Saturday 26 April 2014

Tempat Mengadu

Terasa diri dihargai, bila seorang sahabat inigin berkongsi cerita, kerana tiada tempat mengadu. betul-btul rasa terharu. Sebab dia percayakan saya untuk menyimpan ceritanya, dia percayakan saya untuk sedia berkongsi cerita. Memberi pendapat. Terima kasih sebab percaya kan saya, betul-betul terharu beb. Namun nak minta maaf, andai saya tidak pernah berkongsi cerita suka dan duka dengan kau sebab, saya bukan orang jenis yang suka berkongsi cerita, saya hanya suka menjadi pendengar dan pemberi pendapat. Entah mengapa saya lebih suka simpan cerita daripada berkonsi cerita walaupun dia keluarga saya sendiri

Wednesday 23 April 2014

Final Exam

owh Nasi Bujang


Nasi bujang. Kalau orang dekat Sabah mesti tertanya-tanyaapa itu nasi bujang?. Tak pernah dengar pun. Kan hehehe. Sebab saya sendiri orang Sabah memang tak pernah dengar apa itu nasi bujang. Waktu datang sini baru tahu nasi bujang tu apa. Kangdung yang ada pada nasi bujang ialah:
F  Sup (sup kosong ja)
F  Telur Dadar
F  Nasi putih
F  Sambal belacan (yang ni sempurna, tak pedas)
F  Timun
Kira berbaloi juga lah kalau macam kami ni pelajar makan Nasi bujang sebab jimat. Sebungkus nasi bujang yang lengkap berharga RM 2.00 ++. Hehehe bila jadi pelajar, duduk di perantauan, tinggal di asrama, jangan nak mengada-gada makan benda “high class”. Tapi kalau keluarga jenis yang berada tak kesah lah kan hak masing-masing. Duit sendiri tiada siapa nak halang. Kalau jenis macam saya, telur dadar, nasi putih, dan sambal belacan tu kira sempurna lah kan, sebab lengkap. Sup dan timun memang tolak tepi sebab saya tak makan sayur jenis salad dan aa-apa saya berkaitan sup. Kecuali kalau nasi dan lauk yang ada jenis kontang memang tambah sup ja la sikit.
Perkonsian benda baru bagi saya. Banyak jenis makan yang terdapat di Semenanjung (Melaka) tidaksama dengan jenis masakan orang Sabah. Hidup di perantauan ada benda saya boleh tolak, ada benda saya boleh telan. Sayur, daging dan jenis sup, memang tolak tepi.

Tuesday 22 April 2014

isu kawin

 Terkadang bila dengar isu perkahwinan yang di bangkitkan, nampak semua macam indah jak kan. Tanpa kita sedar liku-liku kehidupan sebuah rumahtangga itu tidak selalunya indah. Bagi yang berpengalam mesti tahu. Macam saya yang tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan rumahtangga memang senang jak la kan cakap. Tapi apa yang perlu kita tahu, orang selalu cakap bila berumahtangga ni bukan macam sedang bercinta, ada masalah sikit putus cinta, cemburu sikit mula lah nak merajuk seminggu kan. Haaa bila dah kami ni, berbincang secara baik adalah jalan keluar paling terbaik bagi mengekalkan hubungan rumahtangga. Nasihat buat diri sendiri dan juga untuk orang lain. Nak kawin tapi tak ada calon lagi. hehehe

Sunday 20 April 2014

Just For You



Baru jak pagi tadi sihat, bila sebelah petang dah mula demam, badan mula panas dan batuk-batuk. Dada sakit sangat menahan sakitnya tekak yang susah mahu keluar. Cepatnya virus tersebar. Tak larat nak tahan sakitnya batuk. Payah betul bila kahak tidak mahu keluar, sakitnya terasa di dada dan di kerongkon. Mak dan bapa demam, Mimie dengan Aisyah pun depan, penyebaran virus melalui angin, mungkin hehehe. Tapi bersyukur juga la bila sakit sebab dapat kurangkan dosa-dosa kecil yang bertimbun. Amin. Tapi bila dilanda demam musim study week ni memang merupakan ujian besar lah bagiku. Susah sikit nak ulangkaji pelajaran, sebab bila kahak tidak dapat keluar, terasa nafas tersekat dan cepat merasa lelah.

