Assalamualaikum wrbt...
Lemah je kan bila tengah sedap2 nak
beraya, nak makan banyak2, nak minum banyak2.. tiba2 nak kena puasa
lagi.. padahal puasa 6 ni bukanlah puasa 2 bulan berturut2 tu.. Puasa 6
hari dalam bulan Syawal ini adalah sunat muakkad (dituntut). Kalau
taknak buat pun takde masalah.. tapi rugi la..
Mafhum hadis Nabi s.a.w. bagitau, jika
kita puasa sebulan Ramadhan, kemudian kita sambung plak dengan puasa 6
hari dalam bulan Syawal, maka seolah2 kita berpuasa setahun. Wahh.. lama
tu.. lebih lama daripada puasa 2 bulan berturut2.. hehe..
Siapa yang sanggup nak puasa setahun?
mau kering kerempeng badan tu.. sedangkan puasa yg sebulan ni pun, perut
dah jadi six pax balik, kalau puasa setahun, mau jadi pinggang
kerengga.. bleh pakai baju kebaya..
Tapi itulah kelebihannya yang Allah
berikan kepada umat Muhammad s.a.w.. Umat2 terdahulu, buat satu amal,
dapat 1 pahala.. Umat bongsu ni, buat 1 amal, dapat 10 ganjaran pahala.
Jadi, ada ulamak menafsirkan bahawa 36 hari berpuasa itu (30 hari puasa
Ramadhan + 6 hari puasa Syawal) dikalikan dengan 10 ganjaran pahala =
360 pahala (1 hari kira 1 pahala.. 360 hari seolah2 setahun punya
pahala.. sebab setahun ada 365 hari.. kira dekat2 la tu).
Kalau nak buat, boleh buat bermula pada
hari raya ke 2 (2 Syawal).. tapi payah gak, sbb masa tu tetamu masih
lagi berkunjung. Kang tak sedap plak nak menjamu tetamu, sedangkan kita
tengok je.. tetamu pun tak berapa selesa nak makan kalau tahu kita
sedang berpuasa sunat.. Maka, agak2 la waktu yg sesuai.. puasa sunat ni
takde masalah nak dibatalkan. Kalau tetamu datang dan kita jamu makan,
adalah lebih baik kita membatalkan puasa untuk meraikan tetamu.
Tak perlu nak pulun buat awal2.. sebab
bulan Syawal tu pun ada 3o hari.. Kalau seminggu 2 hari kita puasa,
minggu ke 3 Syawal, habis la puasa 6 tu. Tak semestinya kena buat
berturut2 6 hari.. ini bukan puasa kifarah (berapa banyak kali la Ustaz
Love nak sebut puasa kifarah 2 bulan berturut2 tu.. kihkih). Kalau mampu
buat berturut2, itu lagi baik. Lagi cepat lagi baik. Dalam agama ni,
kita kena berlumba2.. kalau dah namanya berlumba2, kena la cepat2.. tapi
jangan plak sampai terburu2 dan tergopoh gapah..
Bagi wanita2 yg ada hutang puasa tu,
sebaiknya tunaikan dulu hutang puasa tu.. sebab ganti puasa tu wajib,
puasa 6 ni sunat.. jadi, yg wajib tu lebih utama. Tapi, kalau tak mampu
(mungkin sbb puasa tu banyak sangat nak ganti.. kang tak sempat plak nak
puasa 6.. ataupun kalau buat puasa 6, dah jadi mcm puasa sebulan.. tak
dapat nak gi open house), maka harus buat puasa 6 ni dulu.. sbb waktu
ganti puasa wajib tu panjang (sampai sebelum masuk Ramadhan tahun depan)
sedangkan puasa 6 Syawal ni cuma boleh dilakukan dalam bulan Syawal je.
Ada pendapat yg mengharuskan combine
niat (sekalikan niat) puasa ganti dengan puasa 6.. tapi yg lebih tepat
adalah niat puasa tu kena asing2.. terpulang nak buat yg mana dulu ikut
kemampuan..
Bila dah habis puasa 6, maka teruskan la
puasa sunat yg lain.. banyak lagi puasa sunat yg menunggu.. puasa sunat
Isnin dan Khamis, puasa sunat Hari Arafah dsb.. jadi, lepas puasa 6,
takde dah raya.. sbb raya ada 2 je.. raya puasa dan raya haji.. nak raya
banyak2, kita raya kat syurga nanti.. insyaAllah
The sound effects, animations, and video graphics take you into the sport’s successful 카지노사이트 world
ReplyDelete