Friday 20 July 2012

dari Mata lalu ke Hati


    Aku hanya manusia biasa, yang memiliki seketul hati, hati ini kekadang mudah goyah, mudah mencintai sesorang tanpa diundang. Cinta datang tanpa dipaksa, disuruh dan diundang, namun itulah dia hati, tiada siapa yang tahu, apa yang terdetik di dalam hati seseorang melainkan dirinya sendiri. Akan tetapi pemilik hati itu sendiri juga terkadang tidak sedar mengapa cinta itu harus hadir.

“Cinta Datang dari Mata lalu ke Hati”….

     Aku tidak pernah berkenalan dengannya, apatah lagi mengenali sapa dirinya dan siapa namanya?.. tetapi entah mengapa hati ini mudah goyah sekali. Baru pertama kali bertentangan mata dan berbual dengannya secara ‘face to face’ aku sudah mula jatuh cinta padanya.. Melihatnya yang selalu lalu lalang di hadapanku, sama ada dia menyedari kehadiranku, hati ini ingin berkata “apakah diri memiliki perasaan yang sama dengan ku, atau mungkin hanya aku yang syok sendiri” namun siapa tahu apa yang ada tersirat di dalam hatinya.





      Terkadang aku sakit hati dengan diri sendiri, kenapa pantang melihatnya, hampir sehari dua diri ini hanya memikirkan namanya, sehinggakan ingin belajar pun semua persoalan dalam diri ini hanya tertumpu padanya…Persoalan-persoalan itu jika ikutkan hati aku tidak ingin hiraukan, namun apakan daya aku tidak dapat lari dari situ. Aku sudah berusaha sedaya upaya untuk tidak memikirkannya, namun perasaan untuk melupakan siapa dirinya hanya lah seketika, tunggu beberapa detik lagi ia dating semula. Ada pepatah yang mengatakan



“jika kita mula merinduinya secara tiba-tiba,

Itu bermakna si dia juga merindui diri kita

Rasa rindu yang datang seperti angin itu

Hadir jika salah seorang daripada

Pasangan tersebut mula merinduinya dengan menyebut namanya

 Setiap detik memikirkan soalnya, dirinya hampir membuatkan diriku menggila. Aku yang tidak ingin mengalami zaman percintaan di zaman persekolahan ini kerana aku tidak ingin memikirkan perkara ini. Kerana bagiku hal-hal begini adalah hal serius. Aku hanya ingin memikirkan soal kejayaan ku dalam pelajaran dan soal apa yang ingin ku kecapi dalam hidup di masa hadapan.





        Meminati seseorang, atau jatuh cinta pada seseorang itu memberiku pengajaran bahawa baru sahaja aku meminatinya, sudah membuatkan otak ku ini bercelaru, hati ini hanya ingin menyebut namanya, mata ingin ingin melihat wajahnya seperti apa setiap saat dan telingan ini hanya ingin mendengar apa sahaja yang dikeluarkan oleh suaranya.Aku mula terpikir apakah orang yang lagi mabuk cinta merasakan apa yang aku rasakan atau mungkin apa yang ku rasakan kini 10 kali ganda yang lebih dorang rasakan. Tetapi aku kuatkan tekad juga untuk melupakannya, tapi bagaimana?!!!! Dia membuatkan fikiranku tak menentu malam ini.





        Aku harus atau WAJIB berpegang pada prinsip ku zaman persekolahan ini adalah, selagi aku dibangku sekolah menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan ku, aku tidak ingin diri ini tersangkut dalam percintaan remaja yang hanya membuatkan fikiran ku tidak menentu. Cukuplah diri ini hanya syok sendiri “SS” biar hatiku ini hanya tahu apa yang sedang terukir dalam jiwaku, nama siapa sahaja yang sering lalu lalang dalam fikiranku, itu semua harus ku pendam dalam-dalam agar tiada hati yang terluka dan tersakiti.





          Aku yang bergelar seorang pelajar Pra Universiti 2 tahun 2012 memegang tanggungjawab sebagai seorang pelajar bertekad untuk menuntut ilmu terlebih dahulu dan tidak ingin tersangkut dalam cinta remaja yang haya membuatkan fikiranku serabut. Aku seorang pelajar Pra Universiti bertekad hanya ingin memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan tidak ingin mengambil tanggungjawab lain selain memikirkan, mengambil berat  soal diri sendiri. Cukuplah hanya diriku yang ku fikirkan dan aku tidak ingin memikirkan perkara yang tidak menentu dalam hidupku. Siapa dia hari ini aku bertekad tidak ingin goyah kerana dia seorang lelaki. Dirinya seorang lelaki yang bekerjaya tidak kira dia polis, doktor, pembantu doktor, guru, pelayan, juruterbang, ustaz, para ulama itu semua harus ku ketepikan jika ingin mencapai kejayaan..





Ira…<3

No comments:

Post a Comment