Sedihnya,
sedih sangat. Baju kurung baru, skirt dia hilang. Sudah lah tu baju kurung yang
paling saya sayang. Warna tu saya pilih, sebab saya mau warna baju sama dengan
Fath. Pertama kali ada baju kurung warna biru. Arrrrggggghhhhh bila tahu skirt
baju tu kena curi huhhhhhhh air mata ni boleh membanjiri satu rumah ni. Serius
sedihnya. Sudahlah kain kurung tu limited edition punya, hanya ada satu corak
jak macam tu, boleh pulak orang curi. Baru berangan mau pakai baju sama warna
dengan Fath pergi kelas. Menangiskan skirt baju yang dah hilang sampai tertidur
( memnag tabiat tidak boleh ubah). Bangun tidur jak terfikirkan skirt yang
hilang, menangis lagi. Sampai si Mama bising sudah. Si Mama pesan “bila lah orang tu dapat hidayah”. Hehehe dalam
menangis pun, mak sempat lagi bah buat lawak, ayat “bila lah tu kak dapat HIDAYAH”,
ni adalah ayat yang selalu adik saya pakai bila ada orang buat jahat hehehe.
Wednesday 23 July 2014
Semporna, Sabah
SEMPORNA
TANAH AIR KU
Dulu Semporna ini
tempat pelancongan utama bagi pencinta laut. Sebut jak pasal Semporna ni memang
semua orang tahu. Tapi kini sejak bermulanya pencerobohan dari Sultan Sulu ke
Sabah. Ketenteraman yang kami miliki suatu ketika dahulu, kian tergugat. Dan
hari ini 16 julai 2014 dapat arahan lagi dari pihak polis mengenai perintah
berkurung selama dua hari iaitu bermula dari 6 petang sehingga 6 pagi. Keadaan
ini terjadi disebabkan hasil pencerobohan di Pulau Mabul yang telah meragut
satu nyawa seorang polis dan menculit seorang anggota polis sewaktu bertugas,
sekitar pukul 11.55 malam.
Kini 21 Julai
2014 dapat berita lagi, bahawa perintah berkurung akan di lanjutkan lagi
sehingga raya ke-2. Nampaknya kawasan disini, ada sedikit masalah tapi kita
pihak awam tidak tahu apa-apa. Apa-apa pun doa untuk kebaikan bersama.
F Doa untuk Sabah
F Doa untuk MH17
F Doa untuk Gaza
F Doa untuk Palestine
F Ramadhan ke-23
Sunday 20 July 2014
Daging vs Durian.
Mungkin
bila orang dengar saya mabuk bila terhidu aroma daging, mesti
orang fikir pelik kan. Hehehe. Biasanya kalau mabuk aroma buah durian tu,
memang selalu lah kita dengar pasal tu. Ini kisah saya, sejujurnya saya memang
tidak makan daging, apa pun jenis daging kecuali daging lembu masak kicap dan
masak lada hitam. Lain dari situ saya memang tidak makan.
Daging.
Apa
pun jenis daging dan seangkatan dengan daging memang saya tidak makan, tidak
tahulah kenapa. Tapi memang saya tengok pun tiada selera langsung. Ini belum
bahagian makan lagi tau, baru dapat hidu aroma sup daging, mula sudah mahu
muntah. Mabuk datang sudah. Hari tu pergi Tawau sekali dengan keluarga abang
dan akak. Esok mahu puasa sudah ni, abang saya ni pula singgah Pekan Balung, mau beli
tu sup daging paling sedap di Balung. Aduuuiiii na merana hidup saya sepanjang
perjalanan tu, Abang saya ini pula baru tahu saya mabuk dengan aroma daging.
Rasa mahu muntah sudah dalam kereta. Sempat lagi tu menyindir.
Abg
: waina kau
ni, daging kau mabuk, kalau durian 3 4 biji buah durian tu
semua kau telan jak. Boleh pula tu
tanpa demam.lain kau ni.
Saya
: diam dan dengar jak la.
