Friday 21 December 2012

Fatwa Rokok





 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum merokok.Muzakrah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM mengikut pandangan islam kerana kemudaratan yang ditimulkannya.

Hujah menegakkan hukum

a) Rokok mengandungi pelbagai jenis RACUN
Fakta-fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg nikotin dan pelbagai bahan kimia yang lain.Setiap sedutan asap rokok sama seperti seseorang menghidu sebanyak 4000 jenis bahan kimia yang boleh memudaratkan badan

b) Rokok risiko bagi penyakit serius
Rokok bukan sahaja menimbulkan masalah kepada perokok,malah ia berada pada ranking keempat dalam senarai faktor bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia seperti risiko barah,penyakit jantung dan masalah pernafasan.Antara penyakit lain ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak, ulser perut, strok dan penyakit paru-paru

c)Fatwa Imam Al-Syafi'i
Imam al-Syafi'i telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya al-Um iaitu: "sekiranya mereka mengambil sesuatu (makanan,minuman atau sesuatu yang boleh dihisap,dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan,maka perbuatan itu jelas haram.(Ini termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian.Saya tetap memfatwakan ia adalah haram.Allah SWT mengharamkan (apa juga jenis) pembununhan kerana membunuh bererti membunuh diri sendiri.

sumber: Mohd Wahid Abd Hanif (SOLUSI)

Thursday 20 December 2012

MACHO Seorang SUAMI

Suatu hari,seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-khattab.Dengan wajah seribu harapan,wanita tersebut meminta khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

  'Wahai Amirul Mukminin.aku bukan bagi diriku dan bukan pula bagi suamiku ini.Bebaskanlah aku daripadanya,"ucap wanita itu penuh mengharap.

    Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu.Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai,kukuhnya panjang,janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

     Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu.Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku,memotong rambut dan menyisirnya dengan begitu rapi.Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

        Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali.Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya.Wanita itu terkejut kerana lelaki asing itu memeggang tangangnya lantas berkata "wahai hamba Allah,subhanallah!apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

         Melihat adegan tersebut,Umar ttersenyum lalu mejelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

          Dengan tersipu-sipu,wanita itu berkata kepada khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini.Akhirnya pasangan itu kembali dengan mesra bergandingan tangan

          Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada isteri.Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suaminya berhias untuk mereka,sebagaimana si isteri berhias untuk suaminya"Kata Umar mengakhirinya.

sumber :Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

Friday 14 December 2012

Jalan Perpisahan Mengeratkan Ukhwah (Part II)

setelah lelah, penat semua otot-otot ne mendaki bukit tengkorak
inilah masanya merenggangkan otot dengan cara berenang
apa lagi bila nampak laut terjun lah..hehehe

Ne baru daki bukit tengkorak belum lagi daki Gunung Kinabalu
penatnya saya pun tak tahu lah macam mana
mungkin skru-skru di lutut ne habis longgar lepastu tercabut
hahahaha...apa lah..
serius kalau tak biasa mendaki alamatnya berjam-jamlah ambil masa nak sampai puncak
tapi pasal di bukit tengkorak tu saya lupakan seketika
saya lebih fokus dulu ke resort mayuki ne...hehehe
jom sejukkan badan mandi waktu tengah hari ne...

 Trip To Mandi Manda




yang kayu dekat atas tu...sekarang dalam keadaan
baik pulih sebab roboh...kawasan tu adalah kawasan
melakukan aksi menjunam...ada tiga tingkat..

waktu roboh tu ada juga penjunam mati
tapi mati bukan sebab kena himpit..dengar
cerita mati sebab waktu sudah terjun orang tu
belum timbul dari air lalu ada orang terus terjun
lalu orang yang belum terjun tu tertimbus la kat dalam air
pengsan selama satu jam..setelah dijumpai disahkan
meninggal dunia..




semuanya tinggal kenangan bersama kawan-kawan seperjuangan
kenangan tersebut diletak dan disimpan dalam memori otak kami
gambar yang diambil ditatap untuk dijadikan sebagai bukti
bahawa kami memiliki kenangan yang tidak boleh di ungkap dengan seribu makna

