Wednesday 23 July 2014

Kenapa AWAK curi???? :'(

Sedihnya, sedih sangat. Baju kurung baru, skirt dia hilang. Sudah lah tu baju kurung yang paling saya sayang. Warna tu saya pilih, sebab saya mau warna baju sama dengan Fath. Pertama kali ada baju kurung warna biru. Arrrrggggghhhhh bila tahu skirt baju tu kena curi huhhhhhhh air mata ni boleh membanjiri satu rumah ni. Serius sedihnya. Sudahlah kain kurung tu limited edition punya, hanya ada satu corak jak macam tu, boleh pulak orang curi. Baru berangan mau pakai baju sama warna dengan Fath pergi kelas. Menangiskan skirt baju yang dah hilang sampai tertidur ( memnag tabiat tidak boleh ubah). Bangun tidur jak terfikirkan skirt yang hilang, menangis lagi. Sampai si Mama bising sudah. Si Mama pesan “bila lah orang tu dapat hidayah”. Hehehe dalam menangis pun, mak sempat lagi bah buat lawak, ayat “bila lah tu kak dapat HIDAYAH”, ni adalah ayat yang selalu adik saya pakai bila ada orang buat jahat hehehe. 

Semporna, Sabah

SEMPORNA TANAH AIR KU

Dulu Semporna ini tempat pelancongan utama bagi pencinta laut. Sebut jak pasal Semporna ni memang semua orang tahu. Tapi kini sejak bermulanya pencerobohan dari Sultan Sulu ke Sabah. Ketenteraman yang kami miliki suatu ketika dahulu, kian tergugat. Dan hari ini 16 julai 2014 dapat arahan lagi dari pihak polis mengenai perintah berkurung selama dua hari iaitu bermula dari 6 petang sehingga 6 pagi. Keadaan ini terjadi disebabkan hasil pencerobohan di Pulau Mabul yang telah meragut satu nyawa seorang polis dan menculit seorang anggota polis sewaktu bertugas, sekitar pukul 11.55 malam.

Kini 21 Julai 2014 dapat berita lagi, bahawa perintah berkurung akan di lanjutkan lagi sehingga raya ke-2. Nampaknya kawasan disini, ada sedikit masalah tapi kita pihak awam tidak tahu apa-apa. Apa-apa pun doa untuk kebaikan bersama.

F  Doa untuk Sabah
F  Doa untuk MH17
F  Doa untuk Gaza
F  Doa untuk Palestine
F  Ramadhan ke-23


Sunday 20 July 2014

Daging vs Durian.



Mungkin bila orang dengar saya mabuk bila terhidu aroma daging, mesti orang fikir pelik kan. Hehehe. Biasanya kalau mabuk aroma buah durian tu, memang selalu lah kita dengar pasal tu. Ini kisah saya, sejujurnya saya memang tidak makan daging, apa pun jenis daging kecuali daging lembu masak kicap dan masak lada hitam. Lain dari situ saya memang tidak makan.

Daging.
Apa pun jenis daging dan seangkatan dengan daging memang saya tidak makan, tidak tahulah kenapa. Tapi memang saya tengok pun tiada selera langsung. Ini belum bahagian makan lagi tau, baru dapat hidu aroma sup daging, mula sudah mahu muntah. Mabuk datang sudah. Hari tu pergi Tawau sekali dengan keluarga abang dan akak. Esok mahu puasa sudah ni, abang saya ni pula singgah Pekan Balung, mau beli tu sup daging paling sedap di Balung. Aduuuiiii na merana hidup saya sepanjang perjalanan tu, Abang saya ini pula baru tahu saya mabuk dengan aroma daging. Rasa mahu muntah sudah dalam kereta. Sempat lagi tu menyindir.

Abg : waina kau ni, daging kau mabuk, kalau durian 3 4 biji buah durian tu     
        semua kau telan jak. Boleh pula tu tanpa demam.lain kau ni.

Saya : diam dan dengar jak la.

Paling sedih bila hari raya sudah. Memang rumah habis saja bah dengan menu daging sepanjang 3 hari, hari raya tu. Memang saya berkurung dalam bilik jak, bila sudah part masak sup daging ni. Yang paling saya heran tu, paling di suka dengan daging adalah tulangnya. Hmmm tidak faham saya apa yang sedapnya dengan tulang tu. Boleh kata siap ada straw lagi untuk sedut dalaman tulang daging tu. Apa pun yang penting dorang bahgai bersama daging.

