Sunday 20 July 2014

Daging vs Durian.



Mungkin bila orang dengar saya mabuk bila terhidu aroma daging, mesti orang fikir pelik kan. Hehehe. Biasanya kalau mabuk aroma buah durian tu, memang selalu lah kita dengar pasal tu. Ini kisah saya, sejujurnya saya memang tidak makan daging, apa pun jenis daging kecuali daging lembu masak kicap dan masak lada hitam. Lain dari situ saya memang tidak makan.

Daging.
Apa pun jenis daging dan seangkatan dengan daging memang saya tidak makan, tidak tahulah kenapa. Tapi memang saya tengok pun tiada selera langsung. Ini belum bahagian makan lagi tau, baru dapat hidu aroma sup daging, mula sudah mahu muntah. Mabuk datang sudah. Hari tu pergi Tawau sekali dengan keluarga abang dan akak. Esok mahu puasa sudah ni, abang saya ni pula singgah Pekan Balung, mau beli tu sup daging paling sedap di Balung. Aduuuiiii na merana hidup saya sepanjang perjalanan tu, Abang saya ini pula baru tahu saya mabuk dengan aroma daging. Rasa mahu muntah sudah dalam kereta. Sempat lagi tu menyindir.

Abg : waina kau ni, daging kau mabuk, kalau durian 3 4 biji buah durian tu     
        semua kau telan jak. Boleh pula tu tanpa demam.lain kau ni.

Saya : diam dan dengar jak la.

Paling sedih bila hari raya sudah. Memang rumah habis saja bah dengan menu daging sepanjang 3 hari, hari raya tu. Memang saya berkurung dalam bilik jak, bila sudah part masak sup daging ni. Yang paling saya heran tu, paling di suka dengan daging adalah tulangnya. Hmmm tidak faham saya apa yang sedapnya dengan tulang tu. Boleh kata siap ada straw lagi untuk sedut dalaman tulang daging tu. Apa pun yang penting dorang bahgai bersama daging.

Durian.
Auuummmm yang ni memang paling pevret saya. Bagi berapa pun saya boleh habiskan. Sedap sampai menjilat jari. Sedap sangat. Tapi susah sikit mau makan buah ni, saya di kelilingi oleh golongan yang tdak mampu makan buah ni, jangankan makan bah ni buah, baru terhidu aromanya semua terus mabuk. Setiap kali makna buah ni, duiii na kesian saya. Macam anak terbuang sudah. Sorang-sorang makan di luar, siap di tutupkan pintu dengan jendela rumah. Sedihnya hidup. Tapi tidak kesahlah yang penting saya bahagia bersama buah durian. Limited edition okey, only in Malaysia and Made in Malaysia.
Teringat kisah waktu sambut Ramadhan dengan raya tahun 2013 di Pahang. Rumah akak ipar tu dah macam dusun durian, bahagianya hidup nampak buah durian ni. Memang melantak habis saya dengan buah durian yang percuma ni. Hehehehe. Selepas sahur, makan lagi 2 biji buah durian, selepas berbuka makan lagi 2 biji, sebelum tidur waktu tengah malam makan lagi 2 3 biji. Huh macam di syurga durian, bahagia sangat hehehe.

No comments:

Post a Comment