Thursday 20 December 2012

MACHO Seorang SUAMI

Suatu hari,seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-khattab.Dengan wajah seribu harapan,wanita tersebut meminta khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

  'Wahai Amirul Mukminin.aku bukan bagi diriku dan bukan pula bagi suamiku ini.Bebaskanlah aku daripadanya,"ucap wanita itu penuh mengharap.

    Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu.Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai,kukuhnya panjang,janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

     Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu.Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku,memotong rambut dan menyisirnya dengan begitu rapi.Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

        Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali.Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya.Wanita itu terkejut kerana lelaki asing itu memeggang tangangnya lantas berkata "wahai hamba Allah,subhanallah!apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

         Melihat adegan tersebut,Umar ttersenyum lalu mejelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

          Dengan tersipu-sipu,wanita itu berkata kepada khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini.Akhirnya pasangan itu kembali dengan mesra bergandingan tangan

          Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada isteri.Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suaminya berhias untuk mereka,sebagaimana si isteri berhias untuk suaminya"Kata Umar mengakhirinya.

sumber :Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

No comments:

Post a Comment