Durian.
Auuummmm yang ni memang paling pevret saya. Bagi berapa pun saya boleh habiskan. Sedap sampai menjilat jari. Sedap sangat. Tapi susah sikit mau makan buah ni, saya di kelilingi oleh golongan yang tdak mampu makan buah ni, jangankan makan bah ni buah, baru terhidu aromanya semua terus mabuk. Setiap kali makna buah ni, duiii na kesian saya. Macam anak terbuang sudah. Sorang-sorang makan di luar, siap di tutupkan pintu dengan jendela rumah. Sedihnya hidup. Tapi tidak kesahlah yang penting saya bahagia bersama buah durian. Limited edition okey, only in Malaysia and Made in Malaysia.
Teringat kisah waktu sambut Ramadhan dengan raya tahun 2013 di Pahang. Rumah akak ipar tu dah macam dusun durian, bahagianya hidup nampak buah durian ni. Memang melantak habis saya dengan buah durian yang percuma ni. Hehehehe. Selepas sahur, makan lagi 2 biji buah durian, selepas berbuka makan lagi 2 biji, sebelum tidur waktu tengah malam makan lagi 2 3 biji. Huh macam di syurga durian, bahagia sangat hehehe.

Wednesday 16 July 2014

Rasa Hati

Rasa ini hanya saya sahaja yang tahu, orang lain hanya mampu mentafsir dan menilai atas apa yang mereka lihat terhadap diriku. Setiap hari dapat mesej dari kawan-kawan kolej tanya:

“apa khabar kau sabahan?”

“syoknya kau ek, cuti lebih”

“untunglah x bangun awal pagi g kelas”

“bestnye ko x payah susah-susah buat assignment kan”

Orang tidak tahu betapa risaunya saya tertinggal pelajaran, betapa takutnya saya tidak dapat siapkan assignment yang pensyarah bagi.  Saya dekat sini, tidur tidak lena, hanya di bayangi rasa takut. Orang fikir saya gembira-gembira disini, tidak terlintas untuk fikir pasal kelas. Bila kawan kelas cakap pensyarah ada bagi assignment, rasa mahu menangis jak sebab tertinggal pelajaran. Saya berharap, insyaAllah sampai kolej nanti, tidaklah banyak dugaan yang perlu lagi saya alami. 

Monday 14 July 2014

Hari Pertama Kelas


Hari ni merupakan hari pertama kelas kuliah bemula. Semua kawan-kawan dah masuk kelas, sedangkan saya masih lagi di Sabah dalam mood cuti tidak tenang. Takut tertinggal pelajaran. Apa boleh buat ni langkah yang saya ambil. Pagi-pagi lagi seawal 8.30 pagi dah mesej dengan Mimie tanya pasal kelas. Perasaan takut danberdebar-debar tunggu pensyarah masuk kelas tu dapat saya rasakan, huh berdebar, jantung berdegut dengan laju, takutnya juga bahang Melaka tu boleh sampai ke Sabah. Di pagi hari ni pula, kelas pertama di semester baru sem 3 ni adalah kelas Penggenalan Prinsip Perakaunan. Seram bila dengar pasal akaun. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat roomate saya yang berpindah group, kini masuk group saya. Masuk kelas saya kena tabah sikit sebab, kebanyak budak dalam kelas tu pendiam hehehe. Sejarah dalam hidup saya, inilah pertama kali saya masuk kelas yang agak senyap sikit, tapi bila hyperactive dorang dah keluar kena tabah lah, layang perangai dorang, kejap-kejap “take 5 Miss/Madam”, “Miss lama lagi ka” “Miss awal ye balik hari ni” hehehe tu lah mereka.

Sunday 13 July 2014

Masalah Kewangan


Dugaan lagi. Setiap semester pasti ada cabaran yang mesti saya hadapi. Dan dugaan kali ini masih lagi pasal kewangan. Hmmmm tidak tahu lah mau cakap macam mana sudah, semester satu pinjaman tidak lulus terpaksa bayar sendiri, semester dua ni pula pinjaman lulus tapi duit tidak dapat. Terpaksa lagi naik turun pejabat kewangan minta tolong bagi sattle masalah ni. insyaAllah, semua urusan ni di permudahkan. Benda ni pun tahu, bila pergi bayar duit diposit asrama, barulah tahu saya masih ada hutang dengan pihak kolej. Kalau duduk luar sampai sekang mungkin saya tidak tahu yang saya ada hutang dengan pihak kolej. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih dengan Shatirah Che Hamid, Syamimie Rijahan, Siti Fatimah Nazri dan Susilawaty Abd Hakim kerana mereka urusan ni saya boleh selesaikan dengan cepat.hari isnin baru dapat berurusan dengan pihak pejabat. Terima kasih sahabatku.