Tarikh     : 13 Disember 2012

Tempat   : Resort Mayuki, Kampung Tampi-Tampi Darat,Semporna, Sabah. Malaysia

Masa      : 0930 a.m - 1410 a.m

Sahabat  : Ira, Ezan, Sima, Zunoor, Shanty, Norlin, Gylang, Zarith, 
                Eja, Azry, Farid, Najib, Kevin, Zulfadli, Jelita, Shafiq, Madsyah
               

Jalan Perpisahan Mengeratkan Ukhwah

hari ini merupakan perjumpaan kami yang terakhir kali
setelah selesai menduduki stpm hari kemarin (12-12-12)
6A Melur semua pakat hari ne jalan ramai-ramai satu kelas putar-putar semporna
perjalanan kami hari ne adalah pergi ke Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak dan Resort Mayuki
memang menyeronokkan la sehari bersama mereka...
hari ne semua orang sakai (sporting) betul...

Trip To Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak
 Di kaki Bukit Tengkorak
Bahagian daftar diri

Gerbang sebelum daki Bukit Tengkorak




perkarangan muzium Bukit Tengkorak

 Pondok perhentian pertama








kawasan penemuan artifak
Bukit Tengkorak

Wednesday 12 December 2012

love friends

alhamdulillah sekarang rasa betul-betul dapat bernafas lega
akhirnya beban yang tetanggung di otak ne terlerai juga
apabila 12 12 12 merupakan tarik terakhir saya peperiksaan...
alhadulillah syukur ke hadrat Allah semuanya sudah selesai...
rindu dengan bantal, tilam....rasa nak tidur sampai esok..
tanpa ada gangguan penggera alarm...hehehe

tadi dekat sekolah sempat juga lah ambil gambar walaupun cikit jak...
ne kira terakhir sudah la perjumpaan kami...
I LOVE MY FRIENDS

Mohd yusuf nor dan mohd lazim bujang silam





saya- Azri masamah dan norasimah adilon

fatimah zida dan noormilah sarabini


Tuesday 11 December 2012

Senyum seindah suria


hari ini merupakan temujanji ku dengan hospital pergigian
hari tu dapat panggilan sebab nak tempel gigi
tapi bila dah sampai sana lain pula
saya kena cuci gigi dlu baru buat temujanji baru untuk tempel gigi
biarlah yang penting gigi saya sihat..

sakit juga cuci gigi ne sampai keluar darah gusi
tapi hasilnya huhuhu tengok lah gigi saya
senyum seindah suria hahaha
bersih gila...tiada lagi yang namanya karang gigi...

jangan lupa buat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
bagi mengelakkan kerosan gigi


Sunday 9 December 2012

Sebiji Kuih Bom



Haa kuih bom ne ada sejarannya
bila lihat kuih bom jak ne saya trus ingat apa kemalangan yang berlaku

waktu tu, waktu rehat sekolah
kelas riuh rendah,kebetulah kawan pergi kantin
beli juadah,apalagi saya ponmalas nak naik turun tangga yang tiga tingkat tu
saya kalau nak naik turun tu berpikir banyak kali tu pon turun naik dalam keadaan terpaksa jak

Bila kawan saya dah sampai dari kantin kuih bom yang saya pesan tu dya lupa nak beli
eh bukan lupa beli tapi dah habis...
hemmm kebetulan kumpulan saya ne sibuk jak bercerita..
tetiba datang sorang kawan ne bagi saya kuih bom.
tapi kuih bom tu bukan Eja yang punya tapi Yusuf ke taw Farid saya pun tak pasti..

Bila dah kuih tu sampai di tangan saya,
waktu kuih tu saya buka da dari plastiknya
tetiba Yusuf mintak balik kuih tu
sebab farid tak bagi Ezan makan...
malunya saya...

sejak hari tu saya malu dah nak jumpa Yusuf...
kawan-kawan fikir saya jatuh cinta dengan yusuf sebab saya langsung tak tegur dya
senyum pun tak pa lagi nak tenguk muka dya..
saya buat macam tu sebab saya malu dengan dya pasal kuih tu...

haaa tu la bila nampak kuih tu
kawan-kawan pasti usik saya
 saya pun malu sendiri bila ingat peristiwa hari tu...

