Saturday 25 January 2014

Senior pejuang 2014

Sejak akhir-akhir ni, belum sampai pun sebulan duduk sini, macam-macam benda dah jadi. Banyak benda yang kami tidak tahu jadi tahu. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih buat senior kami yang plaing berani dalam bersuara. Bersuara bukan sekadar suara kosong yang di keluarkan, tetapi suara untuk menegakkan benang yang tidak basah. Bersuara bukan untuk pentingkan diri sendiri, tetapi inilah dia bersuara untuk kepentigan bersama.

Senior yang bernama Hacks Amir (nama penuh dia saya tidak tahu), khai, BS, Panjang dan rakan seperjuangan mereka. Kerana mereka kami mampu berdiri bersama-sama memikul satu beban yang perlukan jawapan sebenar. Namun perjuangan mereka nampaknya tidak berakhir dengan jawpan seperti yang kami ingin kan. Kami bagi segala persoalan yang telah lama bermain di minda, namun jawapan langsung kami tidak dapat, yang kami terima adalah nasihat. Kami tidak perlukan nasihat, kami perlukan penjelasan dan jawapan.

1 comment:

  1. Royal Panda, All Slots and Casino Extreme are among 우리카지노 the many to choose from

    ReplyDelete