Friday 11 July 2014

Semester Baru

Urusan Kolej


Alhamdulillah semua urusan kolej dah selesai pun. Terima kasih sangat-sangat atas bantuan sahabat-sahabat sekalian. Tak tahu macam mana mahu balas jasa baik mereka. Betul-betul terharu dengan bantuan Shatirah Che Hamid, Syamimie Rijahan, Siti Fatimah Nazri dan Susylawati Abd Hakim dan pensyarah. Ada rezki ada ruang dan masa insyaAllah saya akan balas jasa baik sahabat. Cuma tunggu masa dan ruang sahaja. Susah senang korang ada bersama saya. Terharuh dan turut rasa bahagia ada sahabat macam korang semua. Tahun depan saya tak buat lagi macam ni hehe. Saya akan bersama-sama korang daftar diri hehe. Menyesal ambil tiket balik lambat sangat. Kesudahannya munyusahkan korang. Nak nangis atas bantuan dan jasa baik korang. insyaAllah koranglah sahabat saya dunia akhirat. 

Jasa Baik Sahabat



Syukur alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur, segala urusan di permudahkan. Jutaan terima kasih atas jasa budi baik rakan sebilik a.k.a sahabat dunia akhirat saya iaitu Shatirah, Fatimah, Mimie, Susy sebab tolong aku dalam uruskan masalah kolej yang saya alama. Selama beberapa hari ni, seperti seorang manusia yang tidak berpijak di atas tanah, berpijak di bumi yang nyata, makan tidak lalu, mandi pun boleh fikir. Sampai satu hari, buat puding kek pun tidak menjadi disebabkan otak kepala tengah serabut memikirkan masalah yang saya alami.

Dan hari ini, 10 Jul. 14 merupakan tarikh bersejarah, kerana semuanya di permudahkan segala urusan atas bantuan sahabat saya. Serius saya katakan, sukar untuk saya membalas jasa budi baik korang semua, saya tidak tahu mahu balas macam mana. Susah senang kita selalu bersama. Saya yang selalu punya masalah korang selalu ada di sisi saya. Sangat-sangat terhari. Korang sahabat aku susah dan senang sahabat dunia akhirat, walaupun terkadang ada juga bertarik muka hehehe. Namun syukurlah itu semua tidak berpanjangan.

Thursday 10 July 2014

Usaha bersama



Syukur alhamdulillah, bulan ramadhan merupakan bulan yang memberikan banyak kebahagian yang mampu di kongsikan bersama orang sekeliling. Sekali lagi, berkat usaha sahabat yang banyak membantu saya dalam pelajaran dan sekali gus di bantu juga berkat usaha para tenaga pengajar saya yang bertungkus lumus membantu kami untuk berjaya dalam subjek yang kami ambil, jutaan terima kasih kepada semua pensyarah terhormat, Miss, Madam kerana sudi membantu kami dalam pelbagai usaha untuk berjaya. Tanpa doa dan restu kedua ibu bapa saya juga, saya rsa tidak mungkin saya akan berada pada tahap ini sekarang. Terima kasih mama dan bapa berkat doa yang tidak henti doakan Ira.

Saya panjatkan syukur pada semester 2 ini, kerana alhamdulillah kali ini saya lepas lagi semua subjek walaupun ada penurunan pointer. Pasal pointer tu belakang cerita lah, yang paling penting adalah saya tidak repeat (ulang) 2 subjek membunuh secara senyap hehehe. Subjek tersebut ialah subjek FIZIK dengan BIOLOGI. Dua subjek ni yang buat hidup saya dengan sahabat-sahabat yang satu *batch* degan saya boleh kena serangan jantung. Alhamdulillah berkat usaha+doa+tawakkal saya lulus juga dua subjek yang buat saya menangis tidak bersuara lagi selama satu semester ini.
Tahniah juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang lulus dalam semester 2 ini, bagi yang terpaksa *repeat* sujek-subjek tertentu tu saya ucapkan usaha kali ini, tingkatkan lagi, jangan main phone kalau pensyarah mengajar, jangan nak minta “take 5 Miss” kalau boleh siapkan assignment dengan secepat mungkin, buat tugasan tu dengan ikhlas dan tanamkan nilai untuk buat bersungguh-sungguh, sebab hasil yang kita buat akan memuaskan hati kita dan pensyarah. Semoga berjaya sahabat ku yang masih berjuang lagi.



