Sunday 20 April 2014

Ini Impian Aku


Aku mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan cerpen. Aku fikir tulis cerpen ni kacang jak, mudah hanya perlu imaginasi tinggi dan lebih banyak pengalam dalam pembacaan buku. NAMUN itu semua tidak semudah apa yang aku fikirkan. Ternyata menulis ini memenatkan juga. Kalau boleh ada pengalaman dalam penceritaan tersebut agar cerita itu nampak hidup. Bila dah mula menulis cerpen panjang ni, sampai satu tahap aku sempat mengeluh. Namun oleh kerana ini dari dulu impian aku untuk menulis sebuah cerita pendek, aku gigihkan juga usaha untuk meneruskannya. Semoga hasil penulisan ini dapat memuaskan hati pembaca. Orang tersenyum itu adalah kebahagianan buat ku. Semoga cerpen yang aku terbitkan dalam blog ni dapat memberi senyuman manis kepada semua penbaca. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment