebook. Membuatkan ak terfikir sejenak tuk mengupas hukum menaip doa di status Facebook.
Perkara nya mudah, kite type jer ayat2 yang mencerminkan sebuah doa cm cth ayat-ayat status doa di atas...

APAKAH HUKUMNYA?

Sblum kite p ke bab hukum...mari kite fikir sejenak, ape motif kite tulis doa tu kt status facebook kite?
dan cbe jawab soalan2 ini:
Adakah tuhan tu sedang online d Facebook?
Adakah tuhan tu mempunyai akaun facebook?
Sudah bersediakah anda meng-'add' tuhan sbgai kawan mu?
atau 
beranikah kamu untuk 'Chat, anta private mesej, tag gambar' untuk tuhan mu?
Jika anda fikirkan Soklan2 diatas seperti ak cuba nk mempertikai kan tuhan yang Esa, tuhan yg maha Mengetahui akan segala kejadian di Alam cakrawala..jom, biar ak tanyakan kamu pulak pasal soklan ini..

'Apa motif sahabat utk taip doa dlm status facebook sahabat?'
'Berapa peratus keyakinan sahabat terhadap doa itu akan dmakbul kn?'
'apakah sahabat mengerti dan ikhlas tentang doa tersebut?'

sekira nya jawapan sahabat 'YA' untuk semua soklan yang saya tanya, cbe bace lak yg kat bawah nie, ikhlas dari saya
apakah motif sahabat untuk menaip doa sbgai status Facebook sahabat? 

jgn nak tipu kalu sahabat taip status itu sbb nk suruh kawan Facebook sahabat bace dan komen juga kn?
Bkn ke salah satu adab2 dlm berdoa adalah merendah diri?
ketika Berdoa juga hanya ckup didengar oleh telinga sndri tnpa perlu di kuatkan suara (kecuali berjemaah)

kalu sahabat tidak setuju dengan ayat2 diatas, dan mempunyai jawapan seperti ini;

"kut pandai ak lh ak punye FB account, 
ko pe kesah?"

jika benar jawapan kalian sedemikian
bukan kah sama seperti sahabat cube memperlekehkan kesucian doa?
atau dalam erti kata laen,
Memperlekehkan Tuhan yang ESA?

Pe2 pn, ckup sekadar itu, bercerita tentang hukum menaip pe2 ayat yang mencerminkan doa d status facebook tidak ada hukum untuk itu
CUMA........

BIADAP
@
KURANG AJAR
@
SIA -SIA

sbb?

  1. Memperlekehkan doa tersebut.
  2. Mencemar kesucian doa sbb melanggar adab2 doa
  3. Mempermainkan doa seolah2 doa itu satu ayat yang tiada ape2 makne...

tapi...

Hukumnya

HARAM

  • Ble ada di kalangan sahabat kalian cube komen tentang status doa tersebut menggunakan ayat yang tidak sewajarnya..
  • Komen Status doa kalian dengan niat untuk memperlekehkan Maksud doa tersebut.

Memperlekehkan doa seperti kite memperlekehkan TUHAN yang ESA..

SIAPAKAH KITA UNTUK MEMPERLEKEHKAN TUHAN YANG ESA?

Berikut disenaraikan adab2 berdoa mengikut Kitab ‘Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah” – Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al – Sukandari.Dari Imam Al-Ghazali – beberapa adab yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh orang yang sedang berdoa:

1. Dilakukan pada saat-saat yang mulia, seperti hari ‘Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah dan sebagainya.

2. Dilakukan dengan penuh khidmat

3. Menghadap ke kiblat dan menadahkan kedua-dua belah tangan.

4. Merendahkan suara, sekadar dapat didengar oleh telinga sendiri.

5. Menggunakan bahasa yang sederhana atau lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang berasal daripada Rasulullah saw, para sahabat dan tabiin.

6. Khusyuk dan merendahkan diri.

7. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan dan tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doanya belum dikabulkan.

