Sunday, 26 January 2014

Setan ada di mana-mana

Lumrah hidup bersahabat.
Lumrah hidup menjadi manusia.

Memang betul kita tidak jaga tepi kain orang. Memang betul kita ingin jadi yang terbaik dalam bersahabat. Namun lumrah kehidupan manusia, mengumpat, mengeji, berburuk sangka, cakap  belakang kita kan. Siapa kita nak halang mulut dan pendapat manusia. Sabar dan tabah sampai bila bila dapat kawan macam ni, kita pun manusia punya hati yang tidak kuat sangat sampai di tuduh sedemikian. 

Namun sahabat bukan dia seorang sahaja, aku lebih percaya sahabat sebilik dengan ku, berbanding sahabat di luar bilik ku. Siapa dia yang suka berburuk sangka, abaikan sahaja. Makin di fikirkan apa yang di katakan, makin sakit hati pulak kan. Setan ada di mana-mana, setan paling suka kalau kita menyimpan sifat dendam. Setan itu paling suka kalau kita buat benda tidak elok. 

Aku tau, aku tidak sebaik dan setabah muslimah yang lain. Oleh kerana aku sedar aku jahat menjadi seorang sahabat, aku belajar untuk menjadi baik, aku belajar untuk tidak mencari gaduh dengan orang lain. Kini aku dah besar, bukan lagi di zaman persekolahan, sikit-sikit ada masalah bawa bergaduh. Semuanya diam kan saja, andai dirimu tahu kau sentiasa betul dalam apa yang dia katakan adalah salah

No comments:

Post a Comment