Paling
sedih bila hari raya sudah. Memang rumah habis saja bah dengan menu daging sepanjang
3 hari, hari raya tu. Memang saya berkurung dalam bilik jak, bila sudah part
masak sup daging ni. Yang paling saya heran tu, paling di suka dengan daging
adalah tulangnya. Hmmm tidak faham saya apa yang sedapnya dengan tulang tu.
Boleh kata siap ada straw lagi untuk sedut dalaman tulang daging tu. Apa pun
yang penting dorang bahgai bersama daging.
Durian.
Auuummmm
yang ni memang paling pevret saya. Bagi berapa pun saya boleh habiskan. Sedap
sampai menjilat jari. Sedap sangat. Tapi susah sikit mau makan buah ni, saya di
kelilingi oleh golongan yang tdak mampu makan buah ni, jangankan makan bah ni
buah, baru terhidu aromanya semua terus mabuk. Setiap kali makna buah ni, duiii
na kesian saya. Macam anak terbuang sudah. Sorang-sorang makan di luar, siap di
tutupkan pintu dengan jendela rumah. Sedihnya hidup. Tapi tidak kesahlah yang
penting saya bahagia bersama buah durian. Limited edition okey, only in
Malaysia and Made in Malaysia.
Teringat
kisah waktu sambut Ramadhan dengan raya tahun 2013 di Pahang. Rumah akak ipar
tu dah macam dusun durian, bahagianya hidup nampak buah durian ni. Memang
melantak habis saya dengan buah durian yang percuma ni. Hehehehe. Selepas
sahur, makan lagi 2 biji buah durian, selepas berbuka makan lagi 2 biji,
sebelum tidur waktu tengah malam makan lagi 2 3 biji. Huh macam di syurga
durian, bahagia sangat hehehe.
Wednesday 16 July 2014
Rasa Hati
Rasa
ini hanya saya sahaja yang tahu, orang lain hanya mampu mentafsir dan menilai
atas apa yang mereka lihat terhadap diriku. Setiap hari dapat mesej dari
kawan-kawan kolej tanya:
“apa khabar kau sabahan?”
“syoknya kau ek, cuti lebih”
“untunglah x bangun awal pagi g kelas”
“bestnye ko x payah susah-susah buat assignment kan”
Orang
tidak tahu betapa risaunya saya tertinggal pelajaran, betapa takutnya saya
tidak dapat siapkan assignment yang pensyarah bagi. Saya dekat sini, tidur tidak lena, hanya di
bayangi rasa takut. Orang fikir saya gembira-gembira disini, tidak terlintas
untuk fikir pasal kelas. Bila kawan kelas cakap pensyarah ada bagi assignment,
rasa mahu menangis jak sebab tertinggal pelajaran. Saya berharap, insyaAllah
sampai kolej nanti, tidaklah banyak dugaan yang perlu lagi saya alami.
Monday 14 July 2014
Hari Pertama Kelas
Hari ni merupakan hari pertama kelas kuliah bemula.
Semua kawan-kawan dah masuk kelas, sedangkan saya masih lagi di Sabah dalam
mood cuti tidak tenang. Takut tertinggal pelajaran. Apa boleh buat ni langkah
yang saya ambil. Pagi-pagi lagi seawal 8.30 pagi dah mesej dengan Mimie tanya
pasal kelas. Perasaan takut danberdebar-debar tunggu pensyarah masuk kelas tu
dapat saya rasakan, huh berdebar, jantung berdegut dengan laju, takutnya juga
bahang Melaka tu boleh sampai ke Sabah. Di pagi hari ni pula, kelas pertama di
semester baru sem 3 ni adalah kelas Penggenalan Prinsip Perakaunan. Seram bila
dengar pasal akaun. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat roomate saya yang
berpindah group, kini masuk group saya. Masuk kelas saya kena tabah sikit sebab,
kebanyak budak dalam kelas tu pendiam hehehe. Sejarah dalam hidup saya, inilah
pertama kali saya masuk kelas yang agak senyap sikit, tapi bila hyperactive
dorang dah keluar kena tabah lah, layang perangai dorang, kejap-kejap “take 5
Miss/Madam”, “Miss lama lagi ka” “Miss awal ye balik hari ni” hehehe tu lah
mereka.