Kau Nak Rasa (-_-"


Palingnya, dan paling sakit hati bila orang mesej kita, cakap sekerat-kerat rasa nak kerat jak kan orang tu. Suka sangat buat kita tertanya-tanya. Kalau aku dapat orang macam ni memang aku bagi penumbuk biar puas hati. Dah la mesej, bila di tanya kenapa, tidak pula menjawab. Aish sakit hati. Memang kalau depan mata ni memang alamatnya tidak berhidung mancung la orang tu. Mohon terasa la ya. Baca kan, baca kan hahahaha memang untuk kau pun. Pesanan iklas dari lubuk hati yang suci murni ni lain kali kalau mesej cakap terus jangan nak cakap sekerat-kerat nanti ada yang kena kerat baru padan muka kau.

So Sad (-_-"

 

 (-_-‘’’’’’’’’’’  Sedihnya tidak dapat pergi Broga Hill. Sepatutnya pergi program mendaki bukit  ni sabtu tadi, tapi oleh kerana ada masalah dengan sistem pengurusan, menyebabkan program tersebut di tunda pada 27 April 2014 hari Sabtu. Memang tidak dapat sertai lah program tersebut sebab 28 April 2014 tu mulanya sudah “final exam” buat program DSP. Sabar saja lah bukan rezki dapat ikut kna. Nak buat macam mana. Sabar, sabar dan sabar. Bukit Tengkorak pun jadilah nanti. hehehe

Sem 2 : Study Week


Dah sampai masanya. Masa yang kami nanti-nantikan iaitu musim study week. Hehehe minggu rehat kan otak sekejap, sekejap jak tau bukan lama, sebab selepas study week minggu Final Exam pula dan paling menyeronokkan pula ialah cuti semester hahaha. Ni yang paling menyeronokkan. Siuk bhai cuti ni, rehat juga otak ni akhirnya. Apa-apan pun selamat maju jaya kepada semua siswa siswi jurusan DPS Semester 2. Terutama sekali kepada semua G4 semoga dapat DEKAN tau sem depan sayang korang semua. InsyaAllah kita jumpa lagi semester depan. Tu pun kalau tiada yang pindah group.

Ini Impian Aku


Aku mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan cerpen. Aku fikir tulis cerpen ni kacang jak, mudah hanya perlu imaginasi tinggi dan lebih banyak pengalam dalam pembacaan buku. NAMUN itu semua tidak semudah apa yang aku fikirkan. Ternyata menulis ini memenatkan juga. Kalau boleh ada pengalaman dalam penceritaan tersebut agar cerita itu nampak hidup. Bila dah mula menulis cerpen panjang ni, sampai satu tahap aku sempat mengeluh. Namun oleh kerana ini dari dulu impian aku untuk menulis sebuah cerita pendek, aku gigihkan juga usaha untuk meneruskannya. Semoga hasil penulisan ini dapat memuaskan hati pembaca. Orang tersenyum itu adalah kebahagianan buat ku. Semoga cerpen yang aku terbitkan dalam blog ni dapat memberi senyuman manis kepada semua penbaca. InsyaAllah.

Norazmin Hadyrah


Hehehe yang tudung Pink comel loteh tu roomate saya. Nama dia Norazmin Hadyrah Azman dari Kedah. Bukan koqdiang tau, tapi dari Baling Kedah hehehe. Nak cerita sikit pasal kecil molek ni. Terima kasih sangat-sangat sebab pertemuka saya dengan roomate-roomate yang baik dan sungguh memahami. Saya ni nama jak paling tua dalam bilik ni, tapi otak kadang-kadang ndak boleh pakai juga. Aish apa lah bah kan nasib hehehe.

Orang Sabah nama juga makan pedas, tapi masakan pedas yang ada di Semenanjung Malaysia ni terutamanya Negeri Bersejarah Melaka ni, sungguh saya nak undur diri, pedas dia baqhang tak terkata. Saya rasa lah kan, kalau bekas boleh keluarkan api dalam mulut macam naga tu, tau kan naga... bijak-bijak hehehe. haaa macam tu la saya. Pedas baqhang. Syukur alhamdulillah Min Dyra ni saya selalu pesan makanan dekat dia, alhamdulillah dia sungguh memahami saya, dia kalau beli makanan memang takkan ambil makanan jenis tumis atau masakan berkuah sebab dia tahu saya takkan habiskan makanan tu, pedas sangat kan. Senak perut saya.

Paling paling dan paling saya suka ialah ikan keli. hehehe ikan keli jak yang ada dekat sini, makan jak lah bah kan apa yang ada, ndak payah la mahu memilih sangat, ndak bagus tolak rezki kan. Sabah jangan cakaplah, memang Negeri Di Bawah Bayu paling kaya dengan protein. Macam-macam jenis ikan yang ada. Terima kasih sebab Allah anugerahkan saya sahabat a.k.a adik beradik yang saling memahami. Semua roomate-roomate saya memang baik hati. Sayang depa ketat-ketat.








