Wednesday 31 August 2011

**TUDUNG LAMBANG AQIDAH**




Assalamualaikum WBT

Ada yang berkata iman di hati, tiada kaitan dengan amalan. Maka popular ayat-ayat ini "Kami pakai seksi, tapi hati kami baik", "Allah nilai taqwa kita, bukan pakaian kita." Dan banyak lagi. Tahukah kita bahawa ideologi ini adalah satu kesinambungan ideologi lama dahulu. Apa nama ideologi itu. Namanya Murjiah. Tak mengapa, posting kali ini bukan mahu berbicara tentang ideologi Murjiah. Posting kali ini ingin bercerita tentang tudung. Ya, tudung wanita untuk menutup aurat, bukan tudung untuk saji mahupun tudung periuk. 


Baik! Saya menyatakan bahawa tudung adalah salah satu nilai aqidah kita. Jangan ada yang cuba mahu loyar buruk di sini berkata bahawa kalau pakai tudung, tapi baju sendat, singkat nampak pusat. Saya bercerita tentang tudung muslimah ya, lagipun normalnya orang Islam Melayu kalau nak tutup aurat mesti pakai tudung. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat, tapi normalnya di Malaysia kalau nak tutup aurat mesti pakai tudung. Mesti difahami hal ini.

Kita orang Islam, bercerita tentang agama mestilah dengan sumber wahyu. Maka saya mahu bercerita apa yang al-Quran cerita.

Al-kisah di zaman dahulu kala, ketika Rasulullah SAW masih hidup di muka bumi ini, dan para sahabat dan sahabiah (sahabat-sahabat nabi yang perempuan) masih hidup bertebaran di muka bumi, maka turunlah satu ayat al-Quran. Ayat apa itu?


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."(Surah an-Nur:31)

Inilah di ayatnya. Mari kita lihat bagaimana reaksi-reaksi wanita di zaman itu.

Saidatina Aisyah RA menceritakan: Tatkala turun ayat "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". maka mereka segera merobek-robek kain-kain mereka dan bertudung dengannya. (Shahih al-Bukhari, Kitab at-Tafsir, Bab Tafsir Surah an-Nur).

Perempuan-perempuan zaman Rasulullah SAW dengan penuh kekuatan dan ketaatan lantas mengoyak-ngoyak kain yang ada untuk dijadikan penutup aurat mereka.

Saya hanya mahu menyatakan tudung itu adalah lambang akidah.

Kenapa? Kerana tudung inilah salah satu hal yang membezakan kita dengan orang kafir.

Apa buktinya? Lihatlah apa yang terjadi di Turki. Si kafir pembela-pembela aliran Sekular mengharamkan pemakaian tudung. Apakah kita fikir mereka akan mengharamkan pemakaian tudung sekiranya tudung ini tiada nilai di dalam Islam. Isunya bukanlah kerana kain itu bernama tudung, isunya kerana pemakaian tudung itulah salah satu lambang akidah Islam. Maka untuk memadamkan cahaya akidah Islam daripada terzahir ke mata manusia, salah satu langkahnya ialah mengharamkan pemakaian tudung.

Lihat, bukankah itu menunjukkan bahawa si kafir bedebah itu turut faham bahawa tudung itu ada nilai aqidah.

Sekiranya tudung itu tiada nilai di dalam Islam, nescaya si kafir itu tidak akan mengharamkan pemakaiannya. Bahkan mungkin si kafir itu akan menjadikan ia sebagai satu fesyen yang popular. Tapi kerana ia ada nilai aqidah, si kafir tidak mahu menerimanya. Nampaknya si kafir ini amat memahami ayat terakhir surah al-Kafirun "Bagimu agamamu, bagiku agamaku".

Itulah nilai tudung. Tapi nilai itu seakan hilang di bumi Malaysia tercinta ini. Kerana apa? Kerana nilai akidah pada tudung itu tidak dapat dilihat. Nilai akidah pada tudung mungkin hanya dapat dilihat apabila ia diharamkan oleh pihak-pihak kafir. Adakah kita mahu menunggu sehingga ia diharamkan di dalam negara kita, baru kita mahu memahami ia ada nilai akidah.

Mungkin, sudah tiba masanya pelajar-pelajar sekolah atau siapa2 sahaja bergelar muslimah ditanamkan kefahaman bahawa menutup aurat itu adalah satu nilai akidah. Bukan hanya isu feqh dan hukum sahaja. Ia adalah nilai aqidah, kerana itu si kafir memusuhi sehelai kain bernama tudung itu.

Wallahu'alam.