“hidup ini umpama roda,
Terkadang kita berada di atas
Dan terkadang kita berada di bawah”

“jangan sesekali pandang rendah dengan orang lain,
Jangan sesekali lokek dengan ilmu yang ada,
Ingin berjaya, tanamkan sifat berjaya biar bersama,
Gagal jangan heret sahabat bersama”

Monday 7 July 2014

Pujian Kesan Positif


Hari ni merupakan ramadhan pertama (flashback moment), solat maghrib keluarga memang buat dekat rumah, solat isya’ dengan solat sunat Terawih baru buat dekat masjid. Kebetulan kawan-kawan adik lelaki saya ni, memang suka datang rumah, singgah rumah ambil Ekin (adik lelaki 17 tahun). Dalam ramai-ramai yang datang rumah tu, saya ternampak seorang budak ni, boleh cakap budak tu kaki nakal lah, penampilan pun boleh kata macam samseng tak terurus dengan seluar macam kaki nyamuk fit dekat bawah kaki ketat melekat dekat paha dan dengan bajunya yang leher bentuk V tapi selekeh. Hari ini, saya nampak di datang rumah mau pergi masjid. Nampak Bidin (kawan Ekin) pakai sarung (kain pelekat) dengan baju selanggor (baju melayu) dan songkok, memang hensem la dia malam ni. Saya memang jenis yang cakap main lepas jak, saya puji lah dia,
“wah Bidin, hensemnya kau malam ni, pakai selanggor dengan sarung, hensem sangat lah kau”
**Bidin malu-malu sambil menutup muka dengan senyuman yang terpancar**
Hari ini merupakan puasa yang ke-9 sudah, hampir tiap hari saya nampak Bidin pakai macam ramadhan pertama tu, hehehe tiap kali saya nampak dia, saya pasti puji dengan penampilannya yang telah beruah itu, sebab bagi saya pujian yang positif ni, boleh merangsang cas-cas positif dalam minda seseorang itu. Solat subuh pun saya nampak dia pakai macam tu, solat isya’ pun saya nampak juga macam tu. Serius saya cakap, hati saya mudah tergugat bila tengok lelaki pakai macam Bidin bila pergi solat.

Untuk Handsome Boy,
Awak kalau pergi masjid atau dalam rumah, bila nak menghadap Ilahi dengan pakaian Baju Melayu dengan kain pelekat, serius saya cakap awak ensem sangat. Nampak kemas tau. Perempaun-perempuan yang nampak awak pakai macam tu, mesti cakap **Hensemnya pula mamat tu, tergugat iman aku kalau jadi isteri dia hehe**. Serius korang memang hensem GILA HABIS bro. Sayang awak ketat-ketat kalau pakai sarung dengan baju selanggor pergi masjid. Simple tapi Kemas.

Projek Memikat Dapur



Azam cuti semester ni ialah, nak belajar masak. Walaupun saya pandai buat kek atau biskut **ceh angkat bakul sendiri hehe** tidak semestinya saya pandai masak okey. Ruginya siapa jadi suami saya kan, sebab saya tidak pandai masak. Hehehe niat saya belajar masak bukan ke arah itu pun sebenarnya. Niat saya adalah, bila duduk rumah sewa dengan kawan-kawan boleh la juga saya masak untuk budak rumah, tidak lah juga malu dengan budak rumah sebab bagi saya makan kan. Dan yang kedua sebabnya ialah, nak menyenangkankerja Mama la nanti, bila saya ada dekat rumah. Mak tidak lah susah-susah nanti mau turun dapur, kalau saya sudah pandai masak tuk keluarga, bolehlah tolong-tolong mak dekat dapur kan. Hehehe siuknya kalau pandai masak bah kan. Hehehe tidak sabar sudah ne mau tunjuk kehebatan di depan kuali, selama ini hanya pandai di depan oven, tapi kali ni saya tekad juga mau hebab depan sudip dan kuali.