8. Mengulang-ulangi doanya dengan penuh keyakinan.

9. Memulai doanya dengan menyebut nama Allah, memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, serta diakhiri dengan bacaan hamdalah atau kalimah yang memuji Allah.

10. Melaksanakan adab batin, yakni:

i. Bertaubat sebelum berdoa.

ii. Menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah.

iii. Makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal.

iv. Tidak meminta perkara-perkara yang mustahil.

v. Tidak meminta untuk mencelakakan orang lain, kecuali orang yang zalim.





Salam dari Blogger
Hamba yang Hina di sisi Allah yang Maha Mulia 

Sunday, 3 July 2011

tersenyum sipu... =)

syukur alhamdulillah hari ini rezki datang lagi..
walaupun dia bukan sesuatu benda yang ku 
impikan selama ini tetapi ku tetap bersyukur

hari ne dapat hadiah telefon dari ibu..
ibu cakap ne hadiah tefon sebab 
hobi aku suka dengan telefon..
apa-apa pun walaupun bukan telefon impian 
tapi aku tetap bersyukur juga lah..eTouch Blackberry
hadiah ibu..telefon impian ku iPhon la..

=)

Saturday, 2 July 2011

Tautan Hati Buat Isteri


"Syukur pada Allah kini kau telah sah menjadi isteriku," bibit kata luahan hati Afif Hakimi pada Aleya Batrisya isteri kekasih hatinya sewaktu mereka berbulan madu ke Korea dan Jepun.
Afif pada masa itu berusia 23 tahun dan Aleya pada ketika itu baru berusia 18 tahun, tertunduk malu biar pun hatinya sayu dengan kesungguhan serta keiklasan Afif memperisterikan dirinya yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM.
"Abang Afif... bagaimana cara mempersiapkan diri untuk memiliki kebahagiaan dalam perkahwinan dan bagaimana caranya menjaga pernikahan itu?" tanya Aleya pada Afif merenung tepat di matanya.
Afif terdiam sesaat ketika pertanyaan itu terucap dari mulut isteri kesayangannya.
"Wahai sayangku... perkahwinan itu sebenarnya untuk melatih mempersiapkan dirimu... melatih dirimu untuk dapat mengawal diri terhadap keinginan-keinginanmu yang bebas dan mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat."
Aleya hanya terdiam sesekali Afif melihat wajah ayu Aleya seakan ingin lebih mengetahui lalu Aleya lantas memeluk rapat ke dada Afif terdengar degupan jantung suaminya seakan memberikan semangat buat hatinya.
"Sayang... perkahwinan itu melatih dirimu untuk bertanggungjawab... melatih dirimu untuk dapat bertanggungjawab terhadap apa yang kamu miliki kini."
Pelukan Aleya semakin erat di dada Afif seakan tidak mahu melepaskannya... sambil Afif memeluk pinggang Aleya, lalu Afif merenung jauh ke dalam sudut hati isterinya yang tersayang.
"Wahai permata hatiku Aleya Batrisya... perkahwinan itu melatih dirimu untuk dapat "memberi dan menerima."
Memberi yang terbaik dari yang kamu miliki dan menerima apa adanya yang akan kamu miliki...!"
Terdengar esakan tangisan Aleya dalam pelukan Afif... terasa dihati Aleya keiklasan suaminya yang selama ini sebenarnya bukan pilihan hatinya kerana terpaksa menerima Afif sebagai suami kerana ingin menutup malu pada diri Aleya. Dia sudah terlanjur dan sudah berbadan dua hasil ketelanjurannya dengan bekas kekasihnya yang terus meninggalkannya, namun kehadiran Afif membuka lembaran baru buat hidupnya.
"Wahai Isteri ku dunia dan di akhirat... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mendengar dan berbicara... mendengarkan keluhan dan kebahagiaan pasanganmu dan berbicara tentang kebahagiaanmu dan berbicara dengan baik pula tentang keluhanmu."
Wajah Aleya sayu apabila melihat wajah Afif yang terlalu ikhlas menerimanya sedangkan Afif tahu Aleya tidak suci lagi... terlalu banyak mutiara berharga berguguran di dada Afif itu yang menyejukkan hati seorang lelaki kerana setiap manusia tidak berjalan di dunia ini dengan sempurna selagi dia tidak pernah terjatuh, lalu bagun menyesali penuh keinsafan.
"Aleya sayangku sayang... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mengerti dan dimengertikan... mengerti tentang pasanganmu dan dimengertikan oleh pasanganmu itu...!"
"Masih banyak lagi wahai sayangku, tetapi apabila dirimu mampu melaksanakan itu, itu sudah lebih baik," kata Afif diiringi senyum manis pada Aleya.
"Adakah Aleya boleh melaksanakan semua itu semua abang? Kerana saat ini Aleya belum boleh belajar dan berlatih tentang itu," kata Aleya dengan ragu-ragu.
"Sayang tidak perlu belajar dan berlatih terlebih dahulu untuk menjalani kehidupan di alam perkahwinan. Kerana pernikahan itu sendiri adalah tempat dirimu belajar dan berlatih, untuk dapat mengendalikan dirimu, melatih rasa tanggungjawab, melatih kemampuan menerima dan memberi, mengerti dan dimengertikan oleh pasangamu, serta melatih kemampuanmu untuk mendengar dan berbicara menerima seadanya kini; bukan kisah yang telah berlalu...!"
kali ini aku tidak lagi dapat menipu hati ini
hati yang suci dan tidak pernah sekali di nodai
entah mengapa perasaan ini tiba-tiba muncul saat melihatnya
perasaan ku lain semacam sahaja saat melihat wajahnya
sama ada dari pandangan dekat mahupun dari jarak jauh

