Saturday 26 October 2013

Relex Bah..

Sedih hemmm tidak taulah nak kata apa
Aku baru tahu pinjaman pendidikan aku tidak lulus dan di nyatakan sebagai tidak layak,
sedih lah juga, walaupun ibu bapa aku mampu bayar, tidak semestinya mereka kena bayar
harga satu sem 1 pengajian aku sebijik dengan harga laptop aku
RM 3800 tu, banyak gilak tu kalau bayar sendiri..

Walaupun keluarga aku mampu bayar tapi, aku sedihlah banyak sangat aku guna duit untuk tahun ne
Call mak hari itu, mak cakap berhenti jak lah, cari sekolah lain
Aku tahulah kolej aku ne tidak sehebat IPTS yang lain, yang mewah,tapi aku dah sebati dengan kehidupan pertanian di sini, kehidupan yang cukup sederhana dan kurang sangat pengaruh sosial kehidupan remajah. Mak aku bertegasagar aku berhenti untuk sem2 nanti. Aku buntu, takkan aku nak bangkang cakap mak aku pula kan, mahu atau tidak aku kena lah ikut juga. Tapi aku tetap cari usaha macam mana nak kekal belajar dekat sini. 

Akhirnya aku bincang hal ini dengan abang aku, alhamdulillah abang aku sokong pendapat aku, bincang punya bincang mak aku izin kan aku habis belajar di sini. Syukurlah ada abang yang boleh di bawa bebincang. 

No comments:

Post a Comment