Friday 31 January 2014

Personal Assistent

Tabah jak la, dapat kawan jenis macam ni, hari-hari kena lapor jadual kelas dengan dia. Tapi aku bersyukur dapat kawan jenis macam ni, mengajar aku agar lebih peka terhadap sesuatu perkara. Benda yang sepatutnya aku lupa boleh aku ingat semula. Dengan cara dia tanya aku, jadi aku baru ingat benda tu balik. Ynag penting jangan kita fikir negatif andai dia berkata sedemikan. Contoh dia gelar aku PA, bagi aku tabah jak la, itu hanya gurauan bukan dia berniat untuk menjadikan aku sebagai kuli atau hambanya. Andai kita berfikiran positif terhadap sesuatu perkara tu, percaya tiada benda yang boleh di gaduhkan, benda tu akan menjadi sebagai gurauan sahaja. Hidup bersahabat ni, kita kena peka terhadap semua benda, sahabat ni jenis banyak bergurau dalam hidup, jadi janganlah ambil sesuatu prkara itu, sebagai satu kejian atau hinaan.











Aku bersyukur dapat kawan seperti mereka, maklumlah mereka lebih berpengalaman daripada kami, banyak ilmu yang kami perlu tuntut dari kami. Dapat senior seperi mereka ni dah kira bersyukur walauun kadang-kadang malas juga dengan sesetengah senior yang selalu buat bising dalam kelas. Tapi walaupun mereka ni jenis kaki bising, tapi mereka langsung tidak pernah buli kami sebagai junior. Mereka tetap hormat kami, dan kami pun tetap hormat mereka sebagai lebih tua dari kami.







Bersyukur itu Indah

Hem, terbelek-belek semula sijil-sijil sekolah, ternampak satu sijil yang begitu berharga bagi aku, walaupun usaha aku tidak sekuat mampu jadi usaha yang aku lakukan setimpal dengan keputusan yang aku dapat.

Tahun 2012 mencatatkan sejarah, aku menduduki STPM, dan tahun 2013 mencatatkan keputusan STPM keluar. Dengan pointer 2.8 bagitu kurang melayakkan aku untuk menempatkan nama di IPTA. Aku berfikir sejenak, apakah sijil ku ini masih lagi berguna, sebab kini aku menuntuk di sebuah IPTS dalam jurusan Diploma. Bagi aku Diploma dengan STPM itu sama sahaja tarafnya. 

Aku berpendapat, mungkin bukan rezki ku untuk berada di IPTA, mungkin ada hikma yang baik bagiku bila berada di IPTS. Hidup ini jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang, aku yakin, apa pun kita lakukan dengan iklas semuanya menjadi indah. Aku sentiasa berpengang dengan kata-kata seorang penulis buku iaitu Hilal Asyraf "Mari menjadi Hamba". 

Bila kita rasa diri kita ini tidak cukup sempurna tanpa bantuan Allah, kita akan sentiasa mengharapkan kebaikan daripada Allah. Bila kita sujud menjadi hamba kepada Allah, aku yakin semuanya pasti berjalan lancar apabila kita sudah berusaha semampu yang mungkin, segalanya pasti kita serahkan kepada Allah untuk memberikan hasil yang terbaik. Oleh itu, aku redha dengan jalan hidup aku sekarang, ambil diploma pun bukannya hina sangat kan, daripada ada orang tu, bulan jatuh ke bumi, tanpa mencari jalan keluar, adalah perkara sia-sia. Maksud aku, bila dah tahu keputusan STPM yang ada tu kurang melayakkan kita masuk ke IPTA lebih baik cari jalan lain, daripada membuang masa duduk rumah tunggu panggilan IPTA yang belum pasti.

Thursday 30 January 2014

Kawan kan banyak jenis

Tabah jak la, kawan kan banyak jenis, harapkan pagar, pagar makan pagar.
Oleh kerana aku yang paling tua dalam kumpulan tu, haruslah mengalah, dah malas nak tanya itu ini, lagi kalau dah tolak benda tu mentah-mentahkan, faham-faham jak lah dorang tak ak benda tu.
Kadang-kadang aku malas nak bercampur, tapi bila fikir balik, sampai bila aku nak lari, hanya dorang jak lah kawan-kawan aku. Aku dengan Fiqah kenalah banyak bersabar. Orang ni semua benda nak di suapkan termasuk aku lah juga, kalau dah ada orang lain yang maju kehadapan, buat apa nak sibukkan diri nak kehaapan, dorang jadi wakil pun jadilah. Itulah manusia. 


