Thursday, 31 October 2013

Lelaki Tolong Jadi PELINDUNG Wanita

Hari ini merupakan sejarah hitam buat kehidupan sahabat ku, Sedih juga dengar bila keluar pergi date dengan pakwe baru, tak sangka pula pakwe dia yang ni jenis kaki ambil kesempatan, Ya Allah, takut aku dengar cerita dia. Nasib baik la kawan aku ne jenis yang gengster sikit, jadi susah sikit lelaki nak ambil kesempatan keatas. Namun aku tetap takut bila dengar ternyata hidup juga lelaki jenis ni dalam dunia, walaupun dia sahabat kita, sahabat yang boleh kata, kita dah boleh percayakan dia, namun itu semua hanya mampu mengaburi mata kita sebagai seorang wanita. Tidak semua lelaki mampu jadi pelindung, tidak semua lelaki yang iklas berkawan dengan perempuan, tidak semua lelaki itujujur dalam menjalinkan hubungan, mencari sisi lelaki yang baik itu payah. Tidak mudah mengecapi kesenangan dalam hidup, semua itu perlu ada ujian.

Dulu aku beranggapan bahawa setiap yang bernama lelaki itu adalah pelindung, lelaki yang berada disisi perempuan itu, mampu melindungi seseorang perempuan daripada anasir-anasir jahat. Aku berfikir begitu, kerana selama ini, aku hanya berhadapan dengan lelaki baik-baik. Lelaki yang mampu melindungi aku sebagai perempuan. Sebagai contoh abang- abang aku sendiri, Bila keluar rumah mereka tetap ada di sisi. Bila dekat sekolah, aku di kelilingi oleh sahabat lelaki yang betul-betul melindungi. Namun perspektif terhdap lelaki mula berubah, bila suatu peristiwa kelabu menimpa diri sahabatku. Lelaki tdak emua yang mampu jadi pelindung, yang ada malah ambil kesempatan, 

Aku paling tidak tahan dengan bila sahabat aku cakap, lelaki tu pegang-pegang dia, walaupun sahabat aku dah tumbuk, ketuk kepala dia, tubuk dada dia, namun dia tetap ingin sentuh kawan aku. Malah sempat lagi cakap dia tengah "stim", memang betul-betul nka mati katak mamat ni. Dia tidak malu kah cakap benda tak senonoh tu dekat perempuan. Takkan dalam hidup ni dia dah tak da kemaluan langsung sampai sempat cakap benda-benda macam tu. Dah banyak kali kena tumbuk, tetap juga minta CIUM, memang nak jak aku tembak bagi dia mati katak. Geramnya, ne lah satu-satunya lelaki yang boleh menghancurkan dan mencemarkan nama sesetengah lelaki yang baik. 

Serius jadilah PELINDUNG terhadap wnaita, jangan sesekali ambil kesempatan, hargai wanita seperti mana kamu melindungi ahli keluarga kamu, adik akak perempuan atau mak. Aku takut.

Ladang Hari Terakhir

21/10/2013 merupakan tarikh keramat, itu tarikh penutupan untuk subjek Ladang.
Sedih juga berpisah dengan pensyarah yang terlalu baik, sayang lect. hehehe



Fiqah

Ca'un


Pensyarah Tercinta
En. Nas

Akma


Yang ne bukan pokok jagung aku tau,
ne pokok jagung Wani yang patah di serang kera
hehehe

ne baru jagung aku hehehe



Afiq dan Mamy


Fidot, zul n Shaz


Saturday, 26 October 2013

Aku nekad nak duduk hostel

Sebelum nak habis sem ni, kolej mula heboh, bahawa kami kena cari rumah sewa untuk duduk sem depan.
Aku pun apa lagi mula kusut la, tak ingin aku duduk rumah sewa kalau tak sehati sejiwa. Yang ada ni pun member sebilik tu pun hanya 3 orang jak, takkan nak duduk rumah sewa RM 500 untuk 3 orang, parah nak bayar tu.

Syukurlah semalam En. Fazli buat rawcall nak bagi taklimat sikit sebelum habis sem. Rupanya kami masih boleh duduk hostel sem depan sebab pengambilan pelajar untuk hujung tahun ne tak lah ramai mana pun.
syukurlah dapat duduk hostel, aku dah lah tak suka tengok rumah serabut, apatah lagi bilik, kau malas nak tegur nanti semua makan hati, penat-penat balik dari kelas kalau tengok bilik behabut tak besapu ka, aku tetap sapu walaupun penat, sebab aku malas nak sound. Sekali aku marah, aku takkan bersuara, aku lebih suka diam, sebab kalau aku bersuara, aku tak boleh kawal perasaan aku juga yang nangis.

Memang betul aku manja, tapi family aku jak lah yang tahu, aku tak bagi tunjuk dengan orang lain, depan orang aku nampak macam biasa jak, walaupun sebenarnya kau lemah. hehehe. Dah memang orang tua aku manjakan kami adik beradik. Mak abah tak pernah sentuh atau pukul kami. Oleh itu aku benci orang yang berani naik tangan dengan aku tanpa sebab. Apatah lagi abah, nak marah pun, abah tetap tegur cara halus dan tak pernah nak herdik aku ngan adik beradik.