**Lain kali saya update pula pasal roomate saya yang lain. hehehe

Saturday 19 April 2014

Selamat hari jadi Mama


Selamat hari ibu mak. Selamat hari ibu yang ke-41. Walaupun umur dah 41 mak tetap nampak muda di mata kami. Terima kasih sebab lahirkan kami ke dunia ini mama. Terima kasih sebab besarkan kami adik beradik, terima kasih sayang kami. Dan terima kasih sebab tidak pernah sekali pun sekali mengeluh menjaga kami, melayan karenah kami dengan tabah. Maafkan Ira tidak dapat sambut hari jadi mama tahun ni. Tidak dapat buat kek kesukaan mama tahun ni. Sedihnya, hanya mampu dengar suara mama dari hujung talian. Walau apa pun terjadi mama tetap nombor satu di hati Ira. Maafkan ira kalau banyak sangat sakitkan hati mama. Ira kan anak mak paling nakal hehehe. Terima kasih jadi mak dan kawan terbaik untuk Ira selama ini, sedia dengan luahan hati Ira. Hanya mak seorang yang terbaik di dunia ini, tiada siapa yang boleh gantikan tempat mama. Ira sayang ketat-ketat dan ketat dekat mak.
Ira harap di usia mama yang ke-41 ini, mama sentiasa sihat walafiat, murah rezki dunia akhirat, menjadi isteri dan mama yang soleha. Sempat tengok anak-anak mama ni semua melangsungkan perkahwinan, ada anak cucu, hehehe.Sayang mama love you mum. Ira tahu mama baca blog Ira hehehe. Nak luah perasaan dekat sini. Biar semua tahu, mak adalah mama terbaik yang ira ada dekat dunia ni. **kenyit mata sebelah sambil cium pipi mama**. Ira tidak kesah mama panggil ira anak manja, sebab ira manja dengan mama jak, dengan orang lain ira matang hahaha.

Wednesday 16 April 2014

Terharu :'(

Alhamdulillah,
Hari ini dapat berita baik lagi dari pensyarah tersayang hehehehe.
Satu lagi hasil usaha saya sendiri yang begitu di hargai oleh pensyarah saya sendiri iaitu Ms. Nurul Ain Sulaiman hehehe. Buku log bagi subjek tersebut Ms. Simpan untuk di jadikan contoh kepada junior akan datang. Alhamdulillah saya, betul-betul rasa di hargai. Terima kasih Ms.

Tuesday 15 April 2014

Love you Ms. Luxtrous

Alhamdulillah, Man Jadda Wa Jadda
Siapa yang berusaha dia yang mendapat hasi. Sungguh terharu dengan hasil yang satu, tak mampu nka cakap apa, berjuta terima kasih saya nak ucap terima kasih kepada Pensyarah terbaik saya iaitu Ms. Zainura Abd Wahab yang mengajar dalam subjek BBI untuk semester ni. Dalam subjek jurnal betul-betul menarik minat saya, hehehe memang minat saya berimainasi sambil menulis. Ms nak simpan jurnal saya, hehehe terharu sampai tak mampu nak cakap apa dah. Terima kasih Ms. Sebab hargai hasil usaha kerja tangan saya sendiri. Saya nak buat yang terbaik agar dapat puaskan hari Ms. Walaupun terkadang hasil karya saya itu kurang menarik. Tapi saya cuba yang terbaik juga hehehe. Terima kasih jutaan terima kasih sebab Ms banyak bimbing saya dalam cara penulisan jurnal tersebut.

PARASIT

Huhhhhhh... penat dengan semua yang ada, hanya mampu ucap alhamdulillah
Tiada guna buat kerja kumpulan, kalau tiada kerjasama, penat juga buat kerja kumpulan kalau yang berfungsi hanya 2 orang sahaja. Dalam kumpulan ada 5 orang, tapi semua saling mengharap antara satu sama lain, haishhhh kalau bukan fikirkan markah dah lama aku abaikan tugasan yang Pensyarah bagi ni. Aku pun nak macam korang senang lenag, tak payah fikir yang tahu dia dah buat siap dan tinggal bentang depan kelas dan pensyarah kan. Mudahnya hidup macam tu aku pun nak juga rasa. Tapi aku tidak punya perasaan itu, aku nak berusaha sebab aku nak berjaya. Kalau ada usaha boleh berjaya, tapi kalau nak berjaya macam parasit yang tumpang kesenangan atas usaha orang lain itu namanya menempah mauh hehehehe.

Apa-apalah jangan hairan satu hari korang kalau nak bentang kertas projek tapi tak tahu satu benda pun, baru lah nak serabut sebab tiada pengalaman.