Kawan kan banyak jenis

Aku Benci Kau La, Mamat Sot

Aku benci lah, 
setiap kali nama kau di sebut, mesti di kaitkan dengan aku.
apa masalah kau sebenarnya ni, sampai aku terbabit dalam masalahmu.
Aku kenal kau pun tidak, kau kenal aku pun aku tidak tahu macam mana.
Tolonglah, hentikan semua ni, aku penatlah dengan semua permainan orang. Apa aku buat sampai aku harus ada sangkut paut dengan kau ni.

Aku harap benda ini, tidak berlanjutan sampai akhir sem ni.
Aku malas nak fikir benda yang langsung tidak bagi faedah pada aku.
Jadi aku mohon dengan kau, harap hentikan semua permainan yang langsung boleh merosakkan nama aku.

Tuesday 28 January 2014

Maaf, Saya tidak kenal AWAK.

Aku tak faham lah. Asal sebut nama dia jak mesti kaitkan dengan aku, Apa kaitan dia dengan aku. Aku langsung tidak kenal siapa pun dia. Bercakap dengan dia pun hanya sekali dua, nak kenal lebih-lebih tu maaflah aku tidak berminat. Tapi aku pelik lah, asal nampak dia jak, lapor dekat aku, asal mesej dengan dia mesti lapor dengan aku. Tolonglah buag tena kamu jak kasih tahu aku benda mengarut ni, aku langsung tidak berminat dengan dia.

Aku nak kehidupan aku yang dulu, bebas tanpa di kaitkan sesiapa pun. 

Monday 27 January 2014

Up Lagi huhu

Alhamdulillah di kurniakan orang tua yang saling memahami kehidupan anak-anaknya. Dikurniakan abang dan kakak yang sering jadi tulang belakang selama aku berada dalam ujian Allah. Malah pinjaman yang tidak tahu keputusan dia entah luluh atau tidak, tapi doakan semoga kali ni lulus lah pinjaman tu. Duit makan sepanjang belajar mak bapa yang tanggung. Untuk sem ni, mak bagi up sikit duit makan, tapi bagi aku itu dah lebih kepada mencukupi. Walaupun duit makan dah up sikit, istilah JIMAT tetap aku amalkan, Sifat aku yang kuat melancong, melawat tempat-tempat pelancongan, telah aku kikis sehabis mungkin. Selagi aku rezki tidak banyak, tekad jelajah sana jelajah sini aku tanam dalam-dalam. Satu hari nanti akan ku pergi tempat yang aku inginkan.

Mak Bapa tidak halang niat aku untuk menjelajah mana-mana tempat di semenanjung ni, yang penting pandai jaga diri. Kuncinya penting jaga diri. Namun walaupun mak bapa mampu bagi wang jalan-jalan aku tetap tekad untuk tidak BOROS. hehehe.

Aku dapat seorang kawan in,dia senior aku. Kursus kami mengalami sedikit masalah kewangan. Namun saya suka cara dia motivasi orang, dia berfikiran kehadapan, dia tidak berputus asa, dengan cara berhenti kolej, dia tetap teruskan, walaupun dia tidak dapat cover duit yuran, dia cakap boleh kerja part-time weekend nanti. Saya suka cara dia berfikir. tiada masalah yang tiada jalan keluar.

Love Member Dip.

Alhamdulillah. Sambung belajar dekat sini, tidak lah seteruk mana, tidak semua benda di lihat dari sisi buruk. Dalam bilik, hadiah terindah yang aku dapat adalah, dapat rakan sebilik "roomate" yang begitu baik hati, tidak ambil hati sangat, walaipun kadang kala ada juga yang terasa kan.Tidak berat tulang, tidak kedekut. Memang aku dapat roomate yang terbaik lah bagi aku. Syukur alhamdulillah, dalam kesusahan Allah sering hadiahkan aku sahabat-sahabat yang baik hati. Saya SAYANG Roomate saya.
Fath "Fatimah"
Aisyah "Susylawati"
Min "AzminHadyrah"
Shat "Shatirah"
Suzy "Suzyana Akma"
Tasha "Natasha"

Dalam kelas, aku di hadiah anugerah terindah juga, syukur Alhamdulillah. Sahabat dalam satu kelas, semua baik-baik belaka, dari junior hingga kepada senior. Terutama sekali dapat senior yang tidak sombong dan bukan kaki buli, malahan sering membagi motivasi kepada kami yang baru menginjak kaki ke alam Diploma. Sahabat paling baik lah dengan ira adalah Fiqah, kehulu kehilir tetap bersama. susah senang tetap bersama. 

