Thursday 6 June 2013

Jika kita menyukai/ mencintai seseorang jangan hanya pandang paras rupa sahaja..kerana terkadang rupang itu mampu menipu..pandanglah pada hati kerana hati mampu membuatkan kita menjadi lebih tenang melihatnya... terkadang walaupun orang tu buruk macam mana tak lah hensem taklah cantik tak putih hitam macam negro semua tu teradang tak penting yang penting baik hati.. Manusia ni biasanya tertipu oleh paras rupa yang indah.. Tapi saya tak lah cakap semua yang canti dan hensem belaka putih melepak macam adira tu jahat.Itu semua terpulang pada diri sendiri dalam memilih pasangan hidup mahupun sahabat.

Saya ada seorang sahabat ni, dia ne taklah cantik mana pun..kulit dia hitam tapi dia baik hati mudah simpati dengan orang, orang yang tak kenal dengan dia selalu hina dia yang dia ne di gelar si jelek rupa. Tapi bagiku itu semua tak penting kerana dia lah sahabatku selama berjuang di medan persekolahan.

Akujuga pernah memiliki seorang sahabat yang begitu indah rupa, biasalahkan kalau dah bangsa suluk kecukan bisayak ne memang cantik-cantik, putih melepak canti la susah nak cakap. tapi sayang dia bukan lah seorang sahabat yang baik dan boleh di beri kepercayaan, indah hanya di mata tapi bila dah kawan makan kawan mula tikam belakang sapa yang tak sakit hati. Dia ingat dia tu cantik sangat sehingga sesuka hati jak hina kawan aku yang hitam macam negro tu.. Ikutkan hati nak je aku sepak dia masa tu..

Siapa yang tak malu, dipermalukan dihina di perhimpunan, nasib baik kau pengawas masa tu kalau tak, dah habis aku sound.Biar orang kata dia jelek rupa, tapi orang sebenarnya tidak mengenalinya kerana dia seorang yang pemalu. Dialah sahabatku dari dulu hingga akhir hayat

Aku menyanyangimu dan mencintaimu wahai sahabatku
kerana hartamu yang begitu banyak...
harta ilmu dunia akhiratmu yang begitu tinggi
Aku mencintaimu kerana agamamu..

Dialah sahabatku dunia akhirat...

Wednesday 5 June 2013

"BUDAYA BEKAL KE SEKOLAH...SEMAKIN PUPUS".

Hari ini seperti rutin harian, kalau sudah pukul 12.00 tengah hari masa untuk duduk depan TV tengok rancangan TV3 WHI..hari ini tajuk dia menarik sebab mengingatan saya terhadap zaman persekolahan saya. Bermula dari tingkatan 1 hinggalah saya berada di tingkatan 6 atas, saya masih lagi mengamalkan budaya berbekal kesekola. Budaya ini bukan saya sahaja yang mengamalkannya tetapi rakan-rakan sekelas saya juga masih lagi mengamalkannya.. banyak faktor yang menyebabkan saya mengamalkan budaya berbekal kesekolah..antaranya ialah :

  1. Malas
    Oleh sebab tak nak berganjak dari meja dan kerusi kelas apabila masa rehat.. lebih baik bawa bekal ke sekolah senang sikit. Lagipun sewaktu berada di sekolah menengah atas..kelas saya terletak di tingkat atas tingkat . Waktu itu, masa rehat cuma 25 sahaja, mana lagi nak turun naik tangga, mana lagi nak beratur untuk beli makan, itu semua buang masa sahaja, lagipun memenatkan. Jadi jalan penyelesaiannya adalah bawa bekal makanan ke sekolah
  2. Jimat
    Jimat. Merupan unci utama dalam berbekal makanan ke sekolah. Macam saya ibu bagi duit belanja sekolah bulanan. Sebulan ibu bagi RM 50 tu pun kekadang langsung saya tidak gunakan dalam sebulan. duit 50 tu masih kekal tidak tercerai jimat lah boleh simpan duit guna untuk p melancong hehehe. Duit tu hanya akan terguna jika balik sekolah ikut kereta tambang atau bayar apa yang patut. Saya langsung tak nak pergi kantin sebab penat naik turun tangga..lagi pun kawan kelas saya ke kantin boleh dikatan jauh juga lah.
  3. Mengeratan hubungan Persahabatan
    Yang ne amat..amat..amat dan teramat lah pentingnya sebab bila bawa bekal makanan ne..terkadang rakan-rakan kita tak sempat masak untuk bawa bekal pagi tu kan..kita yang bawa bekal ne boleh lah kongsi-kongsi dengan kawan yang tak ada bekal tu..sambil makan boleh la kongsi-kongsi cerita (tak baik bcakap sambil makan :) )