Pertama sekali saya nak berterima kasih dengan akak saya iaitu Kak Meng, Kak Edang dan Kak Adik. Yang ni semua muka-muka dapur, dulu paling tidak suka bila panggil saya masuk dapur tolong itu ini, saya merupakan pembantu mereka di dapur, tolong tumbuk ambil itu ini, tolong gaul itu ini.punyalah pemalasnya dulu, tolong pun boleh kata tidak ikhlas bah bila sudah di suruh hehehe. Tapi itu dulu tau. SEKARANG, saya baru terfikir kenapa mereka buat semua ni, mungkin mereka mahu saya pun pandai masak. Harap jak anak dara perempuan tapi masak pun tidak retikan. Sekarang saya sudah reti masak lah sikit-sikit. Ini merupakan perubahan baik untuk diri saya. **puji diri sendiri lagi bah tu hehe**. Kalau Mama sudah di dapur, memeng tak minta di tolong lah, mak nak semua benda dia buat. 

Cheese Vs Coca Cola



Haaa ni lagi satu nama ne, yang buat aku boleh gila habis nampak dia. Nama di beri ialah CHEESE. Nasib baik la di semporna ne tiada kedai roti cheese, kalau ada aku yakin bankrup mendadak aku sebab susah sikit nak kawal nafsu bila berhadapan dengannya. Bagi ku cheese dengan cola dalam hidupku ini sudah sebati. Mereka ni boleh kata ibarat dadah, yang sekali teguk sekali rasa sekali makan memang buat aku nak lagi nak lagi dan lagi. Hehehe ini lah kisah ku dengan cheese. Hari ini saya dengan kak Kia dan Kak Edang buat biskut cheese, (flashback). Buat biskut ni masa ramadhan pertama. Memang nafsu aku tidak kuat, boleh kata iman aku tergugat habis lah olehnya, tengah buat cheese ne mulut ne gatal sangat nak rasa, nasib baik lah iman ni kuat sikit juga, dapat juga lah aku tahan nafsu dekat cheese ne, kalau tak memang habis aku kerjakan dia. Hehehe. Bila dapat makan cheese jak ni, boleh kata duniaku terhenti seketika. Terasa semua penat lelah selama sehari ini, hilang macam tu jak. Yummmmmmy baby. hehehe

cheese yummy

Sunday 29 June 2014

Aku dan Coca cola


Gambar mampu menceritakan isi otak si penulis, betul tak, hehehe.Kali ne nak tulis entri pasal satu produk minuman yang boleh buat tidur malam aku tidak lena dan makan aku yang tidak kenyang apabila dah sekali meneguknya. Siapakah dia, yang begitu hebat sehingga mampu menggangu hidup ku, tidak perlu kata-kata yang manis, hanya perlu tambah gula sebagai penambat perasa? 
**Ceh ayat tak boleh blah whahaha, akak abang adik ensem dan cantik yang tengah gelak tu, sila tutup mulut, tak pasal-pasal makan lalat free di bulan ramadhan ne**

Dialah yang mampu menambat haiku dalam masa seminit, COCA COLA,

Bermula tahun 2011 hingga 2014 dalam awal bulan ne, tak pernah dah teguk minuman bergas ne, sebab hajat memang dah tekad nak berhenti. Dulu memang gila dekat coca cola ne, huh boleh kata sanggup tidak makan nasi yang penting dapat teguk cola ne dalam sehari. Hidup boleh tidak tenang kalau tidak teguk. Sebab coca cola ni juga lah, mak selalu bising sebab saya tiada langsung selera makan. Makan pun mengalahkan diet, punyalah sikit tapi tak habis juga. Paling penting punca utama saya berhenti minum cola ni, huh memang sedih dan amat menyedihkan bila di kenang semula. Gigi gerham saya hampir separuh dari semua gigi saya hancur rosak. Doktor kata ni impak dari minuman bergas, dan dah tentu lah itu coca cola. Dari situ saya tekad nak berhenti minum, walau apa cara sekali pun, yang penting tidak semua gigi ni rosak. Menangis tak bersuara la jawabnya hehehe.

