Wednesday 23 July 2014

Semporna, Sabah

SEMPORNA TANAH AIR KU

Dulu Semporna ini tempat pelancongan utama bagi pencinta laut. Sebut jak pasal Semporna ni memang semua orang tahu. Tapi kini sejak bermulanya pencerobohan dari Sultan Sulu ke Sabah. Ketenteraman yang kami miliki suatu ketika dahulu, kian tergugat. Dan hari ini 16 julai 2014 dapat arahan lagi dari pihak polis mengenai perintah berkurung selama dua hari iaitu bermula dari 6 petang sehingga 6 pagi. Keadaan ini terjadi disebabkan hasil pencerobohan di Pulau Mabul yang telah meragut satu nyawa seorang polis dan menculit seorang anggota polis sewaktu bertugas, sekitar pukul 11.55 malam.

Kini 21 Julai 2014 dapat berita lagi, bahawa perintah berkurung akan di lanjutkan lagi sehingga raya ke-2. Nampaknya kawasan disini, ada sedikit masalah tapi kita pihak awam tidak tahu apa-apa. Apa-apa pun doa untuk kebaikan bersama.

F  Doa untuk Sabah
F  Doa untuk MH17
F  Doa untuk Gaza
F  Doa untuk Palestine
F  Ramadhan ke-23


No comments:

Post a Comment