Thursday 10 July 2014

Usaha bersama



Syukur alhamdulillah, bulan ramadhan merupakan bulan yang memberikan banyak kebahagian yang mampu di kongsikan bersama orang sekeliling. Sekali lagi, berkat usaha sahabat yang banyak membantu saya dalam pelajaran dan sekali gus di bantu juga berkat usaha para tenaga pengajar saya yang bertungkus lumus membantu kami untuk berjaya dalam subjek yang kami ambil, jutaan terima kasih kepada semua pensyarah terhormat, Miss, Madam kerana sudi membantu kami dalam pelbagai usaha untuk berjaya. Tanpa doa dan restu kedua ibu bapa saya juga, saya rsa tidak mungkin saya akan berada pada tahap ini sekarang. Terima kasih mama dan bapa berkat doa yang tidak henti doakan Ira.

Saya panjatkan syukur pada semester 2 ini, kerana alhamdulillah kali ini saya lepas lagi semua subjek walaupun ada penurunan pointer. Pasal pointer tu belakang cerita lah, yang paling penting adalah saya tidak repeat (ulang) 2 subjek membunuh secara senyap hehehe. Subjek tersebut ialah subjek FIZIK dengan BIOLOGI. Dua subjek ni yang buat hidup saya dengan sahabat-sahabat yang satu *batch* degan saya boleh kena serangan jantung. Alhamdulillah berkat usaha+doa+tawakkal saya lulus juga dua subjek yang buat saya menangis tidak bersuara lagi selama satu semester ini.
Tahniah juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang lulus dalam semester 2 ini, bagi yang terpaksa *repeat* sujek-subjek tertentu tu saya ucapkan usaha kali ini, tingkatkan lagi, jangan main phone kalau pensyarah mengajar, jangan nak minta “take 5 Miss” kalau boleh siapkan assignment dengan secepat mungkin, buat tugasan tu dengan ikhlas dan tanamkan nilai untuk buat bersungguh-sungguh, sebab hasil yang kita buat akan memuaskan hati kita dan pensyarah. Semoga berjaya sahabat ku yang masih berjuang lagi.



“hidup ini umpama roda,
Terkadang kita berada di atas
Dan terkadang kita berada di bawah”

“jangan sesekali pandang rendah dengan orang lain,
Jangan sesekali lokek dengan ilmu yang ada,
Ingin berjaya, tanamkan sifat berjaya biar bersama,
Gagal jangan heret sahabat bersama”

No comments:

Post a Comment