Sunday 31 May 2015







Tiada mood mau update bolg yang dah berhabuk dan bersawang ni

Wednesday 23 July 2014

Kenapa AWAK curi???? :'(

Sedihnya, sedih sangat. Baju kurung baru, skirt dia hilang. Sudah lah tu baju kurung yang paling saya sayang. Warna tu saya pilih, sebab saya mau warna baju sama dengan Fath. Pertama kali ada baju kurung warna biru. Arrrrggggghhhhh bila tahu skirt baju tu kena curi huhhhhhhh air mata ni boleh membanjiri satu rumah ni. Serius sedihnya. Sudahlah kain kurung tu limited edition punya, hanya ada satu corak jak macam tu, boleh pulak orang curi. Baru berangan mau pakai baju sama warna dengan Fath pergi kelas. Menangiskan skirt baju yang dah hilang sampai tertidur ( memnag tabiat tidak boleh ubah). Bangun tidur jak terfikirkan skirt yang hilang, menangis lagi. Sampai si Mama bising sudah. Si Mama pesan “bila lah orang tu dapat hidayah”. Hehehe dalam menangis pun, mak sempat lagi bah buat lawak, ayat “bila lah tu kak dapat HIDAYAH”, ni adalah ayat yang selalu adik saya pakai bila ada orang buat jahat hehehe. 

Semporna, Sabah

SEMPORNA TANAH AIR KU

Dulu Semporna ini tempat pelancongan utama bagi pencinta laut. Sebut jak pasal Semporna ni memang semua orang tahu. Tapi kini sejak bermulanya pencerobohan dari Sultan Sulu ke Sabah. Ketenteraman yang kami miliki suatu ketika dahulu, kian tergugat. Dan hari ini 16 julai 2014 dapat arahan lagi dari pihak polis mengenai perintah berkurung selama dua hari iaitu bermula dari 6 petang sehingga 6 pagi. Keadaan ini terjadi disebabkan hasil pencerobohan di Pulau Mabul yang telah meragut satu nyawa seorang polis dan menculit seorang anggota polis sewaktu bertugas, sekitar pukul 11.55 malam.

Kini 21 Julai 2014 dapat berita lagi, bahawa perintah berkurung akan di lanjutkan lagi sehingga raya ke-2. Nampaknya kawasan disini, ada sedikit masalah tapi kita pihak awam tidak tahu apa-apa. Apa-apa pun doa untuk kebaikan bersama.

F  Doa untuk Sabah
F  Doa untuk MH17
F  Doa untuk Gaza
F  Doa untuk Palestine
F  Ramadhan ke-23


Sunday 20 July 2014

Daging vs Durian.



Mungkin bila orang dengar saya mabuk bila terhidu aroma daging, mesti orang fikir pelik kan. Hehehe. Biasanya kalau mabuk aroma buah durian tu, memang selalu lah kita dengar pasal tu. Ini kisah saya, sejujurnya saya memang tidak makan daging, apa pun jenis daging kecuali daging lembu masak kicap dan masak lada hitam. Lain dari situ saya memang tidak makan.

Daging.
Apa pun jenis daging dan seangkatan dengan daging memang saya tidak makan, tidak tahulah kenapa. Tapi memang saya tengok pun tiada selera langsung. Ini belum bahagian makan lagi tau, baru dapat hidu aroma sup daging, mula sudah mahu muntah. Mabuk datang sudah. Hari tu pergi Tawau sekali dengan keluarga abang dan akak. Esok mahu puasa sudah ni, abang saya ni pula singgah Pekan Balung, mau beli tu sup daging paling sedap di Balung. Aduuuiiii na merana hidup saya sepanjang perjalanan tu, Abang saya ini pula baru tahu saya mabuk dengan aroma daging. Rasa mahu muntah sudah dalam kereta. Sempat lagi tu menyindir.

Abg : waina kau ni, daging kau mabuk, kalau durian 3 4 biji buah durian tu     
        semua kau telan jak. Boleh pula tu tanpa demam.lain kau ni.

Saya : diam dan dengar jak la.

Paling sedih bila hari raya sudah. Memang rumah habis saja bah dengan menu daging sepanjang 3 hari, hari raya tu. Memang saya berkurung dalam bilik jak, bila sudah part masak sup daging ni. Yang paling saya heran tu, paling di suka dengan daging adalah tulangnya. Hmmm tidak faham saya apa yang sedapnya dengan tulang tu. Boleh kata siap ada straw lagi untuk sedut dalaman tulang daging tu. Apa pun yang penting dorang bahgai bersama daging.