Sunday 13 April 2014

Ganggu Rehat Kami

12.04.2014 hmmm gotong royong pula.
ganggu cuti kita orang la program ni, dah lah sekarang musim study week nak dekat, ingatkan dapat lah tidur puas kejap sebelum final exam, tapi ni tidak tetap juga ada aktiviti.
Pagi gotong royong, petang mancing. Tapi tak dapat join aktiviti memaancing sebab deman pula, lama sangat bepanas.

Wednesday 9 April 2014

Akibat Hyperaktif :'(

Semalam aku kacau BS, serang dia dekat facebook. Serang like semua status dia. hehehe saja tiba-tiba mood datang nak kacau facebook dia. bukan stalker tau, kalau stalker hmmm malas la, tiada benda menarik pun nak stalker cerita dia. hehehe

Entahlah hyperaktif sangat semalam sampai hari ni, hari ni pula aku rosakkan tanaman izat, dan buat Fiqah merajuk. ni yang payah bila aku melampau hyperaktif. Sedih juga lah dengan perangai sendiri bila orang sekeliling sampai sakit hati dengan aku. 

Maaf BS

Silap aku juga, pergi serang facebook orang tengah malam buta. kan dah naik darah orang tu.
Maaf sangat-sangat, aku tahu ini semua silap aku, 
aku harap kau tidak lah marah sangat dengan apa yang aku buat.
Kau ni macam perempuan lah cepat sangat marah.
Malas lah ada kawan macam kau ni, sikit-sikit nak marah
aish geram pula aku di buatnya, nak jak aku ketuk kepala dia guna kuali.

cuak beb

Aduiii kecut pula perut aku, seram juga bila dia marah
hmmm aku sendiri yang cari nahas, tabah jak la,
terima jak la apa yang dia buat kan.

Pengajaran untuk aku, jangan kacau dia lagi
Adoiiii lambat pula dia ni bertindak, ni yang buat aku jadi suspen ni nak tengok kejutan apa yang nanti muncul

Take care buddyz

Sejek  putus cinta ini, seram pula aku dengan kau. Mesej boleh kata setiap hari. Aku takut jak kau jatuh cinta nanti dengan aku. Aku nak kau jadi sahabat aku, tak lebih dari itu. Namun itu dulu, kini hmmm payah nak cakap, bila aku tidak mesej dia, dia cakap pula aku sombong, tai bila aku mesej pula tidak di balas. Ni yang buat aku geram dengan mamat ni. Nasib baik la kau kawan aku, kalau tidak dah lama aku ketuk kepala kau tu. Tapi aku rasa lah kan, sekarang ni dia dah awek la sebab dia ayik post pasal sakit hati lah, pasala yang ada kaitan dengan hati dan pasangan couple. Hmmm apa-apalah tu semua tidak penting pun bagi aku. Aku tak kesah yang penting dia bahagia aku pun bahagia tengok kawan-kawan aku bahagia.

Hmmm -_-"

Bila kita susah, kena ingat tidak semua orang mampu selesaikan masalah kita. Ingatlah tempat kita bergantung bila kita susah adalah Allah tempat kila melepaskan segala keluhan berat yang menyebabkan hati dan minda kita sesak untuk mennaggungnya. Keluarga tempat paling setia membantu kita susah dan senang, dan kena ingat jangan berharap sangat dengan kawan bila kita susah. Tidak semua orang mampu bantu kita. Memang kita yakin saat kawan kita susah, kita mampu bantu dia, tapi bila kita susah jangan fikir dia bantu kita.

Jurnal Miss U Next Sem

Dalam banyak-banyak subjek untuk sem ni, aku paling suka subjek BBI 1113 bab Jurnal. Hehehe hobi aku memang minat menulis pun sebab menggunakan imaginasi aku sendiri. Berkongsi apa yang berlaku pada hari ini. Nak mengarang sesuatu cerita itu memang minat aku, Cuma malas sikit sebab tugasan bertingket-tingket hehe. Dan paling menyentuh hati aku adalah, boleh kata semua siswa tahu yang Ms. Suka baca jurnal aku dan ternanti-nanti dengan jurnal aku. Tu paling aku terharu dalam pada masa yang lain aku malu juga la, bila Ms lebihkan aku dari orang lain huhuhu. Terima kasih sangat-sangat Ms sebab suka dengan hasil tulisan aku sendiri. Saya amat menghargai apa yang Ms beri pada saya. Dalam jurnal juga tu saya berkongsi cerita tentang apa yang saya alami dan orang sekeliling saya alami.