Saturday 8 December 2012

Serius Aku Takut

Sekarang tengah cuti sekolah...sebelum bermulanya 1 lagi kertas terakhir saya..
jadi ada cuti 6 hari ne sebelum sekolah balik...balik rumah la jumpa ibu
rindunya dengan orang rumah terutama sekali ngan ibu..
ira ngan ibu kalau sudah jumpa hemmm macam kawan semua hal ira cerita
satupun ira langsung tak da men tapuk-tapuk sebab ibu ne berfikiran terbuka dan setiap apa yang ira cakap
ibu pasti bagi nasihat dan pendapat yang boleh saya terima dengan hati terbuka

Ha...waktu di dapur la ira paling suka kacau ibu...hehehe
ada satu soalan yang selalu saya bangkitkan..ibu pasti jeling
hehehe kalau sudah iu buat muka begitu pa lagi...
makin suka lah hati ini mengusiknya..hehehe nakalnya

dialog ira ngan ibu..

"ibu ira rindu la ngan boyfriend ira ne...
esok nak bawa ira jumpa di pekan..
ira takut ne bu nak jumpa dya.."

hehehe nakal betul punya ayat...

"iyalah tu...satu hari cakap ira tu pasti jadi doa..
cakap lagi ya...nanti jatuh cinta baru tahu"

tersirap darah aku dengar ibu cakap...
tetiba terdiam terfikir apa yang ibu cakapkan tadi...
benda paling aku takut adalah jatuh cinta...
boleh dikatakan trauma juga nak jatuh cinta ne...

TRAUMA sebab tak sanggup alu hubungan percintaan cam orang lain..
aq "takut" satu hari jatuh cinta
kawan-kawan selalu cakap cinta itu kadang indah kadang MENYAKITKAN
abang saya pun bila sudah bergaduh dengan girlfriend dya
mula lah marah-marah di telefon bila habis bercakap tu lempar telefon tu pi dinding
adui na sayangnya iPhone 4s lagi tu...sayang betul...

Aku tidak nafikan terkadang aku rasa suka dengan seseorang
tetapi mengingatkan akibatnya
aku trauma untuk melaluinya
bukan itu sahaja
agama islam melarang kita melakukan cinta yang boleh melalaikan
aq takut jika bercinta nanti membuatku lalai...

Tips – 6 Petua Tangani Stress Secara Harmoni





Tenang. Damai. Aman. Tenteram & Bahagia.
Ia adalah hak milik semua insan.
Picture By Pengiran92 of LangitIalhi


Stress.
Bila sebut pun kita akan terasa tekanan dan himpitannya. Itulah penangan stress. Stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus dengan bijak dan betul.
Unik dan istimewanya kehidupan ini – ia diwarnai dengan pelbagai situasi dan keadaan. Salah satunya ialah stress, tekanan dan himpitan. Cuba banyakan hidup tanpa stress?
Kita akan menjadi bosan. Sekiranya hal ini berlaku, kerja dan produktiviti kita merudum , tidak proaktif dan menurun. Namun, stress ini perlu dibawah kawalan dan tidak boleh berlebihan serta membawa mudarat.
Sebagai muslim, kita benar-benar yakin segala ujian, musibah dan cabaran itu datang daripada Allah SWT. Imanlah yang akan menjadi tonggak utama kepada penyelesaian setiap stress yang kita hadapi. Bertitik tolak daripada inilah, kita harus tangani stress secara harmoni, penuh pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT. Ayuh kita semak, petua-petua ini :

(1) Ubah wajah Stress secara positif
Langkah paling awal ialah mengubah paradigm kita tentang stress itu sendiri. Katakan pada diri stress itu adalah sebahagian daripada diri, jiwa dan kehidupan kita!
Nescaya, kita akan rasai sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Minda positif dan cara pandangan yang baik akan membawa kepada cara berfikir yang mengharmonikan kehidupan ini. Sedarilah hakikat ini dengan merenungi firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.”
( Al-Ma’arij  70 : 19-21)

(2) Mulakan hari anda dengan AMAD!
AMAD? Macam nama orang pula? Boleh berkenalan.

A = Al-Quran
Ma = Mathurat
D = Dhuha ( Solat Sunat)
Hari yang dimulakan dengan AMAD adalah hari yang sangat tenang, bahagia dan mententeramkan. Ia berbeza dengan hari-hari yang berlalu tanpa AMAD ini. Kerana apa?
Hati, jiwa, perasaan dan sanubari kita berhubungan kuat dengan Allah SWT. Rabb yang melimpahkan segala ketenangan, cahaya dan kebahagiaan kepada manusia. Tiada hari yang lebih baik, mulia dan berharga daripada hari-hari yang jiwanya dekat dan hampir dengan Allah SWT.
Ingatkah kita dengan sabda Rasulullah SAW kepada Bilal RA yang bermaksud :

“ Wahai Bilal, tenangkan kami dengan solat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ayuh, AMADkan diri anda!