  1. Fiqah
  2. Wani
  3. Majidah
  4. Fatin
  5. Anis
  6. Shazleen
  7. Shaqirah
  8. Syahirah
  9. Ayu
  10. Amalina
  11. Adawiyah
  12. Ana
  13. Farhana
  14. Hafizoh
  15. Farhana
  16. Munirah
  17. Wana
  18. Ila
  19. Ca'un
  20. Shafiq Baharom
  21. Azhar
  22. Arif
  23. Satria
  24. Nuar
  25. Shafiq Zainal
  26. Nizam
  27. Afiq
  28. BS
  29. Izat
  30. Acik
  31. Azim
  32. Bob
  33. Jack
  34. Arif
  35. Muaz
  36. (Sorry saya tidak tahu nama)

Kawan-kawan yang rapat dengan saya juga tidak lupa sekalung budi mereka sebab sudi menjadi sahabat saya.
  1. Akma
  2. Abell
  3. Yumni
  4. Ummi
  5. Suraya
  6. Abell
  7. Aini
  8. Ain
  9. Fitrah
  10. Isya
  11. Jep
  12. Ida
  13. Qis

Alhamdulillah, Lulus :)

Dah dekat sebulan berjuang untuk satu kumpulan dalam kelas dengan Fiqah. Akhirnya penat lelah aku, hasil usaha aku ulang alik pejabat, jumpa pensyarah, akhirnya hari ini dapat juga hasil yang memuaskan. Satu kumpulan dengan Fiqah itu kira dah bersyukur. Bersyukur sangat-sangat. hehehe.

Dalam minggu ni tinggal jumpa Dekan sahaja. Nak bagi key in nama dalam data. hehehe semoga semua pun berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Jalan penyelesaian cara baik, memudah semua jalan.

Aku nak sahabat aku yang dalu

Bila benda tu dah jadi, sukar untuk aku percayakan orang lain selain sahabat sebilik dengan ku. Depan manis seperti menanam kangkung di atas bibir. Namun di belakang sanggup menikam dengan samurai. Aku tahu mereka juga manusia lemah seperti aku, yang tidak sedar akan kesilapan yang di lakukan. Namun bukan kah Allah telah beri kita akal, fikir benda baik sebelum membuat sesuatu perkara.

Terlajak perahu boleh di undur,
terlajak kata buruk padahnya.

Sahabat yang aku percaya, sahabat yang aku sayang, tidak sangka boleh buat aku macam ni. Tidak sangka boleh berkata begitu kepada di belakang ku. Sedih, sedih, sedih yang tidak mampu aku ungkapkan lagi. Aku hanya menyuarakan pendapat, bukan bererti aku mencintainya, mengapa perkara itu di salah anggap oleh mereka. Apakah aku tidak layang memuji seorang lelaki. Aku hanya memujinya bukan mencintainya, sedikit pun hatiku tidak terlintas untuk menyukai atau mencintainya.

Benda yang tidak betul kenapa perlu di khabarkan kepada orang lain. Aku kecewa kerana mempercayainya. Aku rindu dengan sahabat aku yang dulu, sahabat yang memiliki sifat salin percaya antara satu sama lain, sahabatnya yang ada di kala susah dan senang. Apakah ini ujian sebagai perantau. Aku tekad mulai hari ini, aku takkan mengadu apa-apan pun mengenai kehidupan kepada sesiapa pun, kecualikepada-Nya atau kepada family aku sendiri.

Sunday 26 January 2014

Setan ada di mana-mana

Lumrah hidup bersahabat.
Lumrah hidup menjadi manusia.