Sunday 13 July 2014
Masalah Kewangan
Dugaan lagi.
Setiap semester pasti ada cabaran yang mesti saya hadapi. Dan dugaan kali ini
masih lagi pasal kewangan. Hmmmm tidak tahu lah mau cakap macam mana sudah,
semester satu pinjaman tidak lulus terpaksa bayar sendiri, semester dua ni pula
pinjaman lulus tapi duit tidak dapat. Terpaksa lagi naik turun pejabat kewangan
minta tolong bagi sattle masalah ni. insyaAllah, semua urusan ni di
permudahkan. Benda ni pun tahu, bila pergi bayar duit diposit asrama, barulah
tahu saya masih ada hutang dengan pihak kolej. Kalau duduk luar sampai sekang
mungkin saya tidak tahu yang saya ada hutang dengan pihak kolej. Sekali lagi
saya nak ucapkan terima kasih dengan Shatirah Che Hamid, Syamimie Rijahan, Siti
Fatimah Nazri dan Susilawaty Abd Hakim kerana mereka urusan ni saya boleh
selesaikan dengan cepat.hari isnin baru dapat berurusan dengan pihak pejabat.
Terima kasih sahabatku.
Friday 11 July 2014
Urusan Kolej
Alhamdulillah semua urusan
kolej dah selesai pun. Terima kasih sangat-sangat atas bantuan sahabat-sahabat
sekalian. Tak tahu macam mana mahu balas jasa baik mereka. Betul-betul terharu
dengan bantuan Shatirah Che Hamid, Syamimie Rijahan, Siti Fatimah Nazri dan
Susylawati Abd Hakim dan pensyarah. Ada rezki ada ruang dan masa insyaAllah
saya akan balas jasa baik sahabat. Cuma tunggu masa dan ruang sahaja. Susah
senang korang ada bersama saya. Terharuh dan turut rasa bahagia ada sahabat
macam korang semua. Tahun depan saya tak buat lagi macam ni hehe. Saya akan
bersama-sama korang daftar diri hehe. Menyesal ambil tiket balik lambat sangat.
Kesudahannya munyusahkan korang. Nak nangis atas bantuan dan jasa baik korang.
insyaAllah koranglah sahabat saya dunia akhirat.
Jasa Baik Sahabat
Syukur
alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur, segala urusan di permudahkan. Jutaan
terima kasih atas jasa budi baik rakan sebilik a.k.a sahabat dunia akhirat saya
iaitu Shatirah, Fatimah, Mimie, Susy sebab tolong aku dalam uruskan masalah
kolej yang saya alama. Selama beberapa hari ni, seperti seorang manusia yang
tidak berpijak di atas tanah, berpijak di bumi yang nyata, makan tidak lalu,
mandi pun boleh fikir. Sampai satu hari, buat puding kek pun tidak menjadi
disebabkan otak kepala tengah serabut memikirkan masalah yang saya alami.
Dan
hari ini, 10 Jul. 14 merupakan tarikh bersejarah, kerana semuanya di
permudahkan segala urusan atas bantuan sahabat saya. Serius saya katakan, sukar
untuk saya membalas jasa budi baik korang semua, saya tidak tahu mahu balas
macam mana. Susah senang kita selalu bersama. Saya yang selalu punya masalah
korang selalu ada di sisi saya. Sangat-sangat terhari. Korang sahabat aku susah
dan senang sahabat dunia akhirat, walaupun terkadang ada juga bertarik muka
hehehe. Namun syukurlah itu semua tidak berpanjangan.
Thursday 10 July 2014
Usaha bersama
Syukur alhamdulillah, bulan ramadhan
merupakan bulan yang memberikan banyak kebahagian yang mampu di kongsikan
bersama orang sekeliling. Sekali lagi, berkat usaha sahabat yang banyak
membantu saya dalam pelajaran dan sekali gus di bantu juga berkat usaha para
tenaga pengajar saya yang bertungkus lumus membantu kami untuk berjaya dalam
subjek yang kami ambil, jutaan terima kasih kepada semua pensyarah terhormat,
Miss, Madam kerana sudi membantu kami dalam pelbagai usaha untuk berjaya. Tanpa
doa dan restu kedua ibu bapa saya juga, saya rsa tidak mungkin saya akan berada
pada tahap ini sekarang. Terima kasih mama dan bapa berkat doa yang tidak henti
doakan Ira.
