Saturday 21 July 2012

Menggangu Hidup ku


     
       Sakitnya hatiku dibuatnya…. Aku BENCI DIRInya… aku BENCI KEHADIRAN bayanganya dan NAMANYA yang tak jelas hadir dalam fikiran… aku belum siap lagi Ya Allah menanggung penderitaan ini… Kenapa aku harus belajar dewasa dengan kehadiran cinta yang tidak jelas ini… aku hanya meminatinya tapi diri ini tidak ingin memilikinya dengan cinta disaat aku masih lagi bergelar pelajar atau mahasiswa..disaat aku masih menuntut ilmu.. kehadirannya membuatkan hidupku tidak menentu.. membuat pelajaran terganggu Ya Allah..
                                                                            
     Minggu ne lagi minggu exam topical Julai…Disaat diri ini asyik dengan membaca kertas soalan MUET kehadirannya secara tiba-tiba limpas dan berputar-putar di fikiran ku..Aku tidak tahu maw buat apa..hampir 20 minit aku habiskan dan bazirkan masa berfikir bagaimana cara untuk aku membuang kehadirannya dalam fikiran ku… Aku hanya mampu berdoa agar kehadirannya kali ini ada kali terakhir..aku tidak sanggup lagi memikirkannya secara tiba-tiba…

     Disaat aku menghabiskan masa berdoa…hatiku hampir meletup seperti bom atom atau nuclear yang bila-bila masa sahaja boleh meletup kerana tidak tahan memikirkannya… siapa dia yang ingin ku fikirkan… belum tentu dia juga memikirkan ku…. Aku betul-betul tidak sanggup kali ne…inilah kali pertama diriku menjadi huru-hara dengan kehadiran seorang lelaki yang tidak jelas asal usulnya yang tetiba membuatkan hidup ku kacau… Apakah aku patut menjumpainya, membelasahinya, menengkingnya, memarahinya…? Tapi aku tahu ini hanya permainan hidup yang harus ku jalani..TETAPI aku berharap ini adalah kali terakhir aku alami hal seperti ini..

       Aku marah pada diriku sendiri saat ini…aku tidak Berjaya menjawab kertas MUET dengan sebaik mungkin untuk hari ini…Aku marah pada diriku sendiri dan aku PALING marah pada dirinya juga yang membuat hidupku jadi huru hara….Ketika dalam bilik peperiksaan tadi ketika sedang berdoa agar diri ini diberi kekuatan untuk melawan perasaan ini.. Pengawas peperiksaan mengumumkan bahawa masa tinggal 5 minit lagi… sedangkan aku tinggal 8 soalan lagi untuk di selesaikan ketika itu…bikin sakit hati betul bah..buat baccat tul…

No comments:

Post a Comment