(3) Kemas, susun dan atur tempat kerja anda!

Kekadang kita stress sebab kita serabut! Pandangan mata kita diserabut dengan tempat kerja, kediaman dan suasana pejabat yang serabut.
Jadi, langkah paling praktikal ialah kemas, susun dan atur segala peralatan, kemudahan dan kerusi meja di temapat kerja kita. Kalau kita pelajar, meja belajar mesti berada dalam keadaan yang menyenangkan.
Kata boss saya : “Pastikan meja tip top!.”
Cuba lakukan, dan kemudian nyatakan perasaan anda setelah semuanya kemas, bersih, tersusun dan teratur. Kongsikan ya!

(4) Gunakan haruman yang menyegarkan
Saya pernah hadiri satu kursus pengendalian dan mengurus stress. Menariknya, salah satu cara yang diketengahkan dalam menghadapi stress adalah melalui aroma terapi bau-bauan.
Secara fitrahnya, bau yang wangi, harum dan sedap dihidu dapat memberikan ketenangan, kedamaian dan keharmonian kepada jiwa. Kerana itu juga, salah satu perkara yang dicintai oleh baginda Rasulullah SAW adalah wangi-wangian.
Saya cuba mengamalkan kaedah ini. Di bilik kerja, kediaman, kamar tidur dan di dalam kereta saya akan letakan satu wangian yang dipanggil lavender. MasyaAllah – kehidupan saya semakin nyaman dengannya.
Anda ingin cuba? Saya syorkan. Cubalah dengan wangian yang selesa dan sesuai dengan anda. InsyaAllah, itu ikhtiyar kita.

(5) Kikis dosa, bintik-bintik hitam di hati dengan TIM!
Salah satu, kesempitan dan himpitan hidup adalah akibat perbuatan dosa. Dosa akan menyebabkan kita diburu oleh perasaan bersalah dan terus bersalah. Akibatnya, stress hadir tanpa kita sedar.
Oleh itu, kikis dan buang dosa-dosa yang melekat dalam jiwa kita dengan TIM. Apa pula ini?

T = Taubat
I = Istighfar
M = Muhasabah
Kesannya? Kehidupan kita menjadi luar biasa. Hati tenang, jiwa tenteram dan nurani begitu damai. Lihatlah ahli-ahli taubat, mereka menghirup keharuman taubat di awal-awal pagi dengan solat taubat dan akhirnya terpancar ketenangan di wajah mereka yang penuh berseri.
Tidakah kita teruja untuk menjadi seperti mereka?

(6) Kurangkan Gossip dan menjadi penunggu Gossip
Akhirnya, langkah ini adalah langkah yang tersukar. Gossip, kata-mengata, menyebar fitnah atau budaya mengumpat tumbuh subur di kalangan manusia. Realitinya, ia berlaku disemua tempat, kedudukan dan masa.
Gossip adalah suatu perbuatan yang menyeronokan jiwa. Sekali terkena, kita akan ketagih. Menjaja keburukan, keaiban dan kesalahan orang lain sememangnya selari dengan kehendak hawa nafsu. Tetapi, ramai yang tidak sedar kesannya kepada keharmonian jiwa?
Kita akan bersangka-sangka buruk kepada sesiapa sahaja.
Hati kotor dan semakin hitam kerana sebar gossip adalah suatu dosa.
Gossip memang best, seronok dan mengasyikan kerana ia disukai oleh jiwa manusia yang busuk.

Kerana itu, tanda jiwa kita bermasalah dan stress – kita sukakan dosa. Dan salah satunya ialah menjaja gossip di mana-mana. Justeru, jika terasa amat-amat tension, tertekan dan sebagainya : tanyalah dalam hidup anda, adakah aku ini penggosip yang tegar?
Anda setuju?

