Wednesday 31 July 2013

Salam Perantauan

Tahun ne raya tidak balik SABAH...tapi perasaan macam biasa jak lah...entah la kenapa..Memang betul2 tidak rasa sedih langsung pon...macam dah biasa berjauhan dengan keluarga pula..

Cuti raya mula tanggal 3-11/07/2013..tapi saya balik kolej tanggal 12 
hehehe sengaja ambil cuti lebih..sebab ..mana-mana pelajar yang tinggal di negeri jauh dari MELAKA boleh ambil cuti lebih...bagus kan...

Raya tahun ne raya kampung kakak ipar..kak ipar orang Pahang..risau jugalah macam mana agaknya raya di negeri orang ne kan..apakah semeriah raya di kampung ku? ^_^..apa-apa pun hentam jak lah..macam pula tidak biasa raya ddekat rumah orang kan...

Apa-apa pun sayang sayang keluarga saya..tahun ne raya tanpa dorang..saya rindu mahu buat biskut raya..kalau zaman sekolah dulu..bila dah dekat mau buat biskut raya..semangat bukan main..biar pun baru balik dari sekolah..tapi tetap semangat nak tolong buat kuih..

Saya Nor Sahairah Binti Jalil, kini menuntut di KRISM Melaka dalam jurusan Dip. Sains Pertanian Sem 1. Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin kepada Keluarga di Sabah, Guru-guru SK. Pekan Semporna, SK Tampi-Tampi Semporna, SMK Kabogan, SMK Datuk Panglima Abdullah dan Mahad Tahfiz Al-Hidayah Tawau..Semua sahabat-sahabat di Sabah dan KRISM Melaka..dan yang tengah baca blog saya ne :)....Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


No comments:

Post a Comment