~al-ahkam.net

:: PUASA 6 GANTI or GABUNG JE ?? ::

Alhamdulillah..setelah selesai menyempurnakan ibadah puasa di bulan Al-Mubarak yg lepas, sendiri 2 lah bermuhasabah, bagaimana tahapnya, adakah lebih baik atau sebaliknya..moga berpeluang lagi bertemu denganmu, ya Ramadhan..
Dan kini, bulan Syawal..dah pertengahan Syawal. [Maaf lambat post pasal ni. Kesihatan internet tak mengizinkan. .jadi malas nak online]. Dah tgh Syawal,ada yg masih sibuk beraya..dan Alhamdulillah, ramai juga yg sibuk berpuasa enam. Asalkan niat betul..bukan sekadar sebagai 1 budaya ‘ikut orang’ atau ‘aku lagi hebat dari ko’ atau paling famous ‘aku start awal puasa dari ko, aku dah settle puasa 6 pun,ko baru bape?’ dengan megahnya....[Tak berkaitan kpd yg hidup ataupun mati=)]
*Tak kesah utk yg baru nak berjinak2 utk puasa 6 utk ikut orang lain berpuasa same dan utk yg nak wujudkan suasana “mari berpuasa beramai2...” or versi lain, “puasa bareng yuk!”-kalian dimaafkan ana..=)*

Yups, Perlumbaan adalah baik, namun tak perlulah rasanya dihebah2kan 1 kampung....takut mengundang si Riya’ yg boleh mengurang or menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Bertanggungjawablah dalam menjaga niat dan hati masing2 agar RIYA’ itu tidak hadir..biar ianya menjadi rahsia antara kita dan kekasih hati kita..ALLAH SWT. Tak gitu..?=) kecuali pada keadaan2 yg tertentu yg terpaksa diberitahu bahawa kita sedang berpuasa...pandai2 lah ye...
Bagus..ahsan! jika kita berlumba2 mendapat Redha Allah dgn ganjaran yg dijanjikanNya...
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.[Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
HIKMAH PUASA 6

Dari sudut kesihatannye..Puasa selama sebulan penuh time bulan Ramadhan antaranya membantu sistem percernaan dlm badan rehat sekejap di waktu siang selama sebulan.. Mai bulan Syawal pulak menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dgn tiba2 diberi tugas mencerna segala mak nenek makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya [paham2 la kan..dgn segala ketupat,rendang,lemang,kueh2 raya yg berjenis2 dll..ish3=) ]. Dan sebab tu lah, puasa enam ni bagi masa balik kat sistem pencernaan badan untuk berehat sekejap n ’buat kerja’ sikit2 n beransur2 utk kebaikan jasmani manusia tu sendiri..
Dan dari sudut perspektif KITA sebagai hamba Allah, kan bagus amalan puasa yg wajib di bulan Ramadhan diteruskan di bulan2 seterusnya...tambah2 sekadar 6 hari di bulan Syawal. Sebagai bukti kita sebagai hambaNya yg bersungguh2 utk taqarrub ilaLLah..sebagai jalan utk mendekatkan diri kpdNya, utk mendapat Redha n kasihNya.Bukan sebab kerana ia wajib je kita buat..Umpama kata seorang ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangkan pd bulan lain Allah swt dilupai”.

Frequently Asked Question [FAQ]