Penutup : Hiduplah Dengan Hembusan Ketenangan
Jika dilihat balik, kita sebenarnya punyai pilihan sama ada untuk hidup dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan yang penuh ketenangan.
Kita diberikan pilihan.
Tiada siapa pun boleh memaksa kita.
Terpaksa, dipaksa atau sebaliknya – semuanya terletak dibahu kita semua.
Kita punyai hak untuk merasai ketenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada semua manusia. Ketahuilah, ketenangan adalah hak milik semua insan!
Jadi apa lagi, sama-sama kita urus stress dengan harmoni!
——-


Sumber :  http://langitilahi.com/10825

Friday 7 December 2012

Tadi dapat panggilan dari Hospital Pergigian
nampak jak nama Dental Hospital tertera di skrin telefon bergegar juga saya
tapi tetap juga nak sambut mana tahu dapat berita gembira kah...hehehe
Hemmm rupanya saya dapat temujanji yang saya ada
temujanji hari selasa tanggal 11 Dis 2012 tempel gigi

Haa temujanji ne pasti kes jumpa doktor...
sebenarnya saya jerak dah nak jumpa doktor
trauma habis gigi di cabut...
tapi kali ne tempel gigi..kawan saya cakap sakit juga tempel gigi ne...
pa pun demi kebaikan gigi saya semua penghalang redah je
pa palah yang jadi di  Dental nanti...saya tak kesah...
tapi klo boleh jangan lah bagi jumpa budak dua tu...nanti ada kes laik...
saya tak mahu lagi dengar pasal dorang bah...

apa-apa pun jumpa nanti hari selasa...
cerita-punya cerita saya tunggu jak la..
tapi kali ne munkin saya nak minta teman dengan abang saya
sebab semua kawan-kawan saya pasti sibuk belajar
kan tanggal 12 Dis 2012 tu kertas peperiksaan kami yang terakhir
jadi saya tak mahu la gangggu dorg


Jodoh drpd SYAITAN
awak dan dia bercinta dan semasa bercinta , awak berpegang tangan dan terus melakukan maksiat sehingga dia mengandung

Jodoh drpd JIN
awak suka pada dia tapi dia pula sebaliknya lalu awak menggunakan bomoh untuk mendapatkan cinta daripada dia

Jodoh drpd ALLAH
awak dan dia bertentang mata dan terus awak meminang dia dan dia menerima awak. InsyaAllah jodoh itu berkekalan sehingga ke akhir hayat dan itulah yang dinamakan Syurga Cinta

Thursday 6 December 2012

Kenangan Persekolahan

13 Disember 2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan sahabat yang kini di bangku sekolah
tarikh tersebut menyatakan bahawa itulah tarikh bahawa aku dan rakan seperjuangan harus berpisah dengan membawa haluan hidup masing-masing. Bukan itu sahaja yang harus kami tempuhi, kami berpisah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa. Agak berat juga hati ini berpisah terutama sekali dengan rakan karib saya iaitu sejak dari Tingkatan 1 lagi memang dah sama-sama,tempuh suka dan duka zaman persekolahan bersama, bercuti persekolahan bersama-sama. Namun inilah erti sebenar kehidupan bertemu dan berpisah merupakan rona kehidupan sebenar

Zaman persekolahan merupakan zaman terbaik dalam hidupku. Jika bersekolah tak payah fikir soal wang ringgit dan masalah girlfriend boyfriend special ne. Yang kita tahu main dan belajar sahaja. Tahun depan usia ku sudah menjangkau kepada 2 iaitu 20.Sebelum usiaku 20 tahun banyak hal yang telah ku fikirkan untuk menempuhi masa hadapan.

Aku berfikir bagaimana nasib ku kehadapan,apakah aku sudah di alam pekerjaan, menuntut di IPTA/IPTS. Soal jodoh taw pasangan hidup mungkin masih awal bagiku. Namun usia 20 banyak hal yang belum ku kecapi sehingga aku harus memikirkan soal jodoh.Sejak di bangku sekolah aku tidak ingin ada ikatan istimewa dengan seseorang yang boleh orang faham.Aku ingin hidup dalam persahabatan.Jika ada yang jentik hati ne, haaa tu musuh utama hehehe. Namun di usia ku mendatang aku harus matang untuk mencari pasangan hidup. Itulah mengapa ku katakan usia mendatang membuatkan kita untuk berdiri menggukan kaki sediiri tanpa ada bantuan dari orang lain lagi.

