Monday, 7 July 2014

Pujian Kesan Positif


Hari ni merupakan ramadhan pertama (flashback moment), solat maghrib keluarga memang buat dekat rumah, solat isya’ dengan solat sunat Terawih baru buat dekat masjid. Kebetulan kawan-kawan adik lelaki saya ni, memang suka datang rumah, singgah rumah ambil Ekin (adik lelaki 17 tahun). Dalam ramai-ramai yang datang rumah tu, saya ternampak seorang budak ni, boleh cakap budak tu kaki nakal lah, penampilan pun boleh kata macam samseng tak terurus dengan seluar macam kaki nyamuk fit dekat bawah kaki ketat melekat dekat paha dan dengan bajunya yang leher bentuk V tapi selekeh. Hari ini, saya nampak di datang rumah mau pergi masjid. Nampak Bidin (kawan Ekin) pakai sarung (kain pelekat) dengan baju selanggor (baju melayu) dan songkok, memang hensem la dia malam ni. Saya memang jenis yang cakap main lepas jak, saya puji lah dia,
“wah Bidin, hensemnya kau malam ni, pakai selanggor dengan sarung, hensem sangat lah kau”
**Bidin malu-malu sambil menutup muka dengan senyuman yang terpancar**
Hari ini merupakan puasa yang ke-9 sudah, hampir tiap hari saya nampak Bidin pakai macam ramadhan pertama tu, hehehe tiap kali saya nampak dia, saya pasti puji dengan penampilannya yang telah beruah itu, sebab bagi saya pujian yang positif ni, boleh merangsang cas-cas positif dalam minda seseorang itu. Solat subuh pun saya nampak dia pakai macam tu, solat isya’ pun saya nampak juga macam tu. Serius saya cakap, hati saya mudah tergugat bila tengok lelaki pakai macam Bidin bila pergi solat.

Untuk Handsome Boy,
Awak kalau pergi masjid atau dalam rumah, bila nak menghadap Ilahi dengan pakaian Baju Melayu dengan kain pelekat, serius saya cakap awak ensem sangat. Nampak kemas tau. Perempaun-perempuan yang nampak awak pakai macam tu, mesti cakap **Hensemnya pula mamat tu, tergugat iman aku kalau jadi isteri dia hehe**. Serius korang memang hensem GILA HABIS bro. Sayang awak ketat-ketat kalau pakai sarung dengan baju selanggor pergi masjid. Simple tapi Kemas.

No comments:

Post a Comment