Saturday 26 October 2013

Aku nekad nak duduk hostel

Sebelum nak habis sem ni, kolej mula heboh, bahawa kami kena cari rumah sewa untuk duduk sem depan.
Aku pun apa lagi mula kusut la, tak ingin aku duduk rumah sewa kalau tak sehati sejiwa. Yang ada ni pun member sebilik tu pun hanya 3 orang jak, takkan nak duduk rumah sewa RM 500 untuk 3 orang, parah nak bayar tu.

Syukurlah semalam En. Fazli buat rawcall nak bagi taklimat sikit sebelum habis sem. Rupanya kami masih boleh duduk hostel sem depan sebab pengambilan pelajar untuk hujung tahun ne tak lah ramai mana pun.
syukurlah dapat duduk hostel, aku dah lah tak suka tengok rumah serabut, apatah lagi bilik, kau malas nak tegur nanti semua makan hati, penat-penat balik dari kelas kalau tengok bilik behabut tak besapu ka, aku tetap sapu walaupun penat, sebab aku malas nak sound. Sekali aku marah, aku takkan bersuara, aku lebih suka diam, sebab kalau aku bersuara, aku tak boleh kawal perasaan aku juga yang nangis.

Memang betul aku manja, tapi family aku jak lah yang tahu, aku tak bagi tunjuk dengan orang lain, depan orang aku nampak macam biasa jak, walaupun sebenarnya kau lemah. hehehe. Dah memang orang tua aku manjakan kami adik beradik. Mak abah tak pernah sentuh atau pukul kami. Oleh itu aku benci orang yang berani naik tangan dengan aku tanpa sebab. Apatah lagi abah, nak marah pun, abah tetap tegur cara halus dan tak pernah nak herdik aku ngan adik beradik.

Jangan heran kalau cepat sangat menangis kalau ada masalah, tapi aku akan mudah tersentuh bila orang bercakap dengan nada marah. aku memang cepat sentap. hehehe

No comments:

Post a Comment