Thursday, 31 October 2013

Lelaki Tolong Jadi PELINDUNG Wanita

Hari ini merupakan sejarah hitam buat kehidupan sahabat ku, Sedih juga dengar bila keluar pergi date dengan pakwe baru, tak sangka pula pakwe dia yang ni jenis kaki ambil kesempatan, Ya Allah, takut aku dengar cerita dia. Nasib baik la kawan aku ne jenis yang gengster sikit, jadi susah sikit lelaki nak ambil kesempatan keatas. Namun aku tetap takut bila dengar ternyata hidup juga lelaki jenis ni dalam dunia, walaupun dia sahabat kita, sahabat yang boleh kata, kita dah boleh percayakan dia, namun itu semua hanya mampu mengaburi mata kita sebagai seorang wanita. Tidak semua lelaki mampu jadi pelindung, tidak semua lelaki yang iklas berkawan dengan perempuan, tidak semua lelaki itujujur dalam menjalinkan hubungan, mencari sisi lelaki yang baik itu payah. Tidak mudah mengecapi kesenangan dalam hidup, semua itu perlu ada ujian.

Dulu aku beranggapan bahawa setiap yang bernama lelaki itu adalah pelindung, lelaki yang berada disisi perempuan itu, mampu melindungi seseorang perempuan daripada anasir-anasir jahat. Aku berfikir begitu, kerana selama ini, aku hanya berhadapan dengan lelaki baik-baik. Lelaki yang mampu melindungi aku sebagai perempuan. Sebagai contoh abang- abang aku sendiri, Bila keluar rumah mereka tetap ada di sisi. Bila dekat sekolah, aku di kelilingi oleh sahabat lelaki yang betul-betul melindungi. Namun perspektif terhdap lelaki mula berubah, bila suatu peristiwa kelabu menimpa diri sahabatku. Lelaki tdak emua yang mampu jadi pelindung, yang ada malah ambil kesempatan, 

Aku paling tidak tahan dengan bila sahabat aku cakap, lelaki tu pegang-pegang dia, walaupun sahabat aku dah tumbuk, ketuk kepala dia, tubuk dada dia, namun dia tetap ingin sentuh kawan aku. Malah sempat lagi cakap dia tengah "stim", memang betul-betul nka mati katak mamat ni. Dia tidak malu kah cakap benda tak senonoh tu dekat perempuan. Takkan dalam hidup ni dia dah tak da kemaluan langsung sampai sempat cakap benda-benda macam tu. Dah banyak kali kena tumbuk, tetap juga minta CIUM, memang nak jak aku tembak bagi dia mati katak. Geramnya, ne lah satu-satunya lelaki yang boleh menghancurkan dan mencemarkan nama sesetengah lelaki yang baik. 

Serius jadilah PELINDUNG terhadap wnaita, jangan sesekali ambil kesempatan, hargai wanita seperti mana kamu melindungi ahli keluarga kamu, adik akak perempuan atau mak. Aku takut.

No comments:

Post a Comment