***banyak lagi faedah budaya berbeal makanan ke sekolah ne,,..di bawah post ini saya selitkan sedikit kenangan manis berbekal ke sekolah makan beramai-ramai..

makan hehehe


Piring tak cukup, tutup bekas makanan pun jadilah ^_^

Bekal bawah lebih sebab pakat satu kelas bawa bekal makan ramai-ramai

yang ne batch kumpulan kita







Monday 3 June 2013

Aku Kakak & Pekerja Restoran

Pagi tadi drama pasal ikan kan...hari ini pula sebelah malam drama pasal beli tom nyam di sebuah restoran makan tidak jauh dari tempat jual ikan pagi tadi...Dah nama juga orang sabah..slang (dialek) Sabahan tu mesti lah tidak hilang kan..hemm tak apa baru belajar..Kita teruskan je drama ne...

Kakak : saya nak beli sup tom nyam satu..bagi lain  lada kisar tu ye..

Pelayan : (dengan muka heran mendengar lada kisar) erm ok..nak brape?

kakak : satu je..

pelayan : jap ye kak..sila lah duduk dulu..

kakak : terima kasih...

**tak lama juga lah tunggu pesanan ne..dalam 20 minit begitu..bila dah samapai akak belek-belek plastik yang berisi tapau pesanannya..akak saya heran lalu bertanya

kakak : adik lada kisar mana?

pelayan :????? lada kisar..haaaa tak de lah akak.. lada jenis macam mane yg akak nak ne?

aku : kak dorang nda paham tu..jangan cakap sabah dorang nda tau tu apa (ketawa kecil jak bah)

kakak : alamak ira lupa lah..kat sini panggil lada potong..erm tak pe lah adik..

**kita orang pun berlalu pergi..dah biasa kat sabah kalau nak beli tom nyam lada bagi asing..


Sharing is Caring

Assalamu'alaikum..
Sincerly- Me :)

"SEHANGAT ASMARA"
 Mengingatkan betapa hangatnya keadaan dalam kubur. Tanpa ada kipas apatah lagi air-cond. Mengiring berseorangan dalam liang lahad, setiap ketika datang di'peluk' si kembar Munkar dan Nakir. Kadang-kadang tenggelam 7 kaki ke dalam perut bumi. Kadang-kadang terperosok hilang ke dasar bumi. Hangat sampai berpeluh-peluh, berdarah-darah. Kadang-kadang terbakar juga sampai ke kaki. Memang hangat.

"SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA"
 Itulah kata-kata yang tidak lagi kedengaran di dalam kubur. Dulu, tiap-tiap hari dengar perkataan tu dari isteri tersayang. Dulu, masa ada rupa dan berharta, isteri manja dan mengada-ngada. Bila dah sakit dan miskin, isteri lari entah ke mana. Bila dah dalam kubur ni, tak ada siapa-siapa nak mengaku diri ada kaitan dengan kamu dah. Duduklah sorang-sorang dalam tu. Yang datang mengaku, adalah amalan kamu. Kalau buruk, maka datanglah ular-kala jengking-lipan mengaku, "Sebenarnya, kamilah amalan buruk dia." Jika sebaliknya, maka berdampinglah dengan pemuda kacak yang bernama al-Quran datang mengaku, "Sebenarnya, saya amalan baik dia. Jauhilah dia dari seksa."

"TEDUHAN KASIH"
Bila berada dalam kubur. Kasih anak-anak yang soleh dan solehahlah yang diharapkan. Moga-moga anak-anak berdoa dan beramal soleh hinggakan kesolehan mereka menjadi peneduh di dalam lubang kubur yang panas berapi. Harta dan wang yang disalurkan ke jalan Allah dan menolong fakir miskin, itulah yang membantu. Ilmu walaupun secebis itulah yang membantu walaupun sebesar kuman update status nasihat di muka buku. Lepas dibangkitkan dari kubur lak, kita yang kurang amal ni berharap kasih dan syafaat dari Rasulullah s.a.w. je untuk berteduh di bawah Arasy dan masuk Syurga. Kalau amal buruk yang dibawa ke akhirat, agak-agak ada tak "Teduhan Kasih Allah" untuk kita. Sobs.