Jangan heran kalau cepat sangat menangis kalau ada masalah, tapi aku akan mudah tersentuh bila orang bercakap dengan nada marah. aku memang cepat sentap. hehehe

Study Week 2013

Final exam



Mula minggu depan 25 Oktober hingga 05 November akan bermula lah minggu "study week"
Saya akan mula exam pada 06 November hingga 18 november 2013 ni, tak tahulah macam mana
aku paling risau subjek Kimia takut tak boleh bawa. Apa-apa pun kena usaha juga dan paling 
penting jangan lipa solat tau. hehehe

Shake ke Laptop

Adoiii laptop aku ne dah nak hangkang jak aku tengok, entahlah nak cakap apa, ikutkan hati dah lama aku letakkan dia ne dalam Kedai. Tak kesahlah berapa pun, yang penting dia jangan kasih serabut kepala ku ni.
Tapi syukurlah aku kenal seseorang ne, walaupun tak kenal sangat dan teramat, hanya kenal dekat laman maya jak, entah lah macam mana aku boleh percaya dekat dia.. hemmm mudah0mudahan lah dia orang baik

Kebetulan masa chat dengan dia, aku boleh ingat pula dia tu pernah ambil bidang multimedia, tu yang terbuka topik pasal laptop nak rosak ne. Padahal aku baru jak hantar pergi kedai bagi format. Ajar punya ajar macam mana nak bagi okey dia punya windows ne, dan banyak kali aku cuba, sampai dah nak highblood buat benda ne. Aku ambil langkah seleanjutnya nak hantar la, tak payah nak susahkan diri dan orang lain.

Syukur alhamdulillah lah juga orang tu baik hati, tak nak bagi aku hantar laptop ne pergi kedai. Dia menawarkan diri nak baiki. hehehe orang dah bagi rezki jangan di tolak, tak baik hehehe.

Relex Bah..

Sedih hemmm tidak taulah nak kata apa
Aku baru tahu pinjaman pendidikan aku tidak lulus dan di nyatakan sebagai tidak layak,
sedih lah juga, walaupun ibu bapa aku mampu bayar, tidak semestinya mereka kena bayar
harga satu sem 1 pengajian aku sebijik dengan harga laptop aku
RM 3800 tu, banyak gilak tu kalau bayar sendiri..

Walaupun keluarga aku mampu bayar tapi, aku sedihlah banyak sangat aku guna duit untuk tahun ne
Call mak hari itu, mak cakap berhenti jak lah, cari sekolah lain
Aku tahulah kolej aku ne tidak sehebat IPTS yang lain, yang mewah,tapi aku dah sebati dengan kehidupan pertanian di sini, kehidupan yang cukup sederhana dan kurang sangat pengaruh sosial kehidupan remajah. Mak aku bertegasagar aku berhenti untuk sem2 nanti. Aku buntu, takkan aku nak bangkang cakap mak aku pula kan, mahu atau tidak aku kena lah ikut juga. Tapi aku tetap cari usaha macam mana nak kekal belajar dekat sini. 

Akhirnya aku bincang hal ini dengan abang aku, alhamdulillah abang aku sokong pendapat aku, bincang punya bincang mak aku izin kan aku habis belajar di sini. Syukurlah ada abang yang boleh di bawa bebincang. 

Sunday, 13 October 2013

Kini 2o Tahun

Hari ini 13 OKTOBER 2013 aku genap berusia 20 tahun,
pejam celik pejam celik tidak sedar ternyata usia makin meningkat namu perangai tetap tidak matang, tapi tidak apalah yang penting masih boleh berfikir dengan waras bah kan hehehe,

Terima kasih buat semua sahabat facebook, twitter dan wechat yang ucap selamat untuk aku.. Maaf aku sendiri tidak ingat yang hari ini adalah hari jadi aku.

Doakan aku agar tetap menjadi sahabat korang yang terbaik,
sentiasa ada bila susah dan senang.

Tapi yang sedihmya Mak sendiri tidak ingat hari ini,
aku fikir mak ingat, sebab hari lahir akak mak ingat,
tapi tidak apalah, dahtua kan mak saya tu yang semua anakdia, mak tidak ingat hari lahr
hidup perlu diteruskan hehhee
,

Sunday, 29 September 2013

Kami Sahabat KRISM

Ini kisah kami, kami pantang berjumpa mesti riuh dekat kolej tu. Walaupun tidak semua ne satu kelas dan satu kumpulan, kami tetap berhubung lepas kelas jumpa.hehehe hanya saya sorang sahaja yang asal dari negeri di bawah bayu, kawan-kawan saya semua ada kawan masing-masing asal senegri. Paling besar adalah orang negeri utara iaitu kedah dan johor.Mereka ialah,

Fatimah,Shatirah, Ain, Farah Nabila, (kedah)
Ida, (Perak)
Fiqah (Johor)
Aini dan Akma (Melaka)
Ira (Sabah)














Friday, 27 September 2013

English Day KRISM 2013

Lokasi : C3, KRISM, Melaka

Tarikh :  25 September 2013

Masa  : 8.30 a.m. - 07.00 p.m.

Ahli    :  Semua warga KRISM, Melaka

Program : English Day '13 dan Aspirasi Gemilang '13