Monday, 3 June 2013

Sharing is Caring

Assalamu'alaikum..
Sincerly- Me :)

"SEHANGAT ASMARA"
 Mengingatkan betapa hangatnya keadaan dalam kubur. Tanpa ada kipas apatah lagi air-cond. Mengiring berseorangan dalam liang lahad, setiap ketika datang di'peluk' si kembar Munkar dan Nakir. Kadang-kadang tenggelam 7 kaki ke dalam perut bumi. Kadang-kadang terperosok hilang ke dasar bumi. Hangat sampai berpeluh-peluh, berdarah-darah. Kadang-kadang terbakar juga sampai ke kaki. Memang hangat.

"SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA"
 Itulah kata-kata yang tidak lagi kedengaran di dalam kubur. Dulu, tiap-tiap hari dengar perkataan tu dari isteri tersayang. Dulu, masa ada rupa dan berharta, isteri manja dan mengada-ngada. Bila dah sakit dan miskin, isteri lari entah ke mana. Bila dah dalam kubur ni, tak ada siapa-siapa nak mengaku diri ada kaitan dengan kamu dah. Duduklah sorang-sorang dalam tu. Yang datang mengaku, adalah amalan kamu. Kalau buruk, maka datanglah ular-kala jengking-lipan mengaku, "Sebenarnya, kamilah amalan buruk dia." Jika sebaliknya, maka berdampinglah dengan pemuda kacak yang bernama al-Quran datang mengaku, "Sebenarnya, saya amalan baik dia. Jauhilah dia dari seksa."

"TEDUHAN KASIH"
Bila berada dalam kubur. Kasih anak-anak yang soleh dan solehahlah yang diharapkan. Moga-moga anak-anak berdoa dan beramal soleh hinggakan kesolehan mereka menjadi peneduh di dalam lubang kubur yang panas berapi. Harta dan wang yang disalurkan ke jalan Allah dan menolong fakir miskin, itulah yang membantu. Ilmu walaupun secebis itulah yang membantu walaupun sebesar kuman update status nasihat di muka buku. Lepas dibangkitkan dari kubur lak, kita yang kurang amal ni berharap kasih dan syafaat dari Rasulullah s.a.w. je untuk berteduh di bawah Arasy dan masuk Syurga. Kalau amal buruk yang dibawa ke akhirat, agak-agak ada tak "Teduhan Kasih Allah" untuk kita. Sobs.

"BUNGA MERAH PUNYA"
Dulu masa hidup, duk bangga tayang awek, tayang boyfriend di internet walaupun dikutuk orang ramai. Bangga sakan sampai letak gambar bercium di facebook dengan caption, "Bunga (nama awek) hanya Merah (nama si bf) yang punya." Mananya tak bangga, sekali letak dapat 5 ribu likes. Sekali tayang dapat 10 ribu likes. "Tengok beribu-ribu orang sokong aku, kau ada?" Entah sebenarnya siapa yang sengal, si couple itukah atau beribu-ribu yang likes tu. Pedulikanlah. Bila dalam kubur dah ni, cuba hang minta LIKE dari Munkar Nakir. "Bro, like la..dulu awek aku cun kot. Ramai kot followers aku." Pasti pukulan padu maut ditekan-tubikan ke atas kepala hang sampai ke kerak bumi. Selamat mencuba.

"SETIA HUJUNG NYAWA"
 Lubang kubur sentiasa setia menantimu. Tak kira panas atau hujan. Tak kira bersemak samun. Kadang-kadang manusia ni setia sangat dengan manusia, tapi dia tak setia dengan agama. Suruhan manusia dia ikut bila dapat ganjaran. Suruhan Tuhan tak ikut. Solat pun jarang-jarang, tinggal-tinggal, kadang-kadang. Sedangkan antara persoalan utama di kubur dan akhirat adalah tentang solat. Setia pada manusia ok. Setia pada Allah dan Rasul tetap kena lebihkan.

"KARLOS"
 Drama penuh kesedaran. Kejahatan akan tumpas. Kebenaran akan sentiasa menang. Masa belum mati, gengster samseng, curi, pecah rumah, pukul orang, rempit, bohsia, bohjan, hisap rokok, hisap shisha, hisap gam, pil khayal semua nak rasa, air setan semua nak teguk. "Masa muda ni lah nak cuba segala. Kenangan ni, bro." Bila dah tua jadi pemimpin pula, sibuk nak tipu org yg dipimpin. Korupsi, pecah amanah, rasuah, songlap. Ingatlah macam lagu Peter Pan dalam citer ni, "Tak ada yang abadi." Hebat mana pun kita, tinggi mana pun kita, kaya berkuasa mana pun kita, tetap ke lubang kubur. Masuk kubur dah tak boleh dabik dada dah, "Wei aku Genji lah! Langgar ah kalo berani!" Tak perlu langgar. Cukup dengan seekor lipan gajah sudah buat dirimu koma dalam lubang kubur.

"TANAH KUBUR"
Ingatlah, Tok Adi sentiasa ada masa untuk mengapankan, memandikan, menyembahyangkan, menguburkan, melianglahadkan tuan-tuan dan puan-puan semua. Tok Adi dah pesan, "Mana-mana yang batak mintak LIKE dan FOLLOW di facebook, buat status lucah merapu, status poyo mintak kaki, letak gambar dedah aurat, letak gambar couple haram bercium berpeluk bagai, semuanya akan Tok Adi uruskan. Liang lahad semua dah ready. Tunggu masuk dan kambus je." Tok Adi ingatkan, dunia ni sementara je. Akhirat jua rumah abadi. "Bagi setiap orang di facebook ini, kain kapan dah ready. Call je Tok Adi."

Lubang kubur hari-hari kirim salam padamu."Bilakah mahu bersatu?"

Nukilan: Muhammad Rusydi (Rusydee Artz)

______________________________________________________________________________________________


Allahuakbar!cek hati tu ye..



No comments:

Post a Comment