"BUNGA MERAH PUNYA"
Dulu masa hidup, duk bangga tayang awek, tayang boyfriend di internet walaupun dikutuk orang ramai. Bangga sakan sampai letak gambar bercium di facebook dengan caption, "Bunga (nama awek) hanya Merah (nama si bf) yang punya." Mananya tak bangga, sekali letak dapat 5 ribu likes. Sekali tayang dapat 10 ribu likes. "Tengok beribu-ribu orang sokong aku, kau ada?" Entah sebenarnya siapa yang sengal, si couple itukah atau beribu-ribu yang likes tu. Pedulikanlah. Bila dalam kubur dah ni, cuba hang minta LIKE dari Munkar Nakir. "Bro, like la..dulu awek aku cun kot. Ramai kot followers aku." Pasti pukulan padu maut ditekan-tubikan ke atas kepala hang sampai ke kerak bumi. Selamat mencuba.

"SETIA HUJUNG NYAWA"
 Lubang kubur sentiasa setia menantimu. Tak kira panas atau hujan. Tak kira bersemak samun. Kadang-kadang manusia ni setia sangat dengan manusia, tapi dia tak setia dengan agama. Suruhan manusia dia ikut bila dapat ganjaran. Suruhan Tuhan tak ikut. Solat pun jarang-jarang, tinggal-tinggal, kadang-kadang. Sedangkan antara persoalan utama di kubur dan akhirat adalah tentang solat. Setia pada manusia ok. Setia pada Allah dan Rasul tetap kena lebihkan.

"KARLOS"
 Drama penuh kesedaran. Kejahatan akan tumpas. Kebenaran akan sentiasa menang. Masa belum mati, gengster samseng, curi, pecah rumah, pukul orang, rempit, bohsia, bohjan, hisap rokok, hisap shisha, hisap gam, pil khayal semua nak rasa, air setan semua nak teguk. "Masa muda ni lah nak cuba segala. Kenangan ni, bro." Bila dah tua jadi pemimpin pula, sibuk nak tipu org yg dipimpin. Korupsi, pecah amanah, rasuah, songlap. Ingatlah macam lagu Peter Pan dalam citer ni, "Tak ada yang abadi." Hebat mana pun kita, tinggi mana pun kita, kaya berkuasa mana pun kita, tetap ke lubang kubur. Masuk kubur dah tak boleh dabik dada dah, "Wei aku Genji lah! Langgar ah kalo berani!" Tak perlu langgar. Cukup dengan seekor lipan gajah sudah buat dirimu koma dalam lubang kubur.

"TANAH KUBUR"
Ingatlah, Tok Adi sentiasa ada masa untuk mengapankan, memandikan, menyembahyangkan, menguburkan, melianglahadkan tuan-tuan dan puan-puan semua. Tok Adi dah pesan, "Mana-mana yang batak mintak LIKE dan FOLLOW di facebook, buat status lucah merapu, status poyo mintak kaki, letak gambar dedah aurat, letak gambar couple haram bercium berpeluk bagai, semuanya akan Tok Adi uruskan. Liang lahad semua dah ready. Tunggu masuk dan kambus je." Tok Adi ingatkan, dunia ni sementara je. Akhirat jua rumah abadi. "Bagi setiap orang di facebook ini, kain kapan dah ready. Call je Tok Adi."

Lubang kubur hari-hari kirim salam padamu."Bilakah mahu bersatu?"

Nukilan: Muhammad Rusydi (Rusydee Artz)

______________________________________________________________________________________________


Allahuakbar!cek hati tu ye..



