Thursday 6 December 2012

Kenangan Persekolahan

13 Disember 2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan sahabat yang kini di bangku sekolah
tarikh tersebut menyatakan bahawa itulah tarikh bahawa aku dan rakan seperjuangan harus berpisah dengan membawa haluan hidup masing-masing. Bukan itu sahaja yang harus kami tempuhi, kami berpisah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa. Agak berat juga hati ini berpisah terutama sekali dengan rakan karib saya iaitu sejak dari Tingkatan 1 lagi memang dah sama-sama,tempuh suka dan duka zaman persekolahan bersama, bercuti persekolahan bersama-sama. Namun inilah erti sebenar kehidupan bertemu dan berpisah merupakan rona kehidupan sebenar

Zaman persekolahan merupakan zaman terbaik dalam hidupku. Jika bersekolah tak payah fikir soal wang ringgit dan masalah girlfriend boyfriend special ne. Yang kita tahu main dan belajar sahaja. Tahun depan usia ku sudah menjangkau kepada 2 iaitu 20.Sebelum usiaku 20 tahun banyak hal yang telah ku fikirkan untuk menempuhi masa hadapan.

Aku berfikir bagaimana nasib ku kehadapan,apakah aku sudah di alam pekerjaan, menuntut di IPTA/IPTS. Soal jodoh taw pasangan hidup mungkin masih awal bagiku. Namun usia 20 banyak hal yang belum ku kecapi sehingga aku harus memikirkan soal jodoh.Sejak di bangku sekolah aku tidak ingin ada ikatan istimewa dengan seseorang yang boleh orang faham.Aku ingin hidup dalam persahabatan.Jika ada yang jentik hati ne, haaa tu musuh utama hehehe. Namun di usia ku mendatang aku harus matang untuk mencari pasangan hidup. Itulah mengapa ku katakan usia mendatang membuatkan kita untuk berdiri menggukan kaki sediiri tanpa ada bantuan dari orang lain lagi.

Nmau inilah realiti hidup yang harus ku tempuhi, harus ku jalani bersendiri dan hanya mendapat dorongan orang sekililng tetapi aku yang akan menggerakkannya. Aku paling rindu dengan pakaian sekolah ku walaupun hanya menuntut di sekolah baru selama 2 tahun.namun banyak hal yang membuat ku susah untuk melepaskannya... :(

Pakaian rasmi pada hari selasa dan jumaat sahaja

 Pakaian rasmi pada hari Isnin dan Khamis
pakaian pada menghadiri mana-mana seminar juga

Pakaian pada hari Rabu, Sabtu dan kelas Tambahan
Baju paling saya minat simple tak payah gosok (^__^)

No comments:

Post a Comment