ini lah kali pertama kehadiran peraan yang sukar 
untuk ku gambarkan datang menusuk hati ini
kem bina sahsiah diri saat jantung mula berdetak
melihatnya sahaja tingkah laku ku berubah mendadak
jantungku berdegup dengan kencang seperti aku baru 
habis berlari 100 km/j..aku sempat berfikir 
apakah ini yang di namakan falling in love?????

tetapi perasaan itu ku kubur sedalam yang mungkin
aku tidak ingin hanyut dalam percintaan walau sekalipun
aku hanya ingin mengingati pesan abang iaitu :
jikalau kau tidak pernah bercinta jangan sesekali
mencuba untuk hanyut dalam percintaan walaupun
itu hanya dinamakan cinta monyet..kerana jika kau 
terjerumus kelembah cinta pasti hatimu hanyut dari-Nya
oleh itu tanamlah dalam pikiranmu bahawa lelaki yang
nanti kau cintai adalah suami mu..

pesan abang tetap ku paku dan pahat dalam-dalam akalku
dan pendapatku tentang cinta terhadap "minannas"
adalah umpama kita mengejar dunia dan menjauhkan
diri dari akhirat.

tetepi tidak ku nafikan aku meminatinya 
walaupun dia senior ku waktu orientasi F6
baru-baru ini.tetepi itu dulu sekarang aku 
hanya mahu hidup seperti dulu tanpa ada gate
di mana-mana sahaja.


Sahsiah peribadi dan senyuman yang sering terukir diwajah Imam Muda, Hassan Adli Yahaya, berjaya memikat hati mursyid-mursyid juri untuk menobatkannya sebagai juara Imam Muda musim kedua.

Mudir program tersebut, Datuk Hassan Mahmood berkata, Hassan pernah dua kali dipilih sebagai pelajar contoh di sepanjang sembilan minggu program itu berlangsung dan turut mengakui tabiaat juara Imam Muda itu yang selalu tersenyum turut memberi kelebihan padanya.