Memang susah untuk berhenti, apatah lagi, bila selalu tepandang botolnya yang berisi penuh tu, huh nak nak jak pigi beli bah. Tapi tekad kena kuat, usaha tu penting. Zaman sekolah tingkatan 5 dulu, saya dengan Dino bila dah dapat minum, huh slogan yang kami guna ialah "Minum Umpama Menggengam Bumi" tengoklah macam dah slogan orang ambil dadah atau gam kan. hehehe, sedapnya.Tapi itu dulu, sebagai sejarah lama ku, aku tinggalkan sebagai kenangan manis ku.

Dan cerita ne nak flashback beberapa hari yang lepas, tengah makan tengah hari ni, **tengah hari la snagat kan, makan dah pukul 5 petang, hehe** Masa tu mak baru balik dari rumah mak cik, tengah makan ne, mak bagi ira minum cola botol besar tu, tengah fikir-fikir nak minum ka tidak ne,hehehe mak faham mungkin situasi saya masa tu, mak cakap " minum jak la, bukan selalu pun". Akhirnya dengan pantas aku minum dengan mencapai gelas. fuh rasa ne yang aku rinduinya selama ini, rasa ini yang aku ingin teguk beberapa tahun yang lalu.Dan sejak beberapa hari ni, dok termimpi-mimpi coca cola jak minum dengan Dino. hehehe. Iman dan sabar kena sehaluan untuk tidak minum.

Inilah kisah di sebalik  sebotol COCA COLA.

inikalilah aku mau berhenti, lainkalilah kita minum lagi
bwahahaha

Saturday 28 June 2014

Lama dah tak update entri selama cuti ne. Sebenarnya malas nak update dah, tiada benda pun mau share selama cuti ne, walaupun wifi rumah ne lebih laju berbanding wifi dekat hostel aku hehehe. **berlagaknya minah ne**.

Apa pun SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Wednesday 7 May 2014

Kolej kepada Kolej Universiti

Alhamdulillah, penantian yang sungguh menggugat keimanan, kini telah menjadi pennatian yang sungguh indah. 5 Mei 2014, secara rasminya Kolej RISDA Melaka "KRISM" di naik taraf menjadi Kolej Universiti Agrosains Malaysia "KUAM". 



Memori Silam (Poyoooo)

Nak di jadikan satu cerita, aku punya seorang sahabat yang memang baik hati. Sem 2 baru nak kenal-kenal lah juga dengan dia, walaupun kami jadi classmate dari sem 1 lagi, dah-dah nak kamcing jadi sahabat ni tiba-tiba pula dapat berita dari dia yang dia akan berhenti belajar sebab dapat tawaran dari SPA8. Sedih gila bila dapat tahu dia nak berhenti, ialahkan dah tahu nak kamcing tup tup dapat khabar nak tinggalkan kita orang. Aik lupa nak kenalkan tuan empunya cerita tu, nama dia Muhammad Zhulhelmi Rahim a.k.a Jack. Hehehe kita orang lebih mesra panggil dia jack jak la. Yang paling terharu lagi, dia sudi jumpa aku, Fiqah dan Fatin dekat asrama kita orang, walaupun rumah dia dengan asrama kami ni jauh berbatu, berbatu la sangat hehehhe.

Kepada Jack,

Terima kasih sebab sudi kawan dengan kami, walaupun dalam kelas kekok nak bercakap kan, walaupun kau pemalu, aku usaha juga nak buat suasana jadi kecoh, hehehhe, mesti kau sengal dengan aku kan. Tapi aku nak kau tahu, kau tetap jadi sahabat aku sampai bila-bila. Dekat luar nanti, jangan lupa kami tau, wechat facebook nombor telefon pun ada kan, call lah kami, kami tiada kredit nak call kau hahhahahahaha. Apa pun terima kasih sangat-sangat. Kau dekat luar nanti jaga diri. Semoga berjaya dengan apa yang kau ada sekarang dan akan ada pada masa hadapan nanti. Semoga berjaya Jack.



Jack



Muhammad Zulhelmi Rahim




Science of Biology I need something from you.

