Monday, 27 January 2014

Up Lagi huhu

Alhamdulillah di kurniakan orang tua yang saling memahami kehidupan anak-anaknya. Dikurniakan abang dan kakak yang sering jadi tulang belakang selama aku berada dalam ujian Allah. Malah pinjaman yang tidak tahu keputusan dia entah luluh atau tidak, tapi doakan semoga kali ni lulus lah pinjaman tu. Duit makan sepanjang belajar mak bapa yang tanggung. Untuk sem ni, mak bagi up sikit duit makan, tapi bagi aku itu dah lebih kepada mencukupi. Walaupun duit makan dah up sikit, istilah JIMAT tetap aku amalkan, Sifat aku yang kuat melancong, melawat tempat-tempat pelancongan, telah aku kikis sehabis mungkin. Selagi aku rezki tidak banyak, tekad jelajah sana jelajah sini aku tanam dalam-dalam. Satu hari nanti akan ku pergi tempat yang aku inginkan.

Mak Bapa tidak halang niat aku untuk menjelajah mana-mana tempat di semenanjung ni, yang penting pandai jaga diri. Kuncinya penting jaga diri. Namun walaupun mak bapa mampu bagi wang jalan-jalan aku tetap tekad untuk tidak BOROS. hehehe.

Aku dapat seorang kawan in,dia senior aku. Kursus kami mengalami sedikit masalah kewangan. Namun saya suka cara dia motivasi orang, dia berfikiran kehadapan, dia tidak berputus asa, dengan cara berhenti kolej, dia tetap teruskan, walaupun dia tidak dapat cover duit yuran, dia cakap boleh kerja part-time weekend nanti. Saya suka cara dia berfikir. tiada masalah yang tiada jalan keluar.

No comments:

Post a Comment