Wednesday 6 July 2011

Hukum menaip ayat seperti doa di Status Facebook..

"Ya Allah semoga engkau jadikan esok hari yang lebih baek tuk ku"
"Ya Allah, jadikan ku anak2 yang soleh"

Ini antara status facebook yang ak dapat cari mase online Facebook. Membuatkan ak terfikir sejenak tuk mengupas hukum menaip doa di status Facebook.
Perkara nya mudah, kite type jer ayat2 yang mencerminkan sebuah doa cm cth ayat-ayat status doa di atas...

APAKAH HUKUMNYA?

Sblum kite p ke bab hukum...mari kite fikir sejenak, ape motif kite tulis doa tu kt status facebook kite?
dan cbe jawab soalan2 ini:
Adakah tuhan tu sedang online d Facebook?
Adakah tuhan tu mempunyai akaun facebook?
Sudah bersediakah anda meng-'add' tuhan sbgai kawan mu?
atau 
beranikah kamu untuk 'Chat, anta private mesej, tag gambar' untuk tuhan mu?
Jika anda fikirkan Soklan2 diatas seperti ak cuba nk mempertikai kan tuhan yang Esa, tuhan yg maha Mengetahui akan segala kejadian di Alam cakrawala..jom, biar ak tanyakan kamu pulak pasal soklan ini..

'Apa motif sahabat utk taip doa dlm status facebook sahabat?'
'Berapa peratus keyakinan sahabat terhadap doa itu akan dmakbul kn?'
'apakah sahabat mengerti dan ikhlas tentang doa tersebut?'

sekira nya jawapan sahabat 'YA' untuk semua soklan yang saya tanya, cbe bace lak yg kat bawah nie, ikhlas dari saya
apakah motif sahabat untuk menaip doa sbgai status Facebook sahabat? 

jgn nak tipu kalu sahabat taip status itu sbb nk suruh kawan Facebook sahabat bace dan komen juga kn?
Bkn ke salah satu adab2 dlm berdoa adalah merendah diri?
ketika Berdoa juga hanya ckup didengar oleh telinga sndri tnpa perlu di kuatkan suara (kecuali berjemaah)

kalu sahabat tidak setuju dengan ayat2 diatas, dan mempunyai jawapan seperti ini;

"kut pandai ak lh ak punye FB account, 
ko pe kesah?"

jika benar jawapan kalian sedemikian
bukan kah sama seperti sahabat cube memperlekehkan kesucian doa?
atau dalam erti kata laen,
Memperlekehkan Tuhan yang ESA?

Pe2 pn, ckup sekadar itu, bercerita tentang hukum menaip pe2 ayat yang mencerminkan doa d status facebook tidak ada hukum untuk itu
CUMA........

BIADAP
@
KURANG AJAR
@
SIA -SIA

sbb?

  1. Memperlekehkan doa tersebut.
  2. Mencemar kesucian doa sbb melanggar adab2 doa
  3. Mempermainkan doa seolah2 doa itu satu ayat yang tiada ape2 makne...

tapi...

Hukumnya

HARAM

  • Ble ada di kalangan sahabat kalian cube komen tentang status doa tersebut menggunakan ayat yang tidak sewajarnya..
  • Komen Status doa kalian dengan niat untuk memperlekehkan Maksud doa tersebut.

Memperlekehkan doa seperti kite memperlekehkan TUHAN yang ESA..

SIAPAKAH KITA UNTUK MEMPERLEKEHKAN TUHAN YANG ESA?

Berikut disenaraikan adab2 berdoa mengikut Kitab ‘Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah” – Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al – Sukandari.Dari Imam Al-Ghazali – beberapa adab yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh orang yang sedang berdoa:

1. Dilakukan pada saat-saat yang mulia, seperti hari ‘Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah dan sebagainya.

2. Dilakukan dengan penuh khidmat

3. Menghadap ke kiblat dan menadahkan kedua-dua belah tangan.

4. Merendahkan suara, sekadar dapat didengar oleh telinga sendiri.

5. Menggunakan bahasa yang sederhana atau lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang berasal daripada Rasulullah saw, para sahabat dan tabiin.

6. Khusyuk dan merendahkan diri.

7. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan dan tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doanya belum dikabulkan.

8. Mengulang-ulangi doanya dengan penuh keyakinan.

9. Memulai doanya dengan menyebut nama Allah, memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, serta diakhiri dengan bacaan hamdalah atau kalimah yang memuji Allah.

10. Melaksanakan adab batin, yakni:

i. Bertaubat sebelum berdoa.

ii. Menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah.

iii. Makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal.

iv. Tidak meminta perkara-perkara yang mustahil.

v. Tidak meminta untuk mencelakakan orang lain, kecuali orang yang zalim.





Salam dari Blogger
Hamba yang Hina di sisi Allah yang Maha Mulia 

1 comment:

  1. On May 14, 2018, the Supreme Court struck down PASPA, clearing the best way for NJ to 우리카지노 begin offering authorized sports activities wagering

    ReplyDelete