Sunday 2 June 2013

Aku dan Penjual Ikan

Kawasan rumah kita orang ne kawasan pangsapuri...dah kalau namanya pangsapuri ka perumahan ka mesti di sediakan sebuah bangunan kedai kan..nak cerita ne sikit..hari ne akak saya suruh saya dan kak kina pergi beli ikan..erm macam ne la ceritanya : aku dan si penjual ikan

aku  : abang, na beli ikan..

penjual : ikan yang mana satu dek?

aku : ne, ikan kayu berapa ya?.. saya nak dua ekor.. berapa?

penjual : jap ye dek..kite timbang.. dua ekor RM 7.60. Nak abang potongkan?

aku  : hendaklah (maksud saya tu tidaklah)

penjual : jap ye dek..tunggu jap..

aku : saya pun dengan rasa heran..aik abang ne saya nda mahu..pigi pula di potongnya..rupanya saya terlupa yang sekarang saya ne d semenanjung..bukannya di sabah (monolog dalaman)

abang penjual ikan tu pun berlalu..dia pergi potong-potong itu ikan...ternyata dalam fikiran abang tu..saya nak minta tolong ikan tu di potong..erm silap saya juga..sapa suruh cakap sabah..abang tu pikir saya mahu lah..padahal maksud saya tu saya tidak mahu la..silap sendiri tanggung la sendiri... sapa suru cakap sabah kan..memanglah dorang tidak paham..sebagai pengajaran

Saturday 1 June 2013

Untuk Sahabatku

Kepada semua sahabatku..terutamanya kepada ezan, farah,jannah, sima,zida,tonang, ema, mila, eja dgn azri..saya dengan berbesar hati ingin meminta maaf sebab tak cakap awal-awal bahawa sekarang ne saya telah berada di semenanjung..say bukannya sengaja tidak mahu cakap... cuma masa yang begitu mengejutkan dan singkat membuatkan saya susah nak cakap..Lagipun saya tidak siap nak buat acara makan-makan perpisahan kerana itu amat menyedihkan..Saya harap korang paham..apa-apan pun doaan saya agar tidak lupa diri bila kita semua sudah berjauhan..

(Dari kiri) ezan, farah, mila, jannah, zida, ira,tonang dan sima

baju pink eja dan azri

haa yang bulat ne ema..

Redho itu kuncinya

Nak kongsi sikit ne...kongsi ka? hemmm cerita jak la

Saya ada abang sepupu ne..sekarang dia menuntut di university moscow russia, dalam bidang perubatan..tahun depan dia baru habis..tapi dia mahu lagi sambung 3 tahun tersisa untuk jadi doktor pakar nanti bila keluar... Tup tup dengar cerita dari kakak saya..dia akan kawin  bulan ne nikah..haaa tekejut saya mendengarnya..akak saya cakap kawin dijodohkan oleh keluarga..kenal pun tidak apa lagi jumpa pun tidak..

Saya dok terpikir..apa agaknya perasaan abang saya ya..bila mati-matian belajar untuk mencapai cia-citanya untuk jadi doktor..tup-tup di suru kawin..nda pernah jumpa pula tu..tapi sayang dia nikah ne bula 6 2013 d KK, sanding mau raya nanti..kita orang tidak dapat datang sebab kami kat semenanjung tengah study.. apa-apa pun kami doakan semoga dia bahagia dunia dan akhirat


***rindu na buat kek bati tuk ibu..

ohhhh tidak....!!!!!!!!

Bersyukur dah ne dapat sambung sekolah jauh sikit lah..kiranya melintasi laut china selatan konon hehe.. Awal-awal lagi abah dah bagi alert.. "ira duk sana mesti pandai-pandai jimat tau"... Abah cakap macam tu saya tidak lagi peduli..sebab kat mana-mana pun kalau tidak pandai berjimat..matilah jawabnya kan..

Ibu cakap...haaa ira abah dah pesan kat ibu semalam...wang belanja nanti kat sana abah bagi sikit je masuk sebulan RM50...***dialog la terus**

ibu : ira d sana nanti..kena pandai-pandai bejimat tau..abah engkau semalam dah pesan..sebulan kirim RM 50 jak...sengaja kirim sikit

ira : uina mamy...(trip sedih ne)

ibu : tiada mamy...mamy..jangan nak merungut..

ira : apalah tu 50 jak..macam pula duit bulanan sekolah menengah ku..nda cukup tu my..

ibu : kalau kau ne..nda boleh bagi duit lebih-lebih..sebab banyak akal mu semua tempat kau mau jalan..sudah abah kau cakap mcm tu..

ira : my sikitnya pula...kuruslah ira ne nda mkn 3 minggu..

ibu :suka hatimulah...kau ne lain bg duit bnyk sikit semua tempat kau jalan..

ira : ***naik tangga masuk bilik..trip sedih ne***

ibu dah kurangkan duit belanje aku..au kena pandai cari duit kalau macam ne..kalau tiada usaha..macam mana mau travel an..