Durian.
Auuummmm yang ni memang paling pevret saya. Bagi berapa pun saya boleh habiskan. Sedap sampai menjilat jari. Sedap sangat. Tapi susah sikit mau makan buah ni, saya di kelilingi oleh golongan yang tdak mampu makan buah ni, jangankan makan bah ni buah, baru terhidu aromanya semua terus mabuk. Setiap kali makna buah ni, duiii na kesian saya. Macam anak terbuang sudah. Sorang-sorang makan di luar, siap di tutupkan pintu dengan jendela rumah. Sedihnya hidup. Tapi tidak kesahlah yang penting saya bahagia bersama buah durian. Limited edition okey, only in Malaysia and Made in Malaysia.
Teringat kisah waktu sambut Ramadhan dengan raya tahun 2013 di Pahang. Rumah akak ipar tu dah macam dusun durian, bahagianya hidup nampak buah durian ni. Memang melantak habis saya dengan buah durian yang percuma ni. Hehehehe. Selepas sahur, makan lagi 2 biji buah durian, selepas berbuka makan lagi 2 biji, sebelum tidur waktu tengah malam makan lagi 2 3 biji. Huh macam di syurga durian, bahagia sangat hehehe.

Wednesday 16 July 2014

Rasa Hati

Rasa ini hanya saya sahaja yang tahu, orang lain hanya mampu mentafsir dan menilai atas apa yang mereka lihat terhadap diriku. Setiap hari dapat mesej dari kawan-kawan kolej tanya:

“apa khabar kau sabahan?”

“syoknya kau ek, cuti lebih”

“untunglah x bangun awal pagi g kelas”

“bestnye ko x payah susah-susah buat assignment kan”

Orang tidak tahu betapa risaunya saya tertinggal pelajaran, betapa takutnya saya tidak dapat siapkan assignment yang pensyarah bagi.  Saya dekat sini, tidur tidak lena, hanya di bayangi rasa takut. Orang fikir saya gembira-gembira disini, tidak terlintas untuk fikir pasal kelas. Bila kawan kelas cakap pensyarah ada bagi assignment, rasa mahu menangis jak sebab tertinggal pelajaran. Saya berharap, insyaAllah sampai kolej nanti, tidaklah banyak dugaan yang perlu lagi saya alami. 

Monday 14 July 2014

Hari Pertama Kelas


Hari ni merupakan hari pertama kelas kuliah bemula. Semua kawan-kawan dah masuk kelas, sedangkan saya masih lagi di Sabah dalam mood cuti tidak tenang. Takut tertinggal pelajaran. Apa boleh buat ni langkah yang saya ambil. Pagi-pagi lagi seawal 8.30 pagi dah mesej dengan Mimie tanya pasal kelas. Perasaan takut danberdebar-debar tunggu pensyarah masuk kelas tu dapat saya rasakan, huh berdebar, jantung berdegut dengan laju, takutnya juga bahang Melaka tu boleh sampai ke Sabah. Di pagi hari ni pula, kelas pertama di semester baru sem 3 ni adalah kelas Penggenalan Prinsip Perakaunan. Seram bila dengar pasal akaun. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat roomate saya yang berpindah group, kini masuk group saya. Masuk kelas saya kena tabah sikit sebab, kebanyak budak dalam kelas tu pendiam hehehe. Sejarah dalam hidup saya, inilah pertama kali saya masuk kelas yang agak senyap sikit, tapi bila hyperactive dorang dah keluar kena tabah lah, layang perangai dorang, kejap-kejap “take 5 Miss/Madam”, “Miss lama lagi ka” “Miss awal ye balik hari ni” hehehe tu lah mereka.

Sunday 13 July 2014

Masalah Kewangan


Dugaan lagi. Setiap semester pasti ada cabaran yang mesti saya hadapi. Dan dugaan kali ini masih lagi pasal kewangan. Hmmmm tidak tahu lah mau cakap macam mana sudah, semester satu pinjaman tidak lulus terpaksa bayar sendiri, semester dua ni pula pinjaman lulus tapi duit tidak dapat. Terpaksa lagi naik turun pejabat kewangan minta tolong bagi sattle masalah ni. insyaAllah, semua urusan ni di permudahkan. Benda ni pun tahu, bila pergi bayar duit diposit asrama, barulah tahu saya masih ada hutang dengan pihak kolej. Kalau duduk luar sampai sekang mungkin saya tidak tahu yang saya ada hutang dengan pihak kolej. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih dengan Shatirah Che Hamid, Syamimie Rijahan, Siti Fatimah Nazri dan Susilawaty Abd Hakim kerana mereka urusan ni saya boleh selesaikan dengan cepat.hari isnin baru dapat berurusan dengan pihak pejabat. Terima kasih sahabatku.