Saya panjatkan syukur pada semester 2 ini,
kerana alhamdulillah kali ini saya lepas lagi semua subjek walaupun ada
penurunan pointer. Pasal pointer tu belakang cerita lah, yang paling penting
adalah saya tidak repeat (ulang) 2 subjek membunuh secara senyap hehehe. Subjek
tersebut ialah subjek FIZIK dengan BIOLOGI. Dua subjek ni yang buat hidup saya
dengan sahabat-sahabat yang satu *batch* degan saya boleh kena serangan
jantung. Alhamdulillah berkat usaha+doa+tawakkal saya lulus juga dua subjek
yang buat saya menangis tidak bersuara lagi selama satu semester ini.
Tahniah juga saya ucapkan kepada
sahabat-sahabat saya yang lulus dalam semester 2 ini, bagi yang terpaksa
*repeat* sujek-subjek tertentu tu saya ucapkan usaha kali ini, tingkatkan lagi,
jangan main phone kalau pensyarah mengajar, jangan nak minta “take 5 Miss”
kalau boleh siapkan assignment dengan secepat mungkin, buat tugasan tu dengan
ikhlas dan tanamkan nilai untuk buat bersungguh-sungguh, sebab hasil yang kita
buat akan memuaskan hati kita dan pensyarah. Semoga berjaya sahabat ku yang
masih berjuang lagi.
“hidup ini umpama roda,
Terkadang kita berada di
atas
Dan terkadang kita berada
di bawah”
“jangan sesekali pandang
rendah dengan orang lain,
Jangan sesekali lokek
dengan ilmu yang ada,
Ingin berjaya, tanamkan
sifat berjaya biar bersama,
Gagal jangan heret sahabat
bersama”
Monday 7 July 2014
Pujian Kesan Positif
Hari ni
merupakan ramadhan pertama (flashback moment), solat maghrib keluarga memang
buat dekat rumah, solat isya’ dengan solat sunat Terawih baru buat dekat
masjid. Kebetulan kawan-kawan adik lelaki saya ni, memang suka datang rumah,
singgah rumah ambil Ekin (adik lelaki 17 tahun). Dalam ramai-ramai yang datang
rumah tu, saya ternampak seorang budak ni, boleh cakap budak tu kaki nakal lah,
penampilan pun boleh kata macam samseng tak terurus dengan seluar macam kaki
nyamuk fit dekat bawah kaki ketat melekat dekat paha dan dengan bajunya yang
leher bentuk V tapi selekeh. Hari ini, saya nampak di datang rumah mau pergi
masjid. Nampak Bidin (kawan Ekin) pakai sarung (kain pelekat) dengan baju
selanggor (baju melayu) dan songkok, memang hensem la dia malam ni. Saya memang
jenis yang cakap main lepas jak, saya puji lah dia,
“wah
Bidin, hensemnya kau malam ni, pakai selanggor dengan sarung, hensem sangat lah
kau”
**Bidin
malu-malu sambil menutup muka dengan senyuman yang terpancar**
Hari
ini merupakan puasa yang ke-9 sudah, hampir tiap hari saya nampak Bidin pakai
macam ramadhan pertama tu, hehehe tiap kali saya nampak dia, saya pasti puji
dengan penampilannya yang telah beruah itu, sebab bagi saya pujian yang positif
ni, boleh merangsang cas-cas positif dalam minda seseorang itu. Solat subuh pun
saya nampak dia pakai macam tu, solat isya’ pun saya nampak juga macam tu.
Serius saya cakap, hati saya mudah tergugat bila tengok lelaki pakai macam
Bidin bila pergi solat.
