Saturday 18 August 2012

Kelebihan Puasa 6 Syawal

Assalamualaikum wrbt...
Lemah je kan bila tengah sedap2 nak beraya, nak makan banyak2, nak minum banyak2.. tiba2 nak kena puasa lagi.. padahal puasa 6 ni bukanlah puasa 2 bulan berturut2 tu.. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini adalah sunat muakkad (dituntut). Kalau taknak buat pun takde masalah.. tapi rugi la..
Mafhum hadis Nabi s.a.w. bagitau, jika kita puasa sebulan Ramadhan, kemudian kita sambung plak dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka seolah2 kita berpuasa setahun. Wahh.. lama tu.. lebih lama daripada puasa 2 bulan berturut2.. hehe..
Siapa yang sanggup nak puasa setahun? mau kering kerempeng badan tu.. sedangkan puasa yg sebulan ni pun, perut dah jadi six pax balik, kalau puasa setahun, mau jadi pinggang kerengga.. bleh pakai baju kebaya..
Tapi itulah kelebihannya yang Allah berikan kepada umat Muhammad s.a.w.. Umat2 terdahulu, buat satu amal, dapat 1 pahala.. Umat bongsu ni, buat 1 amal, dapat 10 ganjaran pahala. Jadi, ada ulamak menafsirkan bahawa 36 hari berpuasa itu (30 hari puasa Ramadhan + 6 hari puasa Syawal) dikalikan dengan 10 ganjaran pahala = 360 pahala (1 hari kira 1 pahala.. 360 hari seolah2 setahun punya pahala.. sebab setahun ada 365 hari.. kira dekat2 la tu).
Kalau nak buat, boleh buat bermula pada hari raya ke 2 (2 Syawal).. tapi payah gak, sbb masa tu tetamu masih lagi berkunjung. Kang tak sedap plak nak menjamu tetamu, sedangkan kita tengok je.. tetamu pun tak berapa selesa nak makan kalau tahu kita sedang berpuasa sunat.. Maka, agak2 la waktu yg sesuai.. puasa sunat ni takde masalah nak dibatalkan. Kalau tetamu datang dan kita jamu makan, adalah lebih baik kita membatalkan puasa untuk meraikan tetamu.
Tak perlu nak pulun buat awal2.. sebab bulan Syawal tu pun ada 3o hari.. Kalau seminggu 2 hari kita puasa, minggu ke 3 Syawal, habis la puasa 6 tu. Tak semestinya kena buat berturut2 6 hari.. ini bukan puasa kifarah (berapa banyak kali la Ustaz Love nak sebut puasa kifarah 2 bulan berturut2 tu.. kihkih). Kalau mampu buat berturut2, itu lagi baik. Lagi cepat lagi baik. Dalam agama ni, kita kena berlumba2.. kalau dah namanya berlumba2, kena la cepat2.. tapi jangan plak sampai terburu2 dan tergopoh gapah..
Bagi wanita2 yg ada hutang puasa tu, sebaiknya tunaikan dulu hutang puasa tu.. sebab ganti puasa tu wajib, puasa 6 ni sunat.. jadi, yg wajib tu lebih utama. Tapi, kalau tak mampu (mungkin sbb puasa tu banyak sangat nak ganti.. kang tak sempat plak nak puasa 6.. ataupun kalau buat puasa 6, dah jadi mcm puasa sebulan.. tak dapat nak gi open house), maka harus buat puasa 6 ni dulu.. sbb waktu ganti puasa wajib tu panjang (sampai sebelum masuk Ramadhan tahun depan) sedangkan puasa 6 Syawal ni cuma boleh dilakukan dalam bulan Syawal je.
Ada pendapat yg mengharuskan combine niat (sekalikan niat) puasa ganti dengan puasa 6.. tapi yg lebih tepat adalah niat puasa tu kena asing2.. terpulang nak buat yg mana dulu ikut kemampuan..
Bila dah habis puasa 6, maka teruskan la puasa sunat yg lain.. banyak lagi puasa sunat yg menunggu.. puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Hari Arafah dsb.. jadi, lepas puasa 6, takde dah raya.. sbb raya ada 2 je.. raya puasa dan raya haji.. nak raya banyak2, kita raya kat syurga nanti.. insyaAllah ;)

Friday 17 August 2012

First time

Hari ne Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Peringkat Kampung jak la....ne first time datang majlis khatam quran..biasanya tak dapat ikut sebab ada halangan yang tidak boleh dielakkan sepertinnya Allah Beri Cuti...tu halangan memang kalau sudah dekat2 majlis khatam ne haaaaa....taw sudah...