1- Puasa 6 ni dibuat secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Ali Imran:133]
2- Takpe ke buat Puasa Sunat Enam Syawal dulu, baru Mengqadha Puasa Ramadhan?
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. Ada yg kata BOLEH ada yg kata TAK BOLEH.
  • ·Tidak boleh, berdasarkan hadis ni sendiri; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Nabi SAW mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dulu, kemudian barulah “mengiringinya dgn 6 hari dari bulan Syawal”. Maksudnya, puasa sunat 6 Syawal hanya dilaksanakan sesudah menganti puasa Ramadhan yg pernah ditinggalnya. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.
Jadi, kalau ditanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal ni dan puasa qadha? Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis ni sebagai asas keutamaan, walaupun kita tahu dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Secara mudahnya, kalaulah seseorang tu kena Qadha puasa selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yg lama masa Ramadhan yg lepas sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah dia buat puasa enam terlebih dulu pada masa tu. Sebabnya, kita pun tahu yg waktu puasa sunat Syawal ni singkat kalo banding dgn Qadha (sepanjang tahun).
Apepun kena ingat, walaupun waktu utk puasa Qadha tu panjang, kita tetap tak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dulu. Kita tak tahu kan ajal kita bila..
Tapi, bagi perempuan or anak dara yg normal, dlm kata lain, kitaran haid dia normal, puasa yg perlu diqadha hanya dlm range 5, 6, 7,8 camtu je kan..ditambah pula mempunyai tahap kesihatan yg baik(takde penyakit kronik yg memudaratkan kalau puasa), sihat tubuh badan dan dlm golongan mampu lah org kata.Rasanya tak ada masalah sebab kalau campur kedua2 nya dalam 10 hari ke atas mcm tu..katakan, qadha 6 hari, then sambung pulak 6 hari..baru 12 hari puasa. InsyaAllah sempat.
Secara analoginya, membayar hutang yang wajib patut didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Hal disokong dgn ayat 133 surah Ali Imran yg dah di beri sebelum ni, yg menganjurkan kita utk memprioritikan amal kebajikan. Of course amal yg wajib lebih perlu disegerakan drpd amal yg sunat..=)
قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
Andainya...
Seseorang yg mati sebelum mengganti puasa Ramadhannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira “masih berhutang dengan Allah SWT.”
Tapi,kalau seseorang yg mati selepas berjaya melangsaikan hutang puasanya tetapi tak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya takde sebarang masalah pun, malah ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
So, Kita kena faham bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dgn Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala...
  • ·Boleh, ia jadi boleh seandainya seorang tu tak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan juga akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka dia boleh lakukan seperti yg dilakukan Aisyah ra. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim & al-Bukhari, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
3- Boleh ke gabungkan puasa qadha dan puasa enam?
Isu penggabungan puasa qadha & sunat syawal tersangatla popular. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Secara ringkasnya, ana sendiri bersetuju dgn pendapat ini..
Tidak elok utk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kpd para sahabat utk menggabungkannya.
Bila Nabi, sahabat dan salaf soleh sendiri tak buat,maka pastilah ia bukan amalan yg terpilih dan terbaik krn pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik...Tak gitu?
Malah ada juga hujjah-hujjah yg menyebabkan pandangan yg mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. kalau seseorang kata boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dgn puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu lepas ini timbul pula individu yg cuba menggabungkan solat wajib dgn solat sunat, seperti gabungan solat isyak dgn terawih, atau subuh dgn ‘tahiyyatul masjid' atau dgn solat sunat fajar, atau solat jumaat dgn solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dlm ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.[Betul3....]
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tak boleh digabungkan dgn apa-apa amalan wajib atau sunat lain, krn amalan wajib perlukan tumpuan khusus yg tak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dlm menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam...
3. Tindakan ‘Aisyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya). [Rujuk hadis di atas]
4. Amalan wajib (qadha) perlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dgn niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya.Sebab itulah ulama’ yg mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama’ yg mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yg berhujjah bahawa amalan sunat tak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yg wajib (qadha) daripada sunat (syawal).
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yg tunduk kpd Allah SWT, memperbanyakkan amalantaqarrub dgn memisahkan di antara yg menjadi kewajipan dgn yg menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Kita perlu lebih berhati-hati (ahwatdlm ibadat, serta melakukan ibadat dgn yakin adalah lebih utama (aula), krn ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dgn puasa fardhu yg lain atau dgn puasa sunat yg lain. Maka, jalan selamat?? ASINGKAN. Agar kita pun lebih yakin..
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Pandangan ini dianggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yg mempunyai kesukaran kerana uzur dan tak mampu utk mengasingkannya. Antara ulama yg membolehkan(tapi kurang pahalanya) untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Diantaranya..
Ada dari ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
  • Takut bila qadha puasa dulu, tak sempat pula utk puasa sunat enam..?? [kita faham, perempuan kan bukan sepanjang masa boleh berpuasa....]
Bagi yg tak sempat melakukan puasa sunat krn sibuk dgn puasa wajib ,diharapkan Allah swt akn memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah uzur atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu tidak uzur” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dpt melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya dimasukkan ke dlm golongan org yg mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Ameen~

  • Rujukan dan pendapat : Artikel tulisan AL-FADHIL USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN dan AL-FADHIL DR.ABD.BASIT HJ ABD RAHMAN.
PERLUMBAAN

JODOH terbahagi kepada 3

Jodoh drpd SYAITAN
awak dan dia bercinta dan semasa bercinta , awak berpegang tangan dan terus melakukan maksiat sehingga dia mengandung

Jodoh drpd JIN
awak suka pada dia tapi dia pula sebaliknya lalu awak menggunakan bomoh untuk mendapatkan cinta daripada dia

Jodoh drpd ALLAH
awak dan dia bertentang mata dan terus awak meminang dia dan dia menerima awak. InsyaAllah jodoh itu berkekalan sehingga ke akhir hayat dan itulah yang dinamakan Syurga Cinta

Saturday 20 August 2011

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda

Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali.

Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.


Lokasi segitiga bermuda

Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud

Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.

Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.

Bab ini mendedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”

(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.



Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.



Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.



Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.



Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.



Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.
Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.



Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
sumber : zharifalimin.blogspot.com"