Thursday 29 August 2013

Ini Ujian bukannya Musibah

Aku yakin ini semua ujian

Dulu,
zaman sekolah menengah dulu, aku punya rakan yang ramai,
pergi sana sini mesti ada kawan, hidup ni sentiasa ada kawan
tidak pernah terasa sunyi, namun,

Kini,
hidup di IPT (kolej) pergi kelas sendri-sendiri, sebab tak semua kawan
dalam kelas MQA satu kumpulan dengan aku untuk kelas MATH
ada hari, kelas aku penuh dan padat, dan ada hari kawan-kawan yang
lain kelas tiada, kalau ada pun mesti lain bangunan,

Disini aku mesti bergerak sendiri, mencari maklumat sendiri,
mencari kawan sendiri, semua itu aku lakukan sendiri
sebab kawan-kawan yang lain punya aktiviti berbeza

Berjalan di kawasan kolej yang besar ni sendiri, membuatku rasa sunyi,
sebab aku tidak pernah rasa sesunyi ini,
tetapi aku letak dalam hati dan fikiran aku,
mungkin ini adalah salah satu nikmat yang Allah tarik/ ambil
dari hidupku, Allah tarik bukan sebab apa, sebabnya adalah 
Allah ingin uji kita..

Namun aku syukuri nikmat yang ada, sebab kelak nanti pasti nikmat 
yang Allah tarik itu menjadi manis,

No comments:

Post a Comment