Assalamualaikum.
Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai
Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar
tajuk tu?
Seperti
yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook
and apa pula keburukannya ?
Kawan
usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan
kita friend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat
tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal
U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita
menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia
ber'chatting' dengan seorang kristian.
Muslimah
Dan Facebook Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan
melalui tajuk tu?
Ok,
begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama
kita, melihat kita...agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita
muslimah ni dengan apa yang kita buat.
Peringatan,
BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum
tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk
orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun,
masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting?
Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba
check!
Kalau
Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena
puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda?
Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.
"Facebook
aku, suka hati aku la nak post apa pun!"
Kemudian,
yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang
faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of
Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaiman
syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam
baik. Faham kan?
Contoh
mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun
tak tau la.
"Kita
tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua
kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan
tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata,
ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple
macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami
ingat dosa lagi tau."
Betul ke
ni?
Contoh
dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal
mari bertandang,
"Bagusla
enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah
pilihan confirm menang ni."
"Eh,
takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau
masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."
Nampak?
Wahai
saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian
kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia
ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak
hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"
Hmm,
Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan
saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara
tu salah kita sebenarnya.
Seterusnya,
post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular
sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah,
Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang
bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
"Aku
mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka
hilanglah cintaku padamu."
Tipu
kalau tak pernah dengar quote tuh.
"Aku
menunggumu kerana Allah."
Remaja,
Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya
dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik,
sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan
salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta
berlandaskan iman.
Tapi
takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni.
Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak
yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam
pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan
status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like.
Status
yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet.
Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik.
Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal
haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi
satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas
terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup
aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk
awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang
orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar
maruah kita.
Kemudian,
untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu
ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga
dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum
ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas.
Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang
shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya,
saya pun niqobi jugak :D )
Andai
Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah
dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Entry ini
hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a
writing by its author.
Aku hanya
hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')
No comments:
Post a Comment