Friday 31 January 2014

Bersyukur itu Indah

Hem, terbelek-belek semula sijil-sijil sekolah, ternampak satu sijil yang begitu berharga bagi aku, walaupun usaha aku tidak sekuat mampu jadi usaha yang aku lakukan setimpal dengan keputusan yang aku dapat.

Tahun 2012 mencatatkan sejarah, aku menduduki STPM, dan tahun 2013 mencatatkan keputusan STPM keluar. Dengan pointer 2.8 bagitu kurang melayakkan aku untuk menempatkan nama di IPTA. Aku berfikir sejenak, apakah sijil ku ini masih lagi berguna, sebab kini aku menuntuk di sebuah IPTS dalam jurusan Diploma. Bagi aku Diploma dengan STPM itu sama sahaja tarafnya. 

Aku berpendapat, mungkin bukan rezki ku untuk berada di IPTA, mungkin ada hikma yang baik bagiku bila berada di IPTS. Hidup ini jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang, aku yakin, apa pun kita lakukan dengan iklas semuanya menjadi indah. Aku sentiasa berpengang dengan kata-kata seorang penulis buku iaitu Hilal Asyraf "Mari menjadi Hamba". 

Bila kita rasa diri kita ini tidak cukup sempurna tanpa bantuan Allah, kita akan sentiasa mengharapkan kebaikan daripada Allah. Bila kita sujud menjadi hamba kepada Allah, aku yakin semuanya pasti berjalan lancar apabila kita sudah berusaha semampu yang mungkin, segalanya pasti kita serahkan kepada Allah untuk memberikan hasil yang terbaik. Oleh itu, aku redha dengan jalan hidup aku sekarang, ambil diploma pun bukannya hina sangat kan, daripada ada orang tu, bulan jatuh ke bumi, tanpa mencari jalan keluar, adalah perkara sia-sia. Maksud aku, bila dah tahu keputusan STPM yang ada tu kurang melayakkan kita masuk ke IPTA lebih baik cari jalan lain, daripada membuang masa duduk rumah tunggu panggilan IPTA yang belum pasti.

No comments:

Post a Comment