Untuk Handsome Boy,
Awak kalau pergi masjid
atau dalam rumah, bila nak menghadap Ilahi dengan pakaian Baju Melayu dengan
kain pelekat, serius saya cakap awak ensem sangat. Nampak kemas tau.
Perempaun-perempuan yang nampak awak pakai macam tu, mesti cakap **Hensemnya
pula mamat tu, tergugat iman aku kalau jadi isteri dia hehe**. Serius korang
memang hensem GILA HABIS bro. Sayang awak ketat-ketat kalau pakai sarung dengan
baju selanggor pergi masjid. Simple tapi Kemas.
Projek Memikat Dapur
Azam
cuti semester ni ialah, nak belajar masak. Walaupun saya pandai buat kek atau
biskut **ceh angkat bakul sendiri hehe** tidak semestinya saya pandai masak
okey. Ruginya siapa jadi suami saya kan, sebab saya tidak pandai masak. Hehehe
niat saya belajar masak bukan ke arah itu pun sebenarnya. Niat saya adalah,
bila duduk rumah sewa dengan kawan-kawan boleh la juga saya masak untuk budak
rumah, tidak lah juga malu dengan budak rumah sebab bagi saya makan kan. Dan
yang kedua sebabnya ialah, nak menyenangkankerja Mama la nanti, bila saya ada
dekat rumah. Mak tidak lah susah-susah nanti mau turun dapur, kalau saya sudah
pandai masak tuk keluarga, bolehlah tolong-tolong mak dekat dapur kan. Hehehe
siuknya kalau pandai masak bah kan. Hehehe tidak sabar sudah ne mau tunjuk
kehebatan di depan kuali, selama ini hanya pandai di depan oven, tapi kali ni
saya tekad juga mau hebab depan sudip dan kuali.
Pertama
sekali saya nak berterima kasih dengan akak saya iaitu Kak Meng, Kak Edang dan
Kak Adik. Yang ni semua muka-muka dapur, dulu paling tidak suka bila panggil
saya masuk dapur tolong itu ini, saya merupakan pembantu mereka di dapur,
tolong tumbuk ambil itu ini, tolong gaul itu ini.punyalah pemalasnya dulu,
tolong pun boleh kata tidak ikhlas bah bila sudah di suruh hehehe. Tapi itu
dulu tau. SEKARANG, saya baru terfikir kenapa mereka buat semua ni, mungkin
mereka mahu saya pun pandai masak. Harap jak anak dara perempuan tapi masak pun
tidak retikan. Sekarang saya sudah reti masak lah sikit-sikit. Ini merupakan
perubahan baik untuk diri saya. **puji diri sendiri lagi bah tu hehe**. Kalau
Mama sudah di dapur, memeng tak minta di tolong lah, mak nak semua benda dia
buat.
Cheese Vs Coca Cola
Haaa
ni lagi satu nama ne, yang buat aku boleh gila habis nampak dia. Nama di beri
ialah CHEESE. Nasib baik la di semporna ne tiada kedai roti cheese, kalau ada
aku yakin bankrup mendadak aku sebab susah sikit nak kawal nafsu bila berhadapan
dengannya. Bagi ku cheese dengan cola dalam hidupku ini sudah sebati. Mereka ni
boleh kata ibarat dadah, yang sekali teguk sekali rasa sekali makan memang buat
aku nak lagi nak lagi dan lagi. Hehehe ini lah kisah ku dengan cheese. Hari ini
saya dengan kak Kia dan Kak Edang buat biskut cheese, (flashback). Buat biskut
ni masa ramadhan pertama. Memang nafsu aku tidak kuat, boleh kata iman aku
tergugat habis lah olehnya, tengah buat cheese ne mulut ne gatal sangat nak
rasa, nasib baik lah iman ni kuat sikit juga, dapat juga lah aku tahan nafsu
dekat cheese ne, kalau tak memang habis aku kerjakan dia. Hehehe. Bila dapat
makan cheese jak ni, boleh kata duniaku terhenti seketika. Terasa semua penat
lelah selama sehari ini, hilang macam tu jak. Yummmmmmy baby. hehehe
cheese yummy |
Subscribe to:
Posts (Atom)