Exam Sains Biologi punyalah susah, walau apa pun study jak la, usaha tangga kejayaan walaupun yakin tak dapat jawab dengan betul. Esok exam malam ni baru bertungkus lumus study hard ot study smart hehehe.


































last minit punya kerja, baru buat nota
Amaran jangan tiru gaya saya study tak baik untuk tekanan hehehe







































































































tak cukup dengan nota yang di print, nak juga jenguk nota yang ada dekat slide. hehehe

Tuesday 6 May 2014

Balik Kampung prepare ticket

Hari-hari terakhir di Melaka. nak beli tiket untuk balik cuti semester. Cakap jak nak save bajet untuk beli tiket, tapi last-last tu hemmm hampeh betul, pergi keluarkan duit untuk cuba game pula. hehehe tidak apa yang penting ambil pengalaman yang menyeronokkan. Kita orang join game roller coster 3D di AEON Melaka.

















Tunggu bas punyalah lama, biasanya jadual bas tepat waktu, tapi kali ni bas datang pula jam 11 pagi, lambat dah.


































Setelah selesai beli tiket, isi perut yang sedang mengalunkan lagu Bunkface ni. Nasi ayam jak mampu setakat ni, student la katakan, jimat itu student

nasi ayam black paper








































































Omel Angat susy, hari-hari susy omel angat hehehe
Happy belated birthday 19 years. Good girl baby. Love you always until forever

Selfie jap, perut kenyang tega dah ada untuk selfie hehehe.selfie, selfie, selfie praghhhh hahaha


jalan punya jalan, penat round satu shopping mall tu, iba-tiba pula jumpa satu game yang sunggu menarik minak kanak-kanak ribena ni kan. hehehe Game Roller Coster 3D. harga asal RM 15 tapi oleh kerana kami student dan ada bukti kad student, kami guna kad siswa, dapatkah lah diskaun yang sunggu hebat harga jadi RM10 tau.



`


shopping pula, lepas main, susy ni memang pantang nampak kasut tinggi, di situlah dia mula rambnag kaki nak beli (ayat baru) hehehe. kenalah faham dengan ketinggian yang dia ada.


























Friday 2 May 2014

FE : Pantai Puteri

Hari ni 1hb Mei 2014, Hari Cuti Pekerja. Siuk (best) juga cuti-cuti ni sekali sekala keluar bilik. Walaupun sekarang musim final exam belum tentu megahalang kami daripada melakukan aktiviti luar. Syukur alhamdulillah lah juga kak ella buat majlis makan-makan dan ajak kami pergi pantai Puteri. Terima kasih sangat-sangat dengan kak ella ajak kami keluar-keluar untuk hari ini.


Susy & Mimie










































Dalam perjalan ke rumah Kak Ella, tak sabar dengan aktiviti hari ini. Majlis makan-makan dengan pergi pantai. Pantai Puteri.Perancangan pergi pantai tiada pun dalam senarai, kalau ada mesti dah bawa baju lebih sebab teringin nak mandi pantai.


































Tiba di pantai puteri, paling siuk(best) sekali ialah pergi shopping baju murah yang melambang pasal pantai puteri ni. Gembira sangat-sangat, sebab sepanjang duduk di Melaka langsung tidak pernah jejak kaki pergi pantai dan lat. Rindu sangat-sangat. Walaupun pantai dan laut tidak secantik di tempat aku, tapi terubat juga lah rindu ni sikit-sikit kan.









































































































Balik dari pantai, sambung pula aktiviti makan-makan bersama bini-bini askar hehehe. Jamuan makan bersmaa, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara jiran tetangga. Siuk (Best) juga join aktiviti macam ni, terkadang terasa macam program anak angkat pun ada hehehe. Balik dari pantai, rehat kejap, jam 5 petang macam tu, baru turun. 

Biasalah kan ibu-ibu bila sembang anak dah tak ingat, ada anak yang nangis bila sembang part paling  menyeronokkan tu, hemmm hampeh betul la mak budak tu, langsung tak ingat anak kecil tengah nangis.
























































































laksa

























































kek batik



kek ni kurang menjadi lah, entahlah pertama kali dapat makan kek batik orang buat jenis macam ni, lain jak aku rasa kuih ni.












































Yang ni lagi satu, kek cheese tak jadi. Ambil hati orang kan, suap sesudu jak kan, jadilah nak jaga hati orang. Kek ini terlebih cheese tu yang jadi tidak sedap





















































































Gaya jak ni lebih, hehehe










































Habis licin hehehe. Nampak kan tahap kelaparan tu, susah nak di gambarkan, kak ella bila masak memang sedap. sedap sangat.