Nmau inilah realiti hidup yang harus ku tempuhi, harus ku jalani bersendiri dan hanya mendapat dorongan orang sekililng tetapi aku yang akan menggerakkannya. Aku paling rindu dengan pakaian sekolah ku walaupun hanya menuntut di sekolah baru selama 2 tahun.namun banyak hal yang membuat ku susah untuk melepaskannya... :(

Pakaian rasmi pada hari selasa dan jumaat sahaja

 Pakaian rasmi pada hari Isnin dan Khamis
pakaian pada menghadiri mana-mana seminar juga

Pakaian pada hari Rabu, Sabtu dan kelas Tambahan
Baju paling saya minat simple tak payah gosok (^__^)

Selamat Hari Jadi

Just for a both...
selamat hari jadi buat abang Azhar dan Irdina(anak buah)
kali ne meriah sikit la juga sebab sambut ala sederhana
tak seperti biasa ada majlis seperti ne
semua sibuk berkumpul 
buat BBQ la makan kat anjung rumah la..
memang lebih meriah la

Tapi oleh kerana kali ne
cuti sekolah semua tak kumpul
jadi sambut sederhana la

dan yang paling baik lagi
kek untuk kali yang pertama 
seumur hidup Ira 
Ira buat dan hias kek sendiri
sebab Ira jak yang ada masa
yang lain masak di dapur...

hehehe corakan saya yang pertama waktu buat kek
biasa lah pilih warna kegemaran (Ungu)




Haa sekali letak coklat tabur kat atas kek
rasa cam jadi kek hancur pun ada
ne bukan cadangan saya...kakak-kakak saya yang cadangkan



P/S : ucapan terbaik untuk hari jadi mu adalah
selamat meniti ke alam kematian...
jadi fikir-fikirkan lah
usia bukannya semakin muda
malah usia membuatkan kita agar lebih mencari
erti kehidupan yang sebenar...

Tuesday 4 December 2012

Amanah bukan Penghargaan

Mendapat anugerah sebagai "Anugerah Pelajar Berdisiplin 2012"
alhamdulillah dapat juga anugerah tersebut walaupun tidak pernah terfikir akan merangkulnya
namun bagiku itu bukanlah satu penghargaan tetapi anugerah tersebut merupakan satu "amanah"
amanah yang harus ku jaga sebagai satu tanggungungjawab seorang pelajar contoh

Selama mendapat anugerah tersebut
setiap langkah dan gerak geriku sering menjadi perhatian ramai
bukan sahaja dari kalangan pelajar sekolah tetapi turut menjadi perhatian para guru
bukan sahaja guru Pra-U tetapi turut menjadi perhatian dari barisan guru Perdana

bagiku aianya cukup membebankan bagiku
namun itulah namanya rezki apabila aku harus menjadi contoh kepada adik-adik semua
Haaaaaa kenapa adik-adik?
sebab saya merangkul anugerah tersebut khas diberikan kepada pelajar Pra U2 sahaja (6Atas)
Sewaktu mendapat anugerah tersebut aku bukan sahaja menjaga nama baik ku
akan tetapi aku turut menjaga nama guru disiplin aliran Pra-U
menjaga nama kelasku

Syarat mendapat anugerah tersebut ialah
pelajar yang dahulunya banyak masalah disiplin (6Bawah) tetapi telah berubah apabila sudah berada di 6Atas
dan
pelajar yang merosot keputusannya turut menunjukkan peningkatan dalam akademik
aku bersyukur kerana terpilih...
kerana anugerah ini susah untuk dimiliki..

Terima kasih kepada badan disiplin terutamnya guru disiplin aliran Pra-U
kerana memilih saya menjadi contoh kepada pelajar lain...
anugerah ini bukanlah penghargaan tetapi amanah yang harus saya
bawa kemana sahaja selagi berelar pelajar..

Sunday 2 December 2012

Nasi sudah menjadi Bubur

Kerana perasaan mara yang melampau,sakit hati
boleh menyebabkan orang yang tersakiti buat perkara bodoh di luar kewarasan akal...
aku tidak pernah terpikir untuk membuat perkara terkutuk tersebut..
kerana kata-katanya yang buat aku sakit hati,
aku sanggup buat perkara yang langsung tidak pernah ku fikirkan...

tapi aku tidak berniat untuk menyimpannya terlalu lama
aku tahu jika aku menyimpaan hal ini,
satu hari nanti pasti benda ne terkeluar sendiri...
mengambil hak orang yang bukan milik kita membuat aku rasa takut,
kerana ini hal pertama yang aku lakukan selama aku hidup...

