Wednesday, 18 September 2013

B3 : 7 orang Roomate

Sepanjang bersekolah aku tidak pernah duduk diasrama, pernah la juga waktu sekolah agama dulu, tapi duduk situ tidak terasa sangat macam duduk dalam asrama, duduk asrama dengan kawan-kawan dekat sekolah agama dulu masing-masing sibuk, macam tiada masa nak sembang-sembang kosong, hari-hari kami sibuk dengan menghafal, ada masa mesti hafal quran.Itu keadaan aku waktu duduk di asrama mahaad tahfiz.


KINI....2013 

Ini kisahku, kisahku di IPT, aku bahagia duduk sini, terutamnya duduk dengan kawan-kawan yang memang TERBAIK lah, semua baik-baik dan memahami, aku duduk asrama Teratai, Kolej Risda Melaka (KRISM) 
B3 penuh kisah, telatah kami 7 sahabat,berlainan kos tapi satu hati. Tasha, Fath, Aisyah, Min, Shat, Suzy dan Ira. 3 orang dari Kedah, 2 orang Johor dan saya sendiri wakil dari Sabah.

Yang bagusnya duduk sini adalah, semua cerita kami sentiasa kongsi bersama, tiada rahsia diantara kami dalam bilik. Cerita dari luar bila sampai bilik kami kongsi bersama. Pantang jumpa pasti ada cerita yang ingin di kongsi. Heheheitulah kami B3. Dari kisah cinta, kisah pergaduhan budak kos lain, cerita hantu, budak lelaki kacau, boyfriend telefon, masalah keluarga, masalah zaman sekolah dulu..kami kongsi bersama, tukar pendapat bersama. Masalah pelajaran tu jangan cakaplah, kalau dah musim exam bilik ne sunyi semacam jak. tak macam biasa asyik riuh jak.






No comments:

Post a Comment