Tapi baru-baru ne kak kina bagi au RM200..hehehe ibu tidak boleh halang..sebab ira jauh hehehe kak kina bagi 200 biarlah ibu bagi 50 tak kesah pon..

sakit itu ujian Allah SWT

Selama beberapa hari tinggal di semenanjung ni...asyik sakit-sakit jak..ibu pun tidak henti-henti telefon tanya khabar saya..buannya apa saya pun sendiri tak tahu kenapa..tapi dari simtop yang dia orang cakap..saya ne keteguran **bagi siapa yang tidak paham tu, buat-buat paham jak lah**..

hemmm..asal keluar jak dari rumah tu pergi jauh mesti keteguran..apa salah saya sampai harus begini...hemmm.. saya pegi ngaduh kat mak saya cakap :

ira : mamy kenapa arwah pakcik dengan nenek tu asyi tegur ira jak ne...sakit lah my nda tahan ira tau begini..kurang sudah ira ne makan..makan sikit jak ne..separuh tu kalo nda sudah tehabis kak kina yang tolong habiskan..my bolehkah suru arwah pakcik ngan nene tu jgn lah bah tegur2 ira...sakit ne my

mamy : na becakap lagi ira begitu rr...nnt bukan saja dorg arwah tu tegur..kalau setan ikut menegur baru ira tau..sakit tu ujian Allah..redho jak jangan cenggeng..kuatkan mengaji tu..adalah tu mungkin sebabnya..jaga kesihatan dengan solat tu..buat ibu risau jak tau..

***perasan tak ayat kat situ perkataan mamy ngan ibu...hehehe ada maksud bah tu..kalau sudah panggil mamy tu maksudnya adalah tu saya mau..hehehe

Usaha gigih

baru-baru ne saya ada post pasal akak saya kak kina..yang dia jual mahal kat lelaki suka dia tu...dah suka sama suka kan buat lah perjanjian kalau tidak mahu buat maksiat kan..hehehe
ternyata post tu abang saya yang sekarang yang tengah belajar kat mesir sebagai pelajar tahun akhir juga dia ada terbaca tentang tulisan saya tu..hemmm tidak sangka pula rupanya selama ni abang saya perhatikan blog saya...
malas lah nak buat crita ne kn..baik buat dialog senang sikit.. (ketara sangat pemalas)

malam lepas post pasal cerita kakak saya...abang saya terus call kata nak skype..waktu mesir ngan Malaysia senang sikit nak teka...kalo sini malam kat sana dah petang... hemm beginilah ceritanya


Asyraf : ha apa cerita kak kina?

ira       : cerita dia..bah macamlah abang baca d blog tu..

asyraf : sapa nama budak lelaki tu?.. ambik kos apa dia?.. universiti apa dia d mesir?

ira      : uina..kalo ku tahu ku tulis juga d blog tu...kak kina cuma kasih tau lelaki tu sekolah di mesir.. kak      kina nda pernah pun kasih tau nama lelaki tu dan d mana dia sekolah..kalo ira tau ira kasih tahu juga bang asyraf tolong cari budak tu hensem ke tidak..hehehe

Asyraf : tu lah abang tanya ne...kalo dia pelajar universiti al-azhar senang sikit abang cari..tapi kalo jauh dari ne tapi duduk mesir susah sikit la..

ira       : itulah tu..tapi sory bah bang..nda sdh ku ingat mau cerita dengan kau hehehe..terlupa rupanya ada pula abang ku sekolah sana hehehe

Asyraf : hemmm asalnya kau tu..kalo ada jak kau mau barulah kau ingat abangmu ne kan..nda pa begitulah kita kan..

perbualan ne saya matikan disini sebab yang lain tu menjurus kepada diri saya yang tak penting...
hemm kalau lah saya dapat tahu tentang lelaki yang kakak saya suka tu an..sennag sikit tanya abang saya suruh dia cari di sana...hisssh ne tidak..nama pun saya nda tau apakan lagi alamat fb n nama sekolahnya di mesir..bah sabarlah