Thursday 20 February 2014

SEM 2 : Teruk punya kawan

Saya tidak tahula apa nak jadi dengan semua budak kelas saya semester ni. Semester ni semua mau ikut kepala sendiri, tegur sikit nak melenting, tegur sikit tarik muka, dan tegur sikit nak buat musuh, semua ni mau rasa layanan kaki ka. Aishhh geram pula saya tengok diaorang ni tau. Ada yang jenis lupa diri, dan paling ramai macam chipsmore.

Akak SABAH

Topik semalam hehehe, dalam cerita sedih terselit juga lucu dalam mesej tersebut.
Kawasan saya ada masalah sedikit. Dalam keadaan sedih juga dia membuka satu rahsia yang selama ini tidak ketahui dari golongan mereka. Ternyata selama ini mereka tidak memanggil namaku iaitu IRA, namun turut menggelar ku sebai AKAK SABAH. Nama tu cantik, saya suka, saya nak like banyak-banyak boleh ka? hehehe. Saya tidakkesah orang panggil saya apa pun selagi iyanya masih dalam gelaran sopan. 

Sunday 9 February 2014

Senyum Pagi FIZIK

Sebelum pergi kampus, snap gambar dulu. Di pagi hari sebelum ambil exam untuk Fizik, syukurlah mata tidak ketara sangat bengkak.






Sem 2 : Test 1 Fizik




Study hard and study smart untuk exam fizik esok, memang setiap kali exam inilah yang kami buat, study sampai faham. Malam bukan untuk tidur, tiada masa atau istilah untuk tidur bila musim exam dah melanda kami.
















Saturday 8 February 2014

Angin Siberia Fizik



Lepas jawab Fizik tadi, tidak tahulah nak cakap apa, susahnya hanya aku dan Allah jak yang tahu. Ada 3 bentuk soalan tu dia bagi 12 markah percuma. Masalahnya aku yang tak baca buku tentang difinisi. Memang melyang macam angin lah markah tu, nak menangis tak berlagu pun tiada guna sudah.Tabah jak lah dengan rsult nanti.

Lepas keluar dari dewan peperiksaan tu, aku buka facebook, twitter dan moment, huisss penuh dengan update pasal fizik, memang di landa fizik lah laman sosial tu satu hari. Semuanya berbaur perasaan.

Min Dyra begitu memahami

Minggu ni, merupakan minggu yang balik sibuk. Minggu exam semua pulun study sebab nak score mark. Dan dalam pada sibuk study ni, syukurlah member bilik Norazmin Hadyra binti Azman, bantu aku dengan Fath tolong cucikan baju kita. Syukur sangat-sangat sebab baju dan berlonggok tak cuci lagi, syukurlah ada Min tolong cuci kan, tolong jemurkan dan tolong sidaikan. Alhamdulillah. Dapat roomate yang memahami.

Friday 7 February 2014

Muka "Jeruk" Muka "Seposen"

Hari Khamis, kemarin merupakan hari yang sangat menyedihkan buat aku, sangat memalukan buat aku, sangat teruk buat diriku lah. Dalam kelas Biologi, pensyarah buat revision dekat pelajar pagi tadi. Nama aku tersenarai dalam kalangan pelajar yang kena panggil ke hadapan. Tup tup nama aku kena panggil, serius aku tidak tahu apa-apa sebab banyak sangat main. Malunya, aku pasang hajat nak  buat muka "jeruk" muka "seposen" satu hari tu, Tapi Fiqah pula menceriakan hari aku sepanjang hari ni. Aku tak nak senyum, aku nak buat muka sedih atas kelembapan aku satu hari ni. 


Terima kasih Fiqah, buat aku lupakan perkara yang amat melembabkan otak ku.

Anjakan Paradigma Senior

Hari ini mencatatkan sejarah buat aku dan Fiqah. Dalam kelas, tidak pernah-pernah senior kami nak cakap dengan kami, iaitu senior lelaki. Selalu juga lah dengar cerita dari budak-budak kelas ni, yang senior aku seorang ni nama Ery, mamat ni bajet pilih kawan lah. Entah la, aku malas sangat ambil tahun kisah-kisah senior aku ni, sebab tidak bagi mamfaat dan impak pun pada diriku. 

Hari ini mencatatkan sejarah, bukan aku dan Fiqah yang tegur senior tau, tapi senior yang tegur kita, siap mesra alam juga lah. Bagus juga lah kan hehehe. Senior yang tidak pernah cakap dengan kami ialah BS, Ery, Jawa dan Jack. Mamat ni memnag langsung tidak pernah cakap dengan kami, dan hari ini cakap siap mesra alam lagi. Rasa bahagia juga lah , ialah kan nama jak member dalam sekelas, tapi tegur pun tidak kan. Kiranya ini sebuah transformasi lah.