Ne pertama kali saya datang sini..Membaca surah2 lazim bagi melancarkan bacaan...sebab khatam quran ne baca seorang-seorang p hadapan ustaz...ustaz semak tajwid bacaan...huhuuuu rasa gementar la juga dibuatnya sebab ramai orang time tu...lagi pon sekali dengan majlis Tujurikul...gementar jua la rasanya sampaikan kaki krem kerana takut..

Akhirnya...setelah aku lepas aku berasa tenang jua akhirnya..dan aku berfikir ini mungkin kali terakhir aku mengikuti majlim khatam quran di kampung ku yang tersayang...habis jak STPM ne nanti cadang maw p semenanjung cuti-cuti Malaysia...hehehe

Apa-apa pun selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubaraq dan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2012
Semua keluarga dari pelusuk negeri yang dielar sebagai keluarga besar kini sudah datang ke kampung...
itching la bah kmi ne orang kampung...habis semua yang dah berkahwin dan sedang melanjutkan pelajaran sama ada dalam dan luar negara kini pulang ke kampung untuk merayakan hari raya aidilfitri bersama keluaga besar...

Rumah yang dulunya sunyi sepi...suara kanak-kanak yang tidak seberapa dulu...kini membuat rumah ini hampir terbalik dan berlakunya gegaran di rumah hanya kerana suara kanak-kanak yang asik bermain ke sana-sini...huhuuuuuuuu memang meriah la...itu lah pentingnya sebuah keluarga memiliki anak yang ramai dan sepupu2 yang ramai juga...ne selama seminggu ne berkumpul bersama..memang meriah la...

Tapi rumah bising sangat....biasanya tidur lambat sebab study tiada juga sound2 yang bingit sakit telinga...tapi kini aduiiii na rumah bising sangat jam 1 taw jam 2 gitu baru tidur...tapi best la bila berkumpul ngan kakak, abang ngan sepupuu semua ne..fuhyoooo semua creta sedih taw gembira keluar sudah...rasa macam tidak maw la ne tidur...maw dengar jak creta sepupu yang tiada kesudahan ne...remaja dengan cretanya yang tersendiri...ustaz pun dengan cretanya sendiri naaaaaaaaaaaa ne yang golongan ibu2 ne..klo bukan emas, sudah pasti masakan yang dibualkannya,....itu la creta apabila keluarga besar kami sudah berkumpul semula...

Tuesday 14 August 2012

**Hikmah Sujud**


Seorang doktor di Amerika memeluk Islam setelah menemui beberapa keajaiban dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui Al- Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah  yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam ( black seed ) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untu memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermakna darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembah yang waktu yang ditetapkan olehIslam. Begitulah agungnya ciptaan Allah.
 
 
Jadi, barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam sepenuhnya kerana sifat fitrah kejadian memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
 
 
KESIMPULANNYA
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beagama Islam, walau pun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu
mereka akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang dilakukan adalah bertentangan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada keupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala sosial masyarakat masa kini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sikit-sikit. _________________
 
Tiada cinta di hatinya,
 hanyalah cinta Allah. 
Ada rasa rindu,
 hanyalah untuk Rasulullah..
 
 
ira sahirah
Ibu datang umah...selama ramadhan tahun 2012 ne tak pernah lagi balik umah buka puasa dengan keluarga.. ibu datang uiiiii rindunya... bila jak jumpa ngan ibu...bahas jak apa masalah... ira takk dapat balik umah ibu lagi sebab tahun ne duduk STPM jadi susah sikit nak gerak p sana sini.. nak study tuk masuk U nnt.. tapi ira tahu..ibu pasti paham kenapa ira tak balik umah dan buka puasa di rumah..

