Thursday, 15 August 2013

Capital Z

Dia yang aku kenali sebagai jejaka Capital Z...perkenalan bermula dari sebuah laman sosial..
Peribadi lelaki tersebut berusia 27 tahun, asal Johor, kini melanjutkan pelajaran di  Balarat University, Melbourne, Australia, peringkat Master tahun ke-2 dalam jurusan Town Planing.. Mamat ne otak dia agak ting tong banyak, bukan ting tong sikit.

Bercerita mengenai pengalamannya yang kini menuntut di negara bukan Islam memiliki banyak cabaran. Mamat ne juga bukanlah seorang lelaki yang kuat iman. Pengakuannya juga, dia kini tidak mempunyai kekasih hati sebab dia takut akan mengulangi zaman kegelapan yang pernah dilakukannya sewaktu menuntut di UK. Dia seseorang yang mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Sejarah hitam itu, pernah berlaku sewaktu dia menuntut di UK ketika melanjutkan pelajaran di perinkat Ijazah. Atas dasar suka sama, akhirnya mereka tercundang.

Kini dia mula menyesal dengan perbuatan yang pernah dia lakukan dahulu. Apa pun atas pengakuan lelaki tersebut sempat juga terkejut, bukan apa, dengan mudahnya dia meluahkan aibnya sendiri kepada saya. Tapi saya tidak menghukumnya, sekadar memberi nasihat. Orang ne kalau dah buat salah kita jangan tuding jari atau hina dia, jadia seseorang yang boleh membantu bangkit mulakan hidup. Dulu biarlah berlalu, jadi peringatan. Beri semangat untuk bangkit.

Apa-apa pon semoga dia mampu melawan godaan dunia di bumi Australia...

No comments:

Post a Comment