Aku rasa lah kan, ini mungkin sebab tekanan oleh subjek fizik ni, jadi semua orang tidak kira dah prinsip. hehehe tapi apa-apa pun kami iklas berkawan dengan sesiapa pun. Dan seorang kawan aku ni, dekat mesej sembang bukan sakan lagi, tapi dekat luar, jangan cakap nak pandang muka masing-masing, bertegur pun langsung tiada tau. Hari ini juga mencatatkan kami bertegur, hehehe lawak sangat. Siapa lah tu??? haishhhh hehe

Wednesday 5 February 2014

Stress Exam

Minggu ni dah mula demam ezam Test 1, saya dan budak bilik, tekanan nak belajar Fizik. Serius tidak dapat nak tangkap apa yang di ajar.













Tuesday 4 February 2014

Mamat Minyak Wangi

Amar
   Kemarin dalam kelas sains komputer amali, duduk lah dalam kelas tu. Kebetulan dalam makmal komputer tu bahgian sebelah aku jak tempat kosong, dan kebetulan juga datang seorang lelaki, datang lewat masuk kelas, nak tak nak dia kena duduk sebelah aku. Duduk pula sebelah aku, buat darah aku berhenti sepantas kilat. 
Kenapa lah dia sembur minyak wangi ni banyak sangat, kan jantung aku dah jem bukan sekadar berdegut dengan irama yang tidak normal, tapi berhenti tau. Nafas aku pulak tidak berfungsi masa tu, boleh pula aku rasa sesak nafas, aish mamat ni kenapa lah wangi sangat. Makin lama dia duduk sini boleh mati katak aku dalam makmal ni. 

Aku tidak berani pun pandang dia, tengok dari pandangan mata sisi jak, kalau tengok dia nanti pula dia cakap aku suka dia, aish, abaikan jak lah. Tapi kenapa lah dia wangi sangat ni, menggoda hati aku kah.
Teringat satu baik lagu dari lagu pencuri.

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

hehehe, kenapa lah aku gedik sangat ni, pertama kali terhidu wangian lelaki yang bukan ajnabi aku ni. Biasanya kalau bapa atau abang pakai minyak wangi, tiada pula aku rasa perasaan ini. Siapa lah mamat yang eninggalkan minyak wangi dekat hidung aku ni.

Sem II : Badan Susut

Semester ni penat banyak jugalah walaupun kelas malam hanya ada dua kelas jak dalam seminggu tu. Sem ni boleh katakan, hampir 60% sahabat cakap aku dah nampak susut sikit, tapi susut tu nampak sangat. Ira ter"post" satu gambar yang memang menampakkan badan susut banyak. Hanya kerana satu gambar jak tu mampu membuat mak bapa ira sedih. Rasa bersalah lah juga memuatnaik gambar tu di laman sosial facebook. Macam mana tidak susut mendadak kalau kelas padat sampai tiada masa nak makan pun. Biasanya kels dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 7.00 malam, biasanya makan bila kelas dah habis, saya tidak akan makan di kolej, saya tetap tunggu nka makan dekat hostel juga. Oleh kerana gambar itu, mak up banyak duit makan, mak topup +100, namun walaupun mak topup, jadual makan tetap juga sama. 

Namun paling sakit hati bila ada orang mengadu domba dekat mak aku, cakap aku ni sikit-sikit nak duit, sikit nak duit, padahal aku takkan minta duit selagi duit dalam tangan tinggan RM1. Aku benci bila orang cakap tanpa merasa kehidupan sebenar ku, orang cakap aku tidak cukup berjimatlah, suka travel sana sini. Padahal sem kali ni aku lebih baik duduk bilik, dan akan keluar bilik kalau nak pergi kelas. Rasa nak cincang-cincang jak mulut orang cakap tu kan. Dia tidak tahu susahnya hidup sebagai student ni. 

Muka masa Sem 1



Muka masa Sem 2

Ada beza ka????

Jarak Aku Jauhkan

Bagi menjaga nama baik kita, aku dengan kau, kau,kau , kau, dan kau. aku rasa lebih baik aku jarakkan diri dari kau, kau, kau, dan kau. Banyak sangat mulut-mulut yang sangat berbisa dari ular, lagi tajam daripada duri menceritakan perihal hubungan kita yang sangat rapat. Aku malas nak dengar benda-benda mengarut dan tidak betul yang sering di kaitkan dan di singkatkan menjadi GOSIP. Jadi jangan hairan andai aku senyap dan menyepi dari mu, sebab aku malas dengan orang sekeliling yang bercakap pasal kita tanpa ada usul periksa. Nak tutup mulut orang ni susah, susah sangat. Hati aku kekadang panas mendengar GOSIP yang tidak tahu datang dari negara mana menerjah telinga. Malas nak dengar sebab aku tiada jawapan untuk balas kata-kata mereka, aku hanya balas dengan senyuman, ikutkan hati aku dah lama aku bagi RM5 dekat muka dorang satu-satu. Namun fikirkan status mereka sebagai sahabat aku, aku hanya mampu tersenyum.
kini aku mampu menilai mana ubat dan mana racun,
mana kata dan mana permata.

Aku dapat hidu benda ini sejak beberapa hari yang lalu, kemana ku pergi, apa yang aku katakan sentiasa di bidas dengan namamu. Aku malas nak cakap panjang-panjang. Makin di layan makin menjadi-jadi. Lepas satu dah down, satu pula yang muncul. Benda kecil nak di besar-besarkan dan di hebohkan, benda tidak betul suka sangat orang perkatakan.