Memang betul kita tidak jaga tepi kain orang. Memang betul kita ingin jadi yang terbaik dalam bersahabat. Namun lumrah kehidupan manusia, mengumpat, mengeji, berburuk sangka, cakap  belakang kita kan. Siapa kita nak halang mulut dan pendapat manusia. Sabar dan tabah sampai bila bila dapat kawan macam ni, kita pun manusia punya hati yang tidak kuat sangat sampai di tuduh sedemikian. 

Namun sahabat bukan dia seorang sahaja, aku lebih percaya sahabat sebilik dengan ku, berbanding sahabat di luar bilik ku. Siapa dia yang suka berburuk sangka, abaikan sahaja. Makin di fikirkan apa yang di katakan, makin sakit hati pulak kan. Setan ada di mana-mana, setan paling suka kalau kita menyimpan sifat dendam. Setan itu paling suka kalau kita buat benda tidak elok. 

Aku tau, aku tidak sebaik dan setabah muslimah yang lain. Oleh kerana aku sedar aku jahat menjadi seorang sahabat, aku belajar untuk menjadi baik, aku belajar untuk tidak mencari gaduh dengan orang lain. Kini aku dah besar, bukan lagi di zaman persekolahan, sikit-sikit ada masalah bawa bergaduh. Semuanya diam kan saja, andai dirimu tahu kau sentiasa betul dalam apa yang dia katakan adalah salah

Saturday 25 January 2014

Beres masalah

Minta pendapat dari Abang sama ada patut teruskan belajar sini atau pun tidak. Banyak masalah yang perlu di bahas. Sebenarnya takut juga nak bincang masalah dengan abang seorang ni. Tapi sebenarnya dia baik, kalau di bawa berbincang, langsung tidak pernah marah dan buat aku patah semangat. Malahan dia bagi aku semangat untuk teruskan kalau benda ni aku dah timbul minat.

Jawapan yang aku dapat adalah, abang aku tidak bagi aku berhenti, sebab tinggal tahun depan jak untuk teruskan benda ni. apa pun, keluarga tulang belakang aku.

Senior pejuang 2014

Sejak akhir-akhir ni, belum sampai pun sebulan duduk sini, macam-macam benda dah jadi. Banyak benda yang kami tidak tahu jadi tahu. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih buat senior kami yang plaing berani dalam bersuara. Bersuara bukan sekadar suara kosong yang di keluarkan, tetapi suara untuk menegakkan benang yang tidak basah. Bersuara bukan untuk pentingkan diri sendiri, tetapi inilah dia bersuara untuk kepentigan bersama.

Senior yang bernama Hacks Amir (nama penuh dia saya tidak tahu), khai, BS, Panjang dan rakan seperjuangan mereka. Kerana mereka kami mampu berdiri bersama-sama memikul satu beban yang perlukan jawapan sebenar. Namun perjuangan mereka nampaknya tidak berakhir dengan jawpan seperti yang kami ingin kan. Kami bagi segala persoalan yang telah lama bermain di minda, namun jawapan langsung kami tidak dapat, yang kami terima adalah nasihat. Kami tidak perlukan nasihat, kami perlukan penjelasan dan jawapan.

Tuesday 21 January 2014

Mak cakap JANGAN

Belum dapat jawapan lagi dari pihat PTPTN, dah naik semester 2 ni, jawapan pun tak terima lagi, risau juga kalau masih gagal permohonan tu, takkan sem ni nak bayar guna duit sendiri laagi. Walaupun keluarga mampu nak bayar, tapi bagi aku itu tetap menyusahkan keluarga. Aku bukan lah asal dari keluarga yang cukup berkemampuan. Dah simpan hajat, kalau ini bukan tempatkan ku, aku redha jak, pohon IPT lain, mana tau rezki di tempat lain. Aku sanggup berhenti di tempat ni, asalkan aku tidak menyusahkan keluarga. 


Tapi mak tak nak, dia nak aku teruskan juga belajar disini, walaupun yuran semester ni naik, mak sanggup bayar juga, asalkan aku terus belajar di sini. Aku tak faham la dengan keluarga aku sendiri ni, 4200 tu mahal sangat la, mana lagi duit makan aku mak bapa yang tanggung, aku langsung tak pernah rasa duit pinjaman. Semua menggunakan duit sendiri. InsyaAllah permohonan untuk semester ni, bagi pinjaman di luluskan. Cukuplah mak bapa yang tanggung duit pengajian sampai duit makan aku untuk semester 1, kalau boleh semester kali ni, pihak pinjaman yang tanggung. Tapi kenapa mak aku berkeras tak nak aku berhenti belajar dekat sini. Aku mampu pohon IPT lain.

