Monday 27 January 2014

Aku nak sahabat aku yang dalu

Bila benda tu dah jadi, sukar untuk aku percayakan orang lain selain sahabat sebilik dengan ku. Depan manis seperti menanam kangkung di atas bibir. Namun di belakang sanggup menikam dengan samurai. Aku tahu mereka juga manusia lemah seperti aku, yang tidak sedar akan kesilapan yang di lakukan. Namun bukan kah Allah telah beri kita akal, fikir benda baik sebelum membuat sesuatu perkara.

Terlajak perahu boleh di undur,
terlajak kata buruk padahnya.

Sahabat yang aku percaya, sahabat yang aku sayang, tidak sangka boleh buat aku macam ni. Tidak sangka boleh berkata begitu kepada di belakang ku. Sedih, sedih, sedih yang tidak mampu aku ungkapkan lagi. Aku hanya menyuarakan pendapat, bukan bererti aku mencintainya, mengapa perkara itu di salah anggap oleh mereka. Apakah aku tidak layang memuji seorang lelaki. Aku hanya memujinya bukan mencintainya, sedikit pun hatiku tidak terlintas untuk menyukai atau mencintainya.

Benda yang tidak betul kenapa perlu di khabarkan kepada orang lain. Aku kecewa kerana mempercayainya. Aku rindu dengan sahabat aku yang dulu, sahabat yang memiliki sifat salin percaya antara satu sama lain, sahabatnya yang ada di kala susah dan senang. Apakah ini ujian sebagai perantau. Aku tekad mulai hari ini, aku takkan mengadu apa-apan pun mengenai kehidupan kepada sesiapa pun, kecualikepada-Nya atau kepada family aku sendiri.

No comments:

Post a Comment