Wednesday, 7 May 2014

Memori Silam (Poyoooo)

Nak di jadikan satu cerita, aku punya seorang sahabat yang memang baik hati. Sem 2 baru nak kenal-kenal lah juga dengan dia, walaupun kami jadi classmate dari sem 1 lagi, dah-dah nak kamcing jadi sahabat ni tiba-tiba pula dapat berita dari dia yang dia akan berhenti belajar sebab dapat tawaran dari SPA8. Sedih gila bila dapat tahu dia nak berhenti, ialahkan dah tahu nak kamcing tup tup dapat khabar nak tinggalkan kita orang. Aik lupa nak kenalkan tuan empunya cerita tu, nama dia Muhammad Zhulhelmi Rahim a.k.a Jack. Hehehe kita orang lebih mesra panggil dia jack jak la. Yang paling terharu lagi, dia sudi jumpa aku, Fiqah dan Fatin dekat asrama kita orang, walaupun rumah dia dengan asrama kami ni jauh berbatu, berbatu la sangat hehehhe.

Kepada Jack,

Terima kasih sebab sudi kawan dengan kami, walaupun dalam kelas kekok nak bercakap kan, walaupun kau pemalu, aku usaha juga nak buat suasana jadi kecoh, hehehhe, mesti kau sengal dengan aku kan. Tapi aku nak kau tahu, kau tetap jadi sahabat aku sampai bila-bila. Dekat luar nanti, jangan lupa kami tau, wechat facebook nombor telefon pun ada kan, call lah kami, kami tiada kredit nak call kau hahhahahahaha. Apa pun terima kasih sangat-sangat. Kau dekat luar nanti jaga diri. Semoga berjaya dengan apa yang kau ada sekarang dan akan ada pada masa hadapan nanti. Semoga berjaya Jack.



Jack



Muhammad Zulhelmi Rahim




No comments:

Post a Comment