Kawan-kawan seperjuangan aku, yang dapat pointer rendah dari aku sewaktu ambil STPM, mampu pun pohon politeknik dengan UITM dalam Ijazah. Sebab tu, aku cakap dengan mak, rezki ada di mana-mana. Kalau dah macam sekarang ni asyik menyusahkan lebih baik aku berhenti jak la jawabnya kan. Aku redha dengan apa yang aku alami sekarang. Mungkin sebab sebelum ni, aku hidup dalam penuh kesenangan dan kemudahan. Dan kini Allah bagi aku kesusahan sebagai balasan untuk aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Walaupun bidang yang berunsurkan alam adalah bidang yang paling aku minat, tapi kalau sampai menyusahkan keluarga aku tak nak lah. Hanya akhlak dan pointer yang baik jak aku dapat hadiahkan untuk mama dengan bapa. 

Monday 20 January 2014

Jimat..

yuran pengajian dah naik, sesen pun tidak dapat kami rasai melainkan kena tambah duit sendiri tanggung pengajian adalah. Oleh kerana ingin berjimat, hari-hari kami hanya makan nasi putih + telur dadar + kuah sup. Ini jak yang mampu buat masa sekarang, dalam sebulan ni duit hanya tinggal RM jak, kena tunggu bapa gaji lama lagi. oleh itu kena lah pandai-pandai berjimat

Nasi putih = RM 0.80

Telur dadar = RM 0.80

sup kosong = RM 1.00









Jogging ka?

Hari ini terpaksa pergi ladang, rancang pergi waktu petang dalam pukul 4.30 petang macam tu.
Dah siap-siapni mau pergi ladang, punyalah lama tunggu bas, akhirnya kami ambil jalan untuk berjalan kaki dari kolej kediaman ke kolej. Jaraknya dalam 20 km, jauh tak? hhahhahaha.
penat tak payah cakap lah, selain penat takut pun ada, sebab sepanjang perjalanan tu kawasan hutan, kereta yang lalu lalang pun bukannya banyak, seramnya tak payah cakap lah, kami 4 orang jak tu pun perempuan, berani buat buat-buat jak, dalam hati rasa nak menangis jak tau.


Friday 17 January 2014

Seharian yang memenatkan

Baru hari ini terasa begitu memenatkan. Kelas yang tiada rehatnya, mula dari pukul 10.30 pagi hinggalah pukul 7.00 malam, memang penat sangat, dah lah seharitidak makan tu pun hanya dapat teguk air kelapa sebagai alas perut. memang penat sangat. Balik hostel dengan perut masuk angin mungkin, sebab bila sampai bilik, muntah-muntah pulak tidak larat dah nak beli makanan turun bawah. Syukur alhamdulillahada roomate yang baik hati belikan nasi.

Tuesday 14 January 2014

Semester Baru 2014

Kini menginjak ke alam semester baru, Semester II iaitu hidup yang penuh mencabar. Dengan cabaran jadual bas, dengan rombakan "group" lagi. Aku belum siap lagi untuk pindah group. Aku masih nak satu group dengan budak kumpulan aku sem 1.

Semenjak jadual bas ni bertukat masa, masa kami banyak di habiskan di surau. Hnaya itu kawasan yang tenang untuk berehat, setelah 2 atau 3 jam menempuhi kelas.

Untuk sem kali ni aku ambil 7 subjek,
1-Tanaman Industri
2-Sains Fizik
3-Pengenalan kepada teknologi Maklumat
4-Sains Biologi
5-BBI
6-Program Niaga Tani
7-Sains Tanaman Asas.

Harap sem kali ini dapat kekealkan pointer trbaik la, kalau boleh setiap sem dapat DEKAN la, hehehe amin.

Monday 13 January 2014

Sem II

Lama dah tak update blog, sibuk sangat tiada masa nak urus blog hehehe.

Sekarang dah masuk sem baru, doakan kami.