Sunday 29 June 2014

Aku dan Coca cola


Gambar mampu menceritakan isi otak si penulis, betul tak, hehehe.Kali ne nak tulis entri pasal satu produk minuman yang boleh buat tidur malam aku tidak lena dan makan aku yang tidak kenyang apabila dah sekali meneguknya. Siapakah dia, yang begitu hebat sehingga mampu menggangu hidup ku, tidak perlu kata-kata yang manis, hanya perlu tambah gula sebagai penambat perasa? 
**Ceh ayat tak boleh blah whahaha, akak abang adik ensem dan cantik yang tengah gelak tu, sila tutup mulut, tak pasal-pasal makan lalat free di bulan ramadhan ne**

Dialah yang mampu menambat haiku dalam masa seminit, COCA COLA,

Bermula tahun 2011 hingga 2014 dalam awal bulan ne, tak pernah dah teguk minuman bergas ne, sebab hajat memang dah tekad nak berhenti. Dulu memang gila dekat coca cola ne, huh boleh kata sanggup tidak makan nasi yang penting dapat teguk cola ne dalam sehari. Hidup boleh tidak tenang kalau tidak teguk. Sebab coca cola ni juga lah, mak selalu bising sebab saya tiada langsung selera makan. Makan pun mengalahkan diet, punyalah sikit tapi tak habis juga. Paling penting punca utama saya berhenti minum cola ni, huh memang sedih dan amat menyedihkan bila di kenang semula. Gigi gerham saya hampir separuh dari semua gigi saya hancur rosak. Doktor kata ni impak dari minuman bergas, dan dah tentu lah itu coca cola. Dari situ saya tekad nak berhenti minum, walau apa cara sekali pun, yang penting tidak semua gigi ni rosak. Menangis tak bersuara la jawabnya hehehe.

Memang susah untuk berhenti, apatah lagi, bila selalu tepandang botolnya yang berisi penuh tu, huh nak nak jak pigi beli bah. Tapi tekad kena kuat, usaha tu penting. Zaman sekolah tingkatan 5 dulu, saya dengan Dino bila dah dapat minum, huh slogan yang kami guna ialah "Minum Umpama Menggengam Bumi" tengoklah macam dah slogan orang ambil dadah atau gam kan. hehehe, sedapnya.Tapi itu dulu, sebagai sejarah lama ku, aku tinggalkan sebagai kenangan manis ku.

Dan cerita ne nak flashback beberapa hari yang lepas, tengah makan tengah hari ni, **tengah hari la snagat kan, makan dah pukul 5 petang, hehe** Masa tu mak baru balik dari rumah mak cik, tengah makan ne, mak bagi ira minum cola botol besar tu, tengah fikir-fikir nak minum ka tidak ne,hehehe mak faham mungkin situasi saya masa tu, mak cakap " minum jak la, bukan selalu pun". Akhirnya dengan pantas aku minum dengan mencapai gelas. fuh rasa ne yang aku rinduinya selama ini, rasa ini yang aku ingin teguk beberapa tahun yang lalu.Dan sejak beberapa hari ni, dok termimpi-mimpi coca cola jak minum dengan Dino. hehehe. Iman dan sabar kena sehaluan untuk tidak minum.

Inilah kisah di sebalik  sebotol COCA COLA.

inikalilah aku mau berhenti, lainkalilah kita minum lagi
bwahahaha

No comments:

Post a Comment