Saturday, 19 April 2014

Selamat hari jadi Mama


Selamat hari ibu mak. Selamat hari ibu yang ke-41. Walaupun umur dah 41 mak tetap nampak muda di mata kami. Terima kasih sebab lahirkan kami ke dunia ini mama. Terima kasih sebab besarkan kami adik beradik, terima kasih sayang kami. Dan terima kasih sebab tidak pernah sekali pun sekali mengeluh menjaga kami, melayan karenah kami dengan tabah. Maafkan Ira tidak dapat sambut hari jadi mama tahun ni. Tidak dapat buat kek kesukaan mama tahun ni. Sedihnya, hanya mampu dengar suara mama dari hujung talian. Walau apa pun terjadi mama tetap nombor satu di hati Ira. Maafkan ira kalau banyak sangat sakitkan hati mama. Ira kan anak mak paling nakal hehehe. Terima kasih jadi mak dan kawan terbaik untuk Ira selama ini, sedia dengan luahan hati Ira. Hanya mak seorang yang terbaik di dunia ini, tiada siapa yang boleh gantikan tempat mama. Ira sayang ketat-ketat dan ketat dekat mak.
Ira harap di usia mama yang ke-41 ini, mama sentiasa sihat walafiat, murah rezki dunia akhirat, menjadi isteri dan mama yang soleha. Sempat tengok anak-anak mama ni semua melangsungkan perkahwinan, ada anak cucu, hehehe.Sayang mama love you mum. Ira tahu mama baca blog Ira hehehe. Nak luah perasaan dekat sini. Biar semua tahu, mak adalah mama terbaik yang ira ada dekat dunia ni. **kenyit mata sebelah sambil cium pipi mama**. Ira tidak kesah mama panggil ira anak manja, sebab ira manja dengan mama jak, dengan orang lain ira matang hahaha.

No comments:

Post a Comment