Setelag hal ini terkeluar oleh abang ku sendiri,
abang yang paling ku takuti di rumah ne membuatkan hatiku berasa gementar
kerana aku takut dia melenting ka tak tentu pasal
marah aku,pukul ka kerana amarahnya yang terlampau,
semua mula berlega di mindaku...

tetapi setelah barang tersebut dijumpainya,
dan dia berbincang baik-baik dengan ku
membuat aku merasa lega,aku mula merubah persepsi tentangya
dia bukanlah sejahat yang ku pikir,dia bukanlah orang yang kuat marah
hanya kerana dia pendiam dan serius membuatkan aku memikirkan bahawa dia itu jahat..
ternyata dia baik orangnya...

aku tak kisah benda tu dah dijumpa,
kerana aku tak tahu dimana lagi nak sorok dia
jauh sekli aku berfikir bahawa aku ingin memilikinya
kerana ku tahu itu tidak baik jika barang tersebut bukan dari titik peluh kita

Abang zahar ada cakap,
dia tak pikir saya orang macam tu
dia kenal jua ira ne macam mana,
tapi bagitu hanya lah kata-kata untuk menyenangkan hatiku...
tapi aku tak kesah walaupun sekarang aku lagi bersedih

aku bersedih kerana kenapa hanya sakit hati aku dapat melakukan perkara bodoh tersebut
kenapa aku tidk berfikir bahawa hal ini serius
aku menganggap perkara ne hanya sementara
dan apabila sudah berlaku inilah akibatnya...

ini merupakan satu pengajaran buatku...
jangan hanya sakit hati aku sanggup buat perkara bodoh seperti itu lagi
cukuplah ini sebagai pengajaran buatku
berfikir sebelum bertindak...

dulu sebelum melakukan perkara tersebut aku sempat berfikir
biarlah orang nak cakap apa
yang penting aku puas hati...
dan bila hal tersebut sudah diketahui
aku juga sendiri yang tangggung malu..

nasi sudah jadi bubur...
sampai bila-bila orang akan ingat kita ne siapa
melalui hal yang pernah kita lakukan..
jangan buat perkara bodoh lagi... ^__^

Saturday 1 December 2012

Selamat Mendirikan Masjid

Hari bertepatan dengan tarik keramat iaitu 01 December 2012
saya wakil dari sahabat-sahabat bekas pelajar SMK Kabogan 5 Jujur (2010)
mengucapkan selamat pengantin baru buat cikgu alias guru kelas tingkatan 5 saya
Cik Nurfaizah binti Dulah dengan pilihan hatinya...kami doakan semoga perkhawinan cikgu tersayang
berkekalan hingga akhir hayat...dapat anak secantik semacho cikgu dan suami..
soleh dan soleha...amin...moga cikgu bahagia dunia dan akhirat
Kami semua sayang cikgu ...jasa cikgu begitu banyak pergorbanan dalam mendidik kam agar berjaya di dunia dan akhirat...amin Saya dan Kami semua sayang dengan cikgu...Jauh di mata dekat di hati

Cik Nurfaizah Binti Dulah

Istanbul Aku Datang

Sekarang tengah tengok filem #Istanbul Aku Datang...
waktu filem ne ditayangkan di kaca tv...dengar jak tajuk filem tu Istanbul Aku Datang
tiba-tiba sahaja teringat dengan seorang sahabat facebook yang begitu baik hati...tengok wajah dia pon memang orang baik-baik...

saya ingat dia sebab sebelum kemunculan filem ne...dia ada travel pergi Istanbul..muat turun la gambar di facebook dengan tajuk Istanbul Saya Datang..tersentap juga la...dalam fikiran saya,
mungkin sewaktu dia pergi bercuti ke istanbul tu...penggambaran filem ne waktu dorang bercuti..jadi dia ambik tajuk dari filem la tu...

Kalau tenguk filem ne saya mesti ingat dengan dia..dia kawan saya di facebook yang paling baik..sebab tu lah saya sayang dia macam mana saya sayang sahabat-sahabat saya yang lain...filem ne kalau muncul saya pasti ingat dengan dia...I Love my friends..

istanbul aku datang
ne gambar saya ambik dari fb kawan saya bukan dari filem tu

haa tu kawan facebook saya...