Tuesday, 21 January 2014

Mak cakap JANGAN

Belum dapat jawapan lagi dari pihat PTPTN, dah naik semester 2 ni, jawapan pun tak terima lagi, risau juga kalau masih gagal permohonan tu, takkan sem ni nak bayar guna duit sendiri laagi. Walaupun keluarga mampu nak bayar, tapi bagi aku itu tetap menyusahkan keluarga. Aku bukan lah asal dari keluarga yang cukup berkemampuan. Dah simpan hajat, kalau ini bukan tempatkan ku, aku redha jak, pohon IPT lain, mana tau rezki di tempat lain. Aku sanggup berhenti di tempat ni, asalkan aku tidak menyusahkan keluarga. 


Tapi mak tak nak, dia nak aku teruskan juga belajar disini, walaupun yuran semester ni naik, mak sanggup bayar juga, asalkan aku terus belajar di sini. Aku tak faham la dengan keluarga aku sendiri ni, 4200 tu mahal sangat la, mana lagi duit makan aku mak bapa yang tanggung, aku langsung tak pernah rasa duit pinjaman. Semua menggunakan duit sendiri. InsyaAllah permohonan untuk semester ni, bagi pinjaman di luluskan. Cukuplah mak bapa yang tanggung duit pengajian sampai duit makan aku untuk semester 1, kalau boleh semester kali ni, pihak pinjaman yang tanggung. Tapi kenapa mak aku berkeras tak nak aku berhenti belajar dekat sini. Aku mampu pohon IPT lain.

Kawan-kawan seperjuangan aku, yang dapat pointer rendah dari aku sewaktu ambil STPM, mampu pun pohon politeknik dengan UITM dalam Ijazah. Sebab tu, aku cakap dengan mak, rezki ada di mana-mana. Kalau dah macam sekarang ni asyik menyusahkan lebih baik aku berhenti jak la jawabnya kan. Aku redha dengan apa yang aku alami sekarang. Mungkin sebab sebelum ni, aku hidup dalam penuh kesenangan dan kemudahan. Dan kini Allah bagi aku kesusahan sebagai balasan untuk aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Walaupun bidang yang berunsurkan alam adalah bidang yang paling aku minat, tapi kalau sampai menyusahkan keluarga aku tak nak lah. Hanya akhlak dan pointer yang baik jak aku dapat hadiahkan untuk mama dengan bapa. 

No comments:

Post a Comment