Hari ne ibu datang umah.. ada kerja sikit..yang ira paling suka ngan ibu ne..bila bercerita..ibu pasti bahas dan bagi soalan2 mengenai masalah-masalah agama ne yang kita tak tahu..doa-doa kecil yang boleh menjadi dosa besar...asal jumpa jak pastu itu juga di bahas...ira ngan ibu seperti rakan taw sahabat karib.. semua benda tiada yang disembunyikan semuanya pasti diceritakan...satu hari sepertinya tidak puas berbual dengan ibu..apa2 pon sayangilah ibu anda selagi ia masih hidup..masih memenuhi keperluan harian anda...

p/s : yang pasti jika anda hidup berjauhan dari ibu atau ayah anda..jangan la kedekut sangat ngan kredit tu.. kenapa kalau BF/GF anda..anda boleh menghabiskan bepuluh2 ringgit selma 72 jam bergaut dengannya yang hanya mendatangkan dosa...ini berbual dengan ibu taw ayah akan memberi pahala...oleh itu diakhir perbualan anda dengan ibu taw ayah atau keluarga anda jangan la lupa ucap..."ibu, ira sayang ibu ya"... agar rasa rindu tu tetap di hati...

Jadilah sahabat yang Terbaik


Sahabat itu ibarat saudara sendiri                                           
yang saling sayang menyanyangi
saling melindungi antara satu sama lain
dan paling penting dalam bersahabat adalah
menghapus perasaan cemburu dalam diri 
bagi mengelakkan berlakunya persengketaan....
Sepanjang saya mempunyai sahabt-habat yang baik, tidak pernah sekalipun dia mengucapkan kata CEMBURU pada diri saya melalui sahabat saya...jika ada pon yang berkata begitu
itu diucapkan di hadapan saya sendiri...dan itu saya anggap sebagai satu gurauan. 
Tetapi jika kata-kata itu diucapkan melalui orang lain..hati saya mula tergusir dengan ucapannya..
saya membantunya tiada niat untuk melukai hatinya malah niat saya hanya ingin melihatnya
bahagia apabila saya menyampaikan khabar mengenai seseorang yang ingin dia ketahui...
Terdetik di hati, apakah yang harus saya buat??
apakah patut saya masih membantunya disaat di masih beranggapan buruk terhadap ku...
aku bingun pada diriku sendiri..aku hidup bercelaru...apakah aku harus membalasnya dengan kejahatan..
aku termangguh memikir jawapan apa yang harus ku perbuat setelah dia beranggapan buruk terhadap diriku..jawapan yang saya terima adalah saya harus tetap berbuat baik etrhadap dirinya..kerana dia sahabatku yang patut ku bahagiakan tanpa berbuat jahat...ibu pernah berpesan...biar orang buat jahat dengan kita..kita harus balas dengan kebaikan agar melahirkan hasil kemanisan..itu semua dari kita sama ada mahu syurga atau neraka...kita hidup di dunia hanya sekejap sahaja...so semua hal kena fikir dengan waras..
Dia sahabatku yang harus ku sayangi...
Perkataan ini keluar dari mulutnya di saat di mulai meminati seseorang lelaki yang telah hadir dalam hidupnya..lelaki itu sahaja yang membuat hidup sahabatku jadi tidak menentu..semua hal mengenai lelaki itu sahabat saya meminta saya untuk menyelidiknya..disaat apa yang dia inginkan semua sudah saya penuhi..tetapi dia masih tidak percaya terhadap saya...apa boleh buat manusia tiada yang sempurna..
Dalam satu masa, pernah terlintas di fikiran saya bahawa jika lelaki itu meminati orang lain diantara sahabat kami dan lelaki itu tidak meminati sahabat saya...kemungkinan besar akan berlakunya permusuhan diantara kami..hanya satu orang lelaki boleh menghancurkan persahabatan kami...dan itu yang ku ingin terjadi...
Disaat masih menuntut ilmu...sahabat saya bertanya kepada ku...apakah benar aku tidak mencintai lelaki itu?
Hatiku rasa betul2 terluka, berkecai...aku berfikir apakah dia masih tidak percaya pada sahabatnya sendiri..aku yang jenis menghormati sahabat tidak mungkin akan melukai hatinya... air mata mula mengalir kerana kata-kata yang diajukannya kepadaku...dalam fikiran ku ternyata ada juga sahabat yang tidak percaya pada sahabatnya sendiri.. aku yang tidak pernah menyukai lelaki yang diminatinya itu rasa sakit.. hanya kerana lelaki yang baru sahaja dilihatnya itu, dia hilang kepercayaan terhadap sahabatnya sendiri..
apaapa pun...jadilah sahabat yang setia, dan percaya terhadap sahabatnya sendiri..jangan lukai hati sahabat..