Tuesday 17 September 2013

Aku Penuntut : Jangan Pernah Menyesal

Minggu ni, memang betul-betul sibuk banyak lah, bukan lagi sibuk sikit tau
sebab minggu ne pelajar "under UPM & UITM" midterm yang kami ni pula bawah kolej
exam dalam minggu ini juga tapi pada hari cuti..

sekarang budak-budak bilik aku dari jurusan Dip. Pengurusan Perniagaan (DPP) tengan study ekonomi,
ingat pula waktu Tingkatan 5 ambil subjek ekonomi, erm tidak sia-sia belajar ilmu yang bukan minat kita,
tapi ilmu itu rupanya beraanfaat pada orang lain, walaupun bukan untuk diri kita sendiri,
jadi jangan pernah menyesal dengan apa yang ada dihadapan kita sekarang, hadapi jak apa yang ada
jangan pernah menyesal dengan benda yang kita mili, itulah yang di namakan dengan hikma hehehe

Tingkatan 6..
cerita pasal tingkatan 6 yang pernah aku duduk, dengan kos yang aku ambil sekarang adalah Diploma
nak kata menyesal tu boleh kata ada boleh kata tidak juga, sebab apa yang aku belajar sekarang boleh dikatakan aku budak repeat  diploma lah..subjek macam 

Pengajian AM 
Sejarah                    - Pengajian Malaysia
Bahasa Malaysia

Geografi   -  Pengenalan Kepada Pertanian

subjek-subjek yang aku ambil waktu tingkatan 6 bolh kata sebijik dengan aku ambil sekarang diploma ne, satu jak yang aku susah nak elak adalah teknik menjawab..ambil dip. ne aku tak diajar teknik menjawab, jadi aku tak tahu macam mana nak jawab soalan peperiksaan tu, aku gunalah teknik menjawab tngkatan 6.
Kalau tingkatan 6, cara nak jawab tengok dari markah, dari markah kita boleh tahu berapa isi yang dia mahu. Jadi aku gunakan teknik tu dalam jawab soalan exam. Yang parah dan malunya pula, aku duduk dengan budak SPM, aku jawab panjang-panjang soalan tu, budak-budak ketawakan aku, tanya aku jawab apa panjang-panjang tu, aish, tengok lah pemikiran budak menengah atas dengan menengah renda tak sama kan.

lagi bagusnya, masa ambil exam AGR, ebenarnya aku ada beajar cuma ada bahagian yang aku tak baca dan tak ingat. Kebetulan soalan tu bunyi macam soalan tingkatan 6 pasal sejarah, apa lagi aku guna lah pengetahuan yang ada, Alhamdulillah dapat markah penuh 10/10..hehehe budak-budak yang ketawakan aku tu kagum hehehe bangga sey..tak sangka dapat jawab dengan penuh.


Pesan saya jangan pernah menyesal dengan apa yang kita ada sekarang dan apa yang kita pernah miliki dahulu, sebab kita tak tahu benda tu sebenarnya ada hikmah.

No comments:

Post a Comment