Wednesday 24 October 2012

Adam Dan Hawa


Hem peningnya kepala hari ini…sehari suntuk tak tidur
Terbuai oleh ayat adam mukhriz…baca novel Adam Dan Hawa
Membuatku lupa dunia…serius saya cakap saya tergoda dek layanan adam terhadap isterinya..adam sungguh romantis orangnya…so sweet gila..baca novel dengan watak adam mukhriz ( Aaron Aziz )

Sesiapa saja yang baca novel ne hemmmm tipulah kalau tiada perempuan yang tergoda…
Sapa yang tak nak lelaki begitu…setia dan taat menanti kepulangan seorang isteri
Menanti bukan setakat 2 atau 3 bulan…tapi adam setia menanti Ain selama 8 tahun tu
Betul-betul kali ne ujian hidup…baca novel dari pagi sampai tak ingat dunia ternyata sudah jam 5 subuh pagi esoknya…tu pun sedar bila dengar azan..makan pun boleh lupa..dari pagi kemarin hingga pagi hari ne perut langsung tak terisi ..sapa yang keluar masuk bilik ne pon saya tak ingat..apa orang sekeliling cakap pon saya tak taw apa jawapan yang saya bagi dekat mereka…ish ish ish ne penangan novel la ne…

Sepertinya aku tidak percaya bahawa aku boleh lupa dunia bila baca novel…
Semua hal aku lupa dari aspek makan sampailah tidur…haaa ne akibatnya bila sehari suntuk berjaga esoknya mengantuk gila lepastu pening la pula..
Aku bukannya seorang kaki baca novel pon…dan aku tidak percaya pada diriku bahawa aku boleh habiskan satu buku yang tebal tu satu hari sahaja…

Dulu aku bukanlah jenis yang suka baca novel…jangankan baca…sentuh pun tak pernah…aku bernekad dulu aku takkan sama sekali akan sentuh novel..tak de guna baca buku yang tak beri manfaat kepada diriku..tapi last2 aku jua yang termakan diri..
Nampak novel sahaja terpaksa tahan hati sebab tahun ne belum khatam buku tingkatan  6 lagi…2 minggu la sebelum stpm aku masih lagi sempat baca novel…huhuhu

Aku mula baca novel sejak mula bercuti di Labuan tahun 2011 iaitu tahun lalu..bercuti selama sebulan..bila bosan kat umah rasa terperap jak dalam bilik tak tahu nak buat apa…lalu aku ternampak dua buah novel hasil tulisan aisyah sofea..apa lagi daripada buang masa lebih baik aku baca buku..tidak la bosan asyik terperap dalam bilik saja kan..hemmmm mula dari situlah la aku mula falling in love dengan novel..sisa di labuan tinggal 1 minggu sahaja lagi…dua buah novel aku boleh khatam 10 kali satu novel…aku sepertinya tidak percaya…tapi itulah lumrah…akhirnya jari-jari ku ini dapat juga menyentuh yang namanya NOVEL…

Adam Mukhriz tetap jadi lelaki pilihan hati para wanita kat luar..serius saya cakap saya juga turut terpesona dengan gambaran dirinya..semua lelaki bagiku..tiada yang dapat menandingi dirinya…hehehe jika nak pikat hati wanita kat luar sana jadilah seperti adam Mukhriz…semua ciri-ciri lelaki yang ada pada dirinya yang wanita inginkan ada padanya…

“Do you know how much I love you today?” by Adam Mukhriz

No comments:

Post a Comment