“Hassan pernah dua kali dipilih sebagai Imam Muda contoh dan keperibadiannya itu turut diambil kira untuk menjadi seorang Imam Muda yang terbaik.

“Dia suka senyum, itu adalah satu lagi kelebihan Hassan,” kata Mudir Imam Muda tersebut pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, Imam Muda Hassan berkata, beliau menghadiahkan kemenangannya ini kepada ibunya dan arwah ayahnya, serta menyifatkan kemenangannya itu adalah rezeki dari Allah SWT.

Selain itu Hassan berkata, senyuman merupakan salah satu cara Rasulullah SAW berdakwah dan beliau mengambil contoh akhlak Baginda itu untuk disematkan menjadi tabiat dirinya.

“Senyuman merupakan salah satu cara Rasulullah SAW berdakwah dan pernah hanya kerana senyuman Baginda sahaja mampu menyebabkan seorang kafir memeluk Islam.

“Sebab itulah saya suka senyum,” kata Hassan pada sidang media sejurus diumumkan sebagai juara Imam Muda, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya itu, Hassan berkata, tidak timbul mengenai soal kalah atau menang di dalam program terbitan Astro tersebut memandangkan mereka mempunyai satu matlamat iaitu memperjuangkan ruh Islam di negara ini.

Bagaimanapun, juara Imam Muda dari Perak itu belum lagi mempunyai perancangan khusus setelah program itu berakhir selain dari pulang ke kampung bertemu keluarganya dan meluangkan masa di sana.

Hassan turut membawa pulang hadiah berharga RM350,000 yang berupa tajaan biasiswa melanjutkan pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, sebuah MPV Proton Exora, wang tunai sebanyak RM55,000, pakej haji dan umrah, pakej percutian ke Vietnam, Ipad, Macbook dan banyak lagi.

Imam Muda Hassan malam ini dinobatkan sebagai juara mengalahkan pesaingnya, Imam Muda Nazrul Izwan Zolkifllee, sebagai naib juara program Imam Muda musim kedua.

Imam Muda Nazrul yang berasal dari Johor itu tidak sedikit pun kecewa dengan keputusan tersebut dan berpuas hati dengan dirinya yang mampu berada dipentas finalis program itu.

“Saya tak kecewa, malah saya berpuas hati dan bersyukur dapat berada ditahap ini,” katanya pada sidang akhbar yang sama, di sini malam ini.

Nazrul turut berjaya membawa pulang hadiah berupa tajaan biasiswa melanjutkan pelajaran dari Universiti yang sama, sebuah kereta Proton Persona, wang tunai berjumlah RM20,000, pakej umrah, pakej percutian ke Vietnam, Ipad, Macbook dan banyak lagi.



Program Imam Muda tersebut turut disertai oleh lapan lagi peserta iaitu Ali Khairudin Abdul Marif, Mohd Fakhrulrazzi Hussin, Ammar Wan Harun, Mohd Azlan Zulkarnain, Abdul Fattah Riddzwan, Mujahid Suhaimi, Zulfadli Awang dan Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Mereka turut tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut diberikan hadiah tajaan biasiswa di Universiti Antaraapbangsa Al-Madinah, pakej umrah, pakej percutian ke Vietnam, Ipad, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Semua peserta program Imam Muda diberikan Sijil Pentauliahan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Sijil Penghargaan dari Jabatan Agama Islam Wilayah.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, beliau tidak menolak untuk meneruskan program Imam Muda memandangkan sambutan hangat yang diterima dari pelbagai lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hinggalah dewasa.

“Insyaallah, kita akan teruskan program ini berdasarkan sambutan hangat yang diterima,” katanya di majlis yang sama.

Sehingga kini, program tersebut telah berjaya mengeluarkan seramai 20 orang Imam Muda dan bercita-cita akan menghasilkan seramai 500 lagi Imam Muda dalam jangka masa sepuluh tahun