Tuesday 14 August 2012

**Hikmah Sujud**


Seorang doktor di Amerika memeluk Islam setelah menemui beberapa keajaiban dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui Al- Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah  yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam ( black seed ) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untu memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermakna darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembah yang waktu yang ditetapkan olehIslam. Begitulah agungnya ciptaan Allah.
 
 
Jadi, barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam sepenuhnya kerana sifat fitrah kejadian memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
 
 
KESIMPULANNYA
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beagama Islam, walau pun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu
mereka akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang dilakukan adalah bertentangan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada keupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala sosial masyarakat masa kini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sikit-sikit. _________________
 
Tiada cinta di hatinya,
 hanyalah cinta Allah. 
Ada rasa rindu,
 hanyalah untuk Rasulullah..
 